ASSALAMUALAIKUM
sempat jap aku mengonlinekan diri nak update blog nie sebab nak puaskan hati peminat sekalian di seluruh dunia untuk membaca blog aku . *ade rase mcm nak muntah tak ? aku dapat topik nie after aku pergi berak sebab keluar nasi goreng time berak . ok, ini tipu . actually nak tulis sebab tengah hari tadi aku makan kat kedai nasi goreng yang mana menjadi kegilaan rakyat di sini tapi student jelah . sebab apa ? murah . sape sokong, hentak kepala sendiri guna kasut mak anda .
ok, back to our mission . marilah aku ceritakan kenapa orang suka makan kat sini . antara sebabnya mungkin :
- mereka sudah mengubah haluan hidup mereka untuk kekal bersama nasi goreng seumur hidup
- mereka memang suka dengan nasi goreng sehingga sanggup tunggu baris yang panjang sampai 100 meter semata-2 nak tunggu tapi sampai giliran die, nasi dah habis (*___*)
- nasi goreng mudah dimakan kerana tak payah nak kotorkan tangan sampai ke siku sebab tak berkuah dah senang untuk penghadaman dalam badan mereka
- cara untuk berdiet walaupun mereka ambil sampai nak pecah bekas makanan tu
- jimat belanja sebab harganya hanya RM1 je walau ambil guna baldi
inilah keistimewaan nasi goreng di tempat aku . kadang-2 rajin gak aku makan kat sini tapi bila datang je tengok mesti ramai manusia . *tak kan hantu kak limah lak . selalunya student lelaki lah yang makan nasi goreng nie sebab student perempuan suka makan nasi berlauk tak tahu jaga pemakanan . opps ! and kedai nie jugak jarang buka sebab kepopularannya . atau mungkin berasnya sudah habis pada waktu itu and pergi membeli beras yang banyak untuk memasak nasi goreng .
disebabkan ia murah, time nilah kitaorang ambil kesempatan untuk memicit sebanyak mana sos kat kedai die untuk diletakkan atas nasi goreng . *apa kau ingat pattaya ? then bila dah picit-2 sampai separuh botol, berlalu pergi dengan muka yang tak bersalah bagai kann . pak cik-2 tu semua putih mata kan ? best tengok mereka buat muka ala-2 blurr kan . and disebabkan masa aku yang tak cukup banyak nak tulis panjang-2 lagikk sebab kalau nak cerita memang sampai 3 semester aku kat sini pon tak habis . sebelum aku habis, aku nak pesan . mari ikut aku ramai-2 cakap benda nie : 1 MALAYSIAAAAAA !!!!!!
No comments:
Post a Comment