APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, February 14, 2011

LOVE you mums, HAPPY BIRTHDAY !

saat pertama kali aku melihat dunia, aku menangis . kau memujukku dengan penuh kasih sayang . aku diletakkan di sebelahmu . kau melindungi aku . aku berasa selesa di sisimu . aku dikandung 9 bulan 9 hari dalam perutmu . kemana kau pergi, ke situ jugalah aku pergi . kau tidak mengeluh . kau tetap gagahkan diri kau walaupun aku menumpang dalam perutmu . kau dan ayah tidak pernah mengenal erti penat mencari rezeki untuk kehidupan aku yang akan datang . genap 9 JANUARI 1992, aku dilahirkan dan diberi nama MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN ABDULLAH . nama yang sangat indah . kau menjaga aku dengan penuh kasih sayang lebih dari nyawa kau sendiri . kau tidak pernah duduk diam jika aku menangis . kau sanggup bersengkang mata jika aku tidak sihat . kau mandikan aku, cuci najisku, cium pipiku, sentiasa menceriakan aku sehingga aku ketawa . kau menyediakan segala kelengkapanku bagi keselesaan aku . aku tahu kau buat semua ini bukan untuk dirimu tapi untuk kebahagiaan kami adik beradik . sebelum tidur kau akan mendodoikan aku . kau tidak memukul aku . kau akan membela aku . kau tidak benarkan orang lain menyakitiku . semua itu pengorbananmu yang membuat aku terharu . setelah menjejakkan kaki ke tadika, kau dan ayah hantar aku ke kelas mengaji supaya aku dapat menjadi orang yang berguna . aku diasuh olehmu untuk membaca, mengeja dah sebagainya . kau membelikan aku pelbagai buku untuk melihat aku pandai sehingga aku menjadi pelajar terbaik di tadika . kau mengukir senyuman sambil mengusap2 kepalaku . kau tidak pernah ajar aku untuk menjadi anak derhaka . kau mengajarku tentang agama . kau mengajarku solat . kau mengajarku menghormati orang tua .

setiap pagi kau menghantar aku ke tadika, kau peluk aku, cium pipiku dan aku menciummu kembali . sehingga kini kita masih lagi menjadikan ia budaya dalam family . sesekali ia akan menghilangkan perasaan rindu aku padamu . segala kemahuan aku dituruti. jika ia tidak ditunaikan pada hari itu, ia akan ditunaikan pada hari lain . sewaktu berada di darjah 4, aku ingat lagik kau dan ayah menghadiahkan aku sebuah basikal kerana kecemerlanganku . sejak itu aku bersungguh2 mahu belajar . tapi, aku lalai . segala nasihatmu aku buat tidak endah . seringkali kau menegurku belajar tapi aku hanya main2 . semua buku yang kau beli tak pernah aku buat . keputusan UPSR membuatkan mereka kecewa kerana aku hanya mendapat 3A 2B sahaja . walaubagaimanapun mereka tetap tersenyum dan mengucapkan tahniah . ibu, aku tahu kau kecewa tapi kau sorokkkan kesedihanmu supaya aku tidak terasa . aku tahu kau mahukan kejayaan aku . tapi kau hanya berkata tidak mengapa, ini hanya percubaan dahulu . aku hanya mendiamkan diri kerana aku tahu kau terkilan .

menjelang sekolah menengah kau menghantarku sewaktu aku menjalani minggu orientasi . kau setia menemani aku . tidak pernah penat . aku rasa gembira kerana kau menyayangi dan sentiasa di sampingku . setiap hari sebelum pergi sekolah kau akan menasihati aku supaya belajar elok2 . aku tidak memohon asrama kerana aku tak nak tinggal jauh dari kau . aku sangat2 ingin bersama sentiasa dengan kau . sewaktu PMR aku hanya mendapat 2A 6B . kau cakap kau kecewa dengan keputusan aku . maaf ibu , aku tahu aku telah menghampakan kau . aku bnyak main2 . tidur selalu . aku selalu buat kerja last minit . aku tidak mendengar nasihatmu . akhirnya aku meneruskan tingkatan 4 dalam jurusan kejuruteraan . kali ini aku berazam nak buat yang terbaik sebab ini masa depan aku . aku nak belajar rajin2 . aku nak jadi orang yang berjawatan tinggi bila kerja . aku nak lihat kau berbangga dengan aku dan boleh tersenyum gembira . setelah keputusan SPM dikeluarkan, aku menyambung pengajian dalam bidang Building Surveying di UiTM Perak . kau dan ayah sangat gembira . aku tenang melihat kau gembira . kau dan ayah berhabisan duit membeli segala peralatan aku untuk sambung pelajaran . bagi mereka pelajaran yang utama berbanding duit . kau dan ayah menghantar aku pada 26 JUN 2010 . pendaftaran bermula dan kau menasihati aku dengan pelbagai nasihat . masih terngiang2 aku dengan kata2 kau :

"mirul, belajar rajin2 . dah belajar jauh2 nie jangan hampakan ibu ngan ayah . ibu nak kau berjaya . solat jangan tinggal . nanti jangan leka dengan handphone . dapatkan pointer yag tinggi"

air mata aku mula bertakung saat kau dan ayah mahu pulang ke melaka . tapi aku tahu aku mesti kuat . biarpun aku tak pernah berpisah dengan ibu sejak kecil tapi ini aku tahu cabaran yang perlu aku hadapi untuk masa depan aku . untuk kebahagiaan kau dan ayah . saat kau mahu pulang, aku pelukmu seerat2nya . kau mengalirkan airmata tapi aku tahan airmataku . aku mesti kuat . biarpun aku tidak boleh melihat kau menangis . setelah melambai kau hingga hilang dari pandangan, aku meneruskan pengajianku sebagai seorang mahasiswa . aku berazam aku buat yang terbaik . minggu orientasi sangat memenatkan bagi aku, setiap malam aku mengadu kepada kau . kau menasihati aku supaya sabar . jangan suka mengeluh . setiap hari adik mesej aku cakap kadang2 ibu nangis sebab teringat kat aku . aku jadi sayu bila dengar . jika boleh menjerit dan didengar oleh ibu, aku akan mengatakan yang aku juga sangat2 rindukan dia . 3 minggu lepas tu mereka datang jenguk aku . berjalan2 sekitar perak . malam tu aku tidor bersama kau . aku amat2 rindukan kau . biarlah orang nak kata aku anak manja tapi aku sangat2 sayangkan ibu dan ayah . kau sanggup datang seawal 4 pagi untuk mengambil aku di hostel . bila mahu balik keesokkannya sekali lagi kau mengalirkan airmata . aku hanya memeluk dan menenangkan kau sahaja . kau membelikan aku mcm2 makanan kerana tidak mahu aku lapar .

hari2 yang berlalu membuatkan aku sedikit terleka dengan FB . aku hanya belajar sikit sahaja . namun, aku ingat pesanmu supaya tidak menghampakan kau dan ayah . aku belajar . aku belajar berkumpulan dengan kawan2 . alhamdulillah, aku mendapat pointer 3.54 dan mendapat anugerah dekan . kau amat gembira dengan pencapaianku sehinggakan kau mahu mendukung aku . kau menyuruh ayah membelanja kami sekeluarga kerana keputusanku . ibu, aku tidak mengharapkan hadiah, cukuplah dengan kegembiraan kau dan ayah sebagai hadiahku . aku puas kerana dapat membuat kau tersenyum gembira . menjelang semester 2, nasihat yang sama juga kau beri . aku mesti buat yang terbaik untuk kau ibu dan ayah ! biarpun sekejap kau menghantarku ke perak, tapi aku puas dan gembira . seringkali aku teringat kat kau . masakan kau, nasihat kau, leteran kau menjadi rindu aku di sini . jika aku tidak makan di sini, kau akan risau . jika aku mempunyai wang, kau tetap juga akan memberi aku wang . berjuta telah kau habiskan duit untuk membesarkan aku .

ibu, aku tahu . telah banyak aku lukakan hatimu . aku selalu tak mendengar katamu kerana aku keras kepala . aku selalu meninggi suara . namun kasih sayang kau tidak pernah pudar . tidak tergambar dengan kata2 . sungguh tinggi pengorbananmu ibu !

"YA ALLAH, KAU AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU . KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN REZEKI MEREKA . KAU BERILAH MEREKA KEBAHAGIAAN . KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT MEREKA . KAU BERILAH AKU KESEMPATAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN MEREKA . TELAH BANYAK PENGORBANAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN SEDARI AKU KECIL" . 

akan ku balas jasamu ibu . akan ku jaga kau dan ayah sebagaimana kau menjaga aku sewaktu kecil . aku tak nak melihat kau derita . aku tak nak melihat kau susah . aku nak memberi kau kesenangan kelak . kamu berdua adalah lebih penting dari segalanya . walau dimanapun aku berada, kau tetap berada di dalam hatiku .

ibu, jika aku sudah berkeluarga . akan ku didik isteriku menjadi seperti kau, seorang wanita yang kuat dan tabah . seorang yang sangat menyanyangi keluarganya . agar dia boleh menjaga aku sebagaimana kau menjaga aku sehinggalah aku menutup mata kembali kepada Allah .

ibu, sempena dengan hari lahirmu ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke 43 tahun ! aku amat sayangkan kau , IBU ! aku akn menjadi yang terbaik untukmu IBU ! semoga kau dikurniakan kebahagiaan olehNYA . semoga kau dipanjangkan usia . doaku untukmu akan sentiasa terukir di bibirku .

TERIMA KASIH, IBU !

PUAN NORIAH BINTI MOHD NOR
14 FEBRUARI 1968

:: HARGAILAH IBU BAPA SEHINGGA BILA-BILA ::

lagu di blog khas untuk IBU :)

salam sayang,
Anakmu,
Eijat Abdullah

4 comments:

  1. sesiapa jua akan bangga punya anak seperti ini.semoga apa yg diluahkan dari hati yg ikhlas dan doa dr anak yg soleh akan dimakbulkan.insyaallah.

    ReplyDelete
  2. mengalir air mate aku bace . kasih ibu tetap yang pertama . :)

    ReplyDelete
  3. ieka : tengkiu very much ! setuju ngn kau

    ReplyDelete