APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, July 23, 2011

30 HARI

PART III (CONT'D)


Allia tergamam seketika.

“Errr…Err.. Apa kau merepek ni Arriq”, kata Allia masih lagi tergamam.

“Please Lia. Aku tak pernah rasa apa itu cinta”, kata Dzarriq membuat muka merayu.

Walaupun wajah Dzarriq tampan dan diminati oleh ramai wanita di tempatnya tetapi Dzarriq lebih selesa bersama dengan Allia kerana Allia adalah wanita yang sangat cantik baginya dan dia berasa senang jika bersama dengan Allia.

“Mak… Maksud kau?”, kata Allia tergagap-gagap.

“Kita start slow-slow dulu. Aku just nak rasa apa itu cinta je. Ok, kalau kau tak nak lama-lama, aku just nak rasa bahagia pasangan bercinta tu dalam 30 hari je. Lepas 30 hari kita back to normal. Aku janji”, kata Dzarriq sambil mengangkat sedikit tangannya tanda berjanji.

“Kau.. Kau serius Arriq?”, soal Allia.

“Lia, aku serius Lia”, kata Dzarriq menatap muka Allia.

“Arriq, ta.. tapi aku ada benda nak beritahu kau ni.. Next month.. A… Aku”, Allia tidak sempat menghabiskan kata-katanya tatkala jari Dzarriq berada di bibirnya.

“Untuk 30 hari je Allia” kata Dzarriq sambil tersenyum.

Setelah itu, makanan yang mereka pesan pun sampai . Allia masih berada dalam keadaan terkejut.

Maafkan aku Arriq”, bisik hati Allia.

*                                             *                                             *

Hari 1

“Awak, jom makan kat kafe. Saya belanja awak”, kata Dzarriq kepada Allia.

Allia masih lagi berasa janggal. Walaubagaimanapun dia terpaksa melakukan begitu untuk kebahagiaan sahabat baiknya itu.

“O…Ok.. Jom kita pergi”, kata Allia sambil mengemas buku-bukunya dia atas meja.

“Allia, esok ada cerita baru keluar tau. Lagenda Budak Setan. Ramai cakap cerita tu best. Jom tengok nak? Lepas habis kelas?”, soal Dzarriq.

“Oh, cerita tu. Aku.. Oh, sorry, saya pun rasa cerita tu best sebabnya jalan cerita dia best sebab diadapitasi dari novel yang sama tajuknya dengan cerita tu. So, esok lepas kelas rasanya boleh”, kata Allia menyisir rambutnya ke belakang telinga.

“Ok, esok saya ambil awak kat rumah awak. Lagipun hari ni saya dah boleh ambil kereta saya kat bengkel. Awak, pakai baju merah yang semalam tu ya?”, kata Dzarriq tersenyum.

“Ok.. Nanti bila awak dah nak sampai, cakap kat saya ok. Dah jom makan. Nanti sejuk makanan ni”, kata Allia lalu membetulkan kedudukannya.

Keceriaan jelas terpancar di wajah Dzarriq meskipun baru hari pertama mereka dalam kontrak cinta. Selepas makan, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

“Arriq, kenapa kau langsung tak bagi aku peluang untuk bercakap? Tinggal sebulan saja lagi Arriq. Aku tak mahu kau kecewa nanti”, kata Allia di hadapan rumahnya sambil memegang sekeping kad yang cantik.

Lamunan Allia terhenti tatkala suara Puan Asmidah memanggil namanya.

“Lia, masuk bersiap nak. Lepas maghrib nanti Pak Cik Ahmad dengan Mak Cik Roziah kamu nak datang nak berbincang. Lebih baik kamu bersiap dahulu”, kata Puan Asmidah memanggil di pintu rumah mereka.

“Baik ma..”, kata Allia lemah.

“Terserah kepada Mama. Allia ikutkan saja”, kata Allia selepas perbincangan antara mereka diadakan.

“Kalau macam tu, ambil sahaja yang ini. Kami tak kisah. Ikut kemahuan dari pihak kamu semua. Kita kan dah lama kenal. Sejak Arwah Abang Mahadi masih hidup lagi”, kata Puan Asmidah tersenyum sesekali memandang wajah Allia yang kelihatan sedikit murung.

“Ok lah Midah, Allia. Nanti apa-apa hal kita bincang lagi. Lagipun tak lama sahaja lagi. Kami balik dulu ya. Nak singgah butik kejap nak ambil baju”, kata Puan Roziah.

“Baiklah, terima kasih ya datang”, kata Puan Asmidah lalu bersalam-salaman.

*                                             *                                             *

HARI 2

“Best kan cerita tadi, kiranya ending dia memang best”, kata Dzarriq sejurus keluar dari panggung wayang.

Allia terdiam seketika. Fikirannya melayang walaupun langkah kakinya tetap berjalan.

“Lia, awak menangis ke?”, soal Dzarriq tatkala melihat sebutir airmata jernih Allia jatuh ke pipi.



bersambung...

No comments:

Post a Comment