APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, May 5, 2011

INILAH CINTA

PART I



Danni merenung jam ditangannya yang sudah menunjukkan pukul 2 petang. Sudah hampir 1 jam dia berada di situ. Orang yang dinantikannya tetap tidak sampai. Seraya hatinya mengeluh sendirian.

“Lambatnya dia ni. Aku janji pukul 12 tengah hari tapi bukan setakat batang hidung, bayang-bayang dia pun tak nampak. Selalu dia tak macam ni. Dia terlupa ke ? aduhh..”.

Sedang Danni mengeluh sendirian, seseorang menyapanya dari belakang.

“Danni, sorry aku lambat. Sorry sangat-sangat.  Dah lama kau sampai?”.

Sapaan itu menyedarkan Danni dari lamunan .

“Eh, kau Dania . Kau dah lupa jalan ke sini ke ? Ada lah dalam 1 hari aku sampai”, jawab Danni sinis.

Terpaku sebentar Danni menatap wajah Dania yang putih dan halus. Rambut lurusnya lembut menutupi telinga dan sebahagian mukanya tatkala ditiup angin. Dress putih yang dipakainya menambahkan lagi keayuan gadis tersebut.

“Sorry sangat-sangat. Bukan aku sengaja. Kereta aku buat hal lah. Terpaksa aku ambil teksi untuk ke sini. Kau tak marah kan?”, keluh Dania memohon simpati sambil menyelak rambutnya ke belakang telinga.

“Laa..Kenapa kau tak cakap kat aku kereta kau ada problem? Boleh aku datang ambil kau. Tak payah susah-susah kau nak ambil teksi. Lagipun tak banyak kerja aku kat office hari ni so aku MC lah today. Sekarang kereta kau kat mana?”, kata Danni kepada Dania.

“Dah, dah... Simpan je minyak kau tu keluar dengan Farra. Aku dah sampai sini dah pun. Aku tah minta Pak Cik Harun hantar ke workshop”, jawab Dania.

Dania Balqis Qistina adalah sahabat Danni sejak dari kecil lagi. Memiliki paras rupa yang cantik membuat mata ramai jejaka tertumpu kepadanya termasuklah Danni sendiri. Namun, sehingga kini hatinya belum lagi dimiliki oleh sesiapa. Walaupun Danni selalu menasihatinya supaya mencari teman hidup namun bila Danni menyatakan hal tersebut, pasti dia akan mencari topik lain untuk dibincangkan.

“Hah, ada apa kau beria-ia sangat nak jumpa dengan aku sampai sanggup ambil MC?”, Dania menyoal Danni sambil membetulkan kedudukannya menyedarkan Danni dari lamunan.

“Takda apa-apa lah Nia. Saja nak jumpa kau”, ujar Danni sambil tersenyum menyelak list order di hadapannya.

Dania mengerutkan dahi seakan ragu dengan jawapan Danni.

“Ye ke?  Kalau takda benda penting yang kau nak cakap, kau tak akan paksa aku datang”, soal Dania sambil menatap muka Danni.

“Ish, kau nie still macam dulu lagi. Kalau nak tahu sesuatu tu mesti nak juga tahu. Kan aku dah cakap tak ada apa-apa”, jawab Danni seraya memandang wajah Dania.

“Oh, tak ada apa-apa. Kalau macam tu aku baliklah”, kata Dania lantas mencapai tas tangan yang diletakkan di atas meja.

“Eh, kejap ! Kau ni. Tak kan nak biarkan aku makan sorang-sorang?”, kata Danni berdiri menahan Dania.

“Ok, semalam kau cakap kat aku nak jumpa aku sebab ada benda nak cakap tapi kau tiba-tiba batalkan niat kau today. Kalau macam tu, baik kau cakap dengan aku melalui telefon je kan? Tak payah kau nak paksa-paksa aku datang”, kata Dania seakan mengugut.

“Ok, Ok, Ok… Aku cerita. Tapi kau duduk dulu dengar dulu apa yang aku nak cakap”, ujar Danni.

Dania kembali meletakkan beg. Dia kembali menenangkan dirinya.

“Ok, kau boleh mula sekarang”, kata Dania.

“Memang aku ada benda nak cakap kat kau. Aku bukan sengaja nak suruh kau datang sini penat-penat jumpa aku. Aku just nak berkongsi cerita dengan kau. Macam aku cakap, benda ni bagi aku sangat penting tapi bagi kau, aku tak tahulah kan. Sebenarnya….”

bersambung...

No comments:

Post a Comment