APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, June 30, 2011

haha ! muka kau kena conteng !

ASSALAMUALAIKUM

mari sini ramai-2 kumpul depan lappy baca apa yang aku nak post today . even takda lappy pon pergi curi pastu pulangkan balik . mencuri nanti kena potong tangan . nak-2 tangan kanan . nanti nak cuci and makan guna tangan yang sama ? penambah perisa lemak manis, masin dan tawar . aha . ok, even tajuk pun dah mcm nk buat ketawa separuh nyawa kan, but jangan ketawa dulu sebab nanti takut ketawa sampai habis nyawa and aku punya traffic reader tak naik . *kau memang gila populariti ! sebelum tu, besarkan mata anda, buka telinga dan ngangakan mulut supaya senang menikmati cerita yang saya hidangkan .


DICURI DARI = Cik Google

8 tahun lalu....

masa tu aku masih lagi kanak-kanak yang tidak mengenal apa itu erti cinta, aku bagaikan kumbang... weyh ! stop ! bukan nak cerita jiwang gaban laaa ! ok, masa umur nie aku dah jadi seorang pengakap . masa nie kalau dah join pengakap tu kira hebat lah sebab kem sana sini padahal dalam sekolah je . cakap mengalahkan kat sumatera . then one day ada announcement yang pengakap akan adakan kem kat luar . nama kem tu kem pengakap PUAN TAN CHEY YAN . ceh, kitaorang punyalah melonjak kegembiraan mengalahkan jauh je dari rumah padahal jalan kaki pon aku boleh sampai dari rumah aku . kem tu letaknya di Bukit Katil, Melaka . ceh, kitaorang pon start la berangan yang bukit tu mesti selesa la sebab banyak katil la ape la . then masa hari pergi, penuh dengan belukar yang fana . mase tu rasa mcm tiada guna berpatah arah *ala-2 lagu Francisca Peter . nak tak nak kena duduk jugak kat situ selama 3 hari 2 malam . hari yang penuh dengan pancaroba dan macam-2 mistik . percaya atau tidak ? bolos saja dinding itu !!!!!! *itu cerita bolos la gile !

hari PERTAMA

pendaftaran semua pengakap dari semua sekolah dalam melaka . mata ini dok usha-2 gak kan awek-2 tapi mcm yang aku cakap, masa ini aku tidak mengenal erti cinta . aku bagaikan... ! sudah ! degil pulak ! then pas daftar back kat tapak khemah kitaorang sebab nak start dirikan khemah dah . kira luas jugak kawasan die . then after dah siap-2 semua, kitaorang pon dok salin baju . ceh, konon nak tutup sane sini, lastly open je dalam khemah . kecik-2 tak tahu ape . lelaki ngn lelaki je . kira-2 dalam 40 orang join . 20 lelaki and bakinya perempuan yang lemah . *eh, salah cakap ea ? lama jugak nak tunggu yang perempuan ni bersiap . esoknya, eh tak, dalam lima minit after tu semua berkumpul kat padang and start buat aktiviti yang berfaedah . kem ini memang menggerunkan . ada pokok besar . orang cakap ada hantu . yang perempuan lak dok jalan tak nak pandang pokok tu even mase tu tengah hari buta ! haiyaa ! ini siang maa . bukan malam . kalau malam wa pun jalan guna glasses meyhhh . *wah, dah mcm kacukan dah ! weee~ . aktiviti petang tu memang banyak sampai tak terkata dek akal aku nak menyebutnya . lidahku kelu dan mindaku terkaku . ok, bila tiba malam, buat unggun api . punyalah ceria sebab nak masak in group . kau tak tahu cikgu bancuh air guna air perigi yang tak masak then tinggal tambah kordial je ! semua minum cakap sedap termasuklah aku yang gigih minum sampai buncit . *sekarang dah tough . ok, disebabkan nak camping, semua kena bawak masing-2 punya bekalan mcm sardin . bayangkanlah kalau 40 orang pergi, berapakah sardin yang ada ? cikgu pun berkata "UNTUNGNYA AKU...!" . then malam tu semua dok main game yang tah hape-2 merepek termasuklah aku  . semua tak dibenarkan keluar dari kawsn perkhemahan . ada la reason kan .

hari KEDUA

bangun seawal lima pagi sebab pagi tu ada aktiviti . ntah hape tah nak die buat sampai bangun awal mcm ni . masing-2 jlan tutup mata . nak pergi tandas die memang jauh thap cimpanzi dari tempat kitaorang . ada pun tandas usang yang mcm tak selamat je nak guna . sekali guna kang ada buaya . then masa balik tu jalan ramai-2 . pastu semua lari sebab dengar benda jatuh . padahal dah azan dah mase tu . then mase sembahyang subuh, aku and membe-2 punye mata sangatlah mengantuk . mcm ada double tape kan . then bila sujud, semua amik kesempatan nak tidor . then tertido dengan lenanya . bila sedar dah tahiyyat akhir . ceh, berlakon terus duduk tahiyyat akhir . nakal . then hari tu dipenuhi dengan bermacam-2 aktiviti yang buat kitaorang rasa mcm menyesal je ikut kem tapi best ! ceh mengayat !

then malam lak semua diarahkan duduk dalam tapak khemah sebab ada budak nampak sesuatu yang tak patut dia nampak . aiyaaa ! then ada lintasan la ape laa . kitaorang pon dah takda aktiviti nak buat, terus tido .

hari TERAKHIR

pagi bila sedar, aku tengok muka kawan aku, aku ketawa terbahak-2 . aku pon kejut dia .

"hahahaha ! muka kau kena conteng !"

dengan penuh megah aku ketawa kan kawan aku . kawan aku yang ngah pisat-2 bangun then sama-2 ketawa terbahak-2 dengan aku . aku pon pelik . aku cakap ketawa muka sendiri pulak . then die pon cakap :

"hahahahahahahaha *ketawa panjang sikit ! muka kau lagi banyak kena conteng !"

oh ! adehhhhh ! punyalah semangat ketawakan orang kan . weeeee ~ penangan sebab curi-2 tido awal . ramai gak yang kena . then bila nak balik tu salam-2 dengan kawan lain . sempat gak tengok awek tapi masa tu  kan aku belumm mengenal erti cinta . aku bagaikan kumbang.......

T H E . E N D


No comments:

Post a Comment