susah andai kta kita nak memahami isi hati sesorang itu . tapi isi hati manusia boleh dibaca berdasarkan mimik muka seseorang . tapi bagaiman pula dengan haiwan ? andailah kata kita dapat mendengar ISI HATI haiwan kan . agak2 apa yang mereka cakapkan ek ?
- LEMBU BETINA : "setiap tahun aku kena mangandung supaya takdalah aku kena sembelih time raya korban . hihihi"
- LEMBU JANTAN : "kenapalah aku tak boleh mengandung?"
- KERBAU : "lahabau punya manusia ! selalu anggap orang mandi cepat mandi kerbau ! aku pembersih orangnya tau !"
- AYAM : "yippie ! ari nie dapat makan nasi basi lagi ! i like it ahak ahak !"
- KAMBING : "sume cakap kami nie takut hujan, padahal kami nie nak lindung bulu kami yang cantik nie dari kena hujan . hemm <blagaklah konon>"
- BUAYA : "teringat aku kat STEVE IRWIN, tak dapat aku nak enter-frame lagi dalam tv. bodoh punya ikan pari . dengki laa tu !"
- IKAN PARI : "padan muka buaya ! asik dia je enter-frame dalam CROCODILE HUNTER ! jeles aku ! kan dah tak dapat lagi ."
- BURUNG GAGAK : "hari nie curi clorox, balik bolehlah berendam dalam clorox seharian. hihihi"
- HARIMAU : "jeles dengan lembu ! dapat layanan dari manusia, aku ? takda siapa nak layan."
- SINGA : "jangan kata harimau sorang je , aku pun tak ok !"
- BADAK : "selalu manusia cakap orang gemok macam aku ngan cik GAJAH . padahal kami bekas ratu cantik haiwan taw . penat je curi JUS MATE 5"
- GAJAH : "tawu takpe, I nie duta produk kurus haiwan taw !"
- TIKUS : "semalam laki aku tersepit kena perangkap umah cik bibah, siaplah dia hari nie, aku curik DUNKIN DONUTS dia !"
- CICAK : "semalam hujan, banyak i dapat makanan . penoh perot i dengan kelkatu !"
- IKAN AROWANA : "cik bilis, jangan jeles ngan I sebab i nie mahal dari u !"
- IKAN BILIS : "eleh, kejap lagi aku suruh memerang makan kau !"
- KUCING : "semalam i nampak hantu ! takut i, terkencing dalam seluar !"
- KATAK : "ramainya yang panggil aku mama, mana satu anak kandung aku nie ??"
- ULAR OROK-OROK : "maaflah U all, keturunan dari datuk nenek I memang ada Parkinson kat bahagian ekor "
- ZIRAFAH : "cik AYAM, maaflah tak dapat nak tegur ari tu, I tak nampak u laa . U rendah sangat"
- IKAN PAUS : "sekali aku hempuk korang sume, setahun korang taleh makan taw ! bising je !"
- IKAN YU : "kenapa korang tutup rumah bila aku nak datang raya? sedih aku !"
- DUGONG : "isk, isk . manusia selalu kutok aku . bila orang gemuk, hodoh, nak samakan dengan aku ! aku pun ada hati dan perasaan tau !"
- BABI HUTAN : "semalam aku jumpa cermin, aku tengok hodoh gila BABI muka haiwan dalam cermin tu !"
- SEMUA HAIWAN : ketawa berdekah2 bila BABI cakap begitu..
begitulah kisahnya jika kita dapat mendengar isi hati haiwan . mungkin mereka sedang mengata tentang kita . siapa tahu kan. andailah haiwan boleh bercakap, tak ada lagi manusia yang mahu menyeksa haiwan . HAHA .
dah.dah dapt follow dah.^^
ReplyDeletetengs cik jujue ! lap u . haha <3
ReplyDelete