APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, April 20, 2011

TANPA

PART VII (cont'd)





"....Eijat dah start sibuk. Eijat kena flight setiap hari menguruskan projek di luar negara”, kata Eijat murung. 

Isya memegang tangan Eijat lembut. 

“Eijat, tak mengapa. Isya faham dengan tugas Eijat. Tugasan lebih penting Eijat kerana itu amanah. Isya boleh menghadapi pembedahan itu sendirian. Tapi Eijat, Isya harap apabila Isya membuka mata, orang yang pertama Isya lihat adalah Eijat. Eijat tak perlu bimbang ok. Isya tahu jaga diri Isya. Walaupun Eijat jauh dari pandangan Isya, namun dihati Isya, Eijat sentiasa akan menemani Isya. Isya akan tunggu Eijat walau berapa lama pun Eijat”, kata Isya seraya airmatanya mengalir.

Eijat mengelap airmata yang membasahi pipi Isya lalu memegang bahu Isya. 

“Isya, walau apapun dugaan yang ada di hadapan kita, kita mesti hadapi demi cinta kita. Eijat sangat-sangat cintakan Isya. Tanpa Isya, hidup Eijat bagai tiada apa-apa lagi. I love you so much, Isya. I love you so much…”, kata Eijat seraya mengusap rambut Isya. 

Hembusan angin pagi diiringi daun-daun berguguran menjadi saksi kepada janji Eijat kepada Isya atas cinta mereka.

*                                   *                                   *

“Cik Isya… Cik Isya boleh buka mata sekarang”, kata Doktor kepada Isya setelah seminggu pembedahan dilakukan.

“Aww…!”, jerit Isya perlahan apabila dia cuba membuka matanya. 

“Perlahan-lahan Cik Isya. Mungkin Cik Isya belum biasa dengan keadaan sekeliling. Cik Isya rehat dulu. Nanti jika Cik Isya perlukan apa-apa, Cik Isya tekan je butang kat tepi Cik Isya tu. Soal bayaran Cik Isya tak payah risau sebab semua sudah dibayar oleh Encik Eijat. Isya tersentak tatkala mendengar nama Eijat. Dia seperti mencari-cari seseorang yang bernama Eijat setelah sekian lama dia hanya boleh mendengar suara Eijat sahaja. 

“Maaf doktor.. boleh saya bertanya, mana Encik Eijat?” kata Isya seperti terpinga-pinga. 

“Maaf Cik Isya, Encik Eijat terpaksa pergi setelah menghantar bunga dan senaskah Al-Quran yang ada di atas meja sebelah Cik Isya. Maaf Cik Isya, saya pergi dulu”, kata Doktor lalu berlalu pergi. 

Isya hanya memandang sahaja Doktor berlalu pergi. Isya melihat keadaan sekeliling. Dia berasa amat bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi melihat keindahan alam ciptaan Allah. 

“Cantiknya…”, kata Isya sambil tersenyum. 

Pergerakan matanya terhenti tatkala melihat sejambak bunga bersama sekeping kad yang tertulis “Buat Anyss Ellysya” dan senaskah Al-Quran terletak kemas di atas meja di sebelahnya. Isya mengambil surat dan bunga itu dengan lemah. Isya tersenyum melihat kecantikan bunga rose merah yang diberi oleh Eijat. Dengan perlahan Isya membuka kad pemberian Eijat sambil mengukir senyuman apabila melihat kecantikan kad tersebut.

"Kehadapan yang tersayang, Anyss Ellysya…"

bersambung....

No comments:

Post a Comment