ASSALAMUALAIKUM
malam ini aku rasa mcm nak bercerita tentang sesuatu yang misteri . eventhough aku memang tak nak bercerita panjang tapi mcm aku cakap , apa yang terjadi akan aku ceritakan dalam ni supaya aku dapat ingat atau imbas balik kisah-2 yang mungkin aku akan lupa . misteri ? memang susah nak start cerita . meremang sana sini . ok , pesanan , kalau anda tak berani nak baca , lebih baik anda tinggalkan skrin blog ini supaya anda tidak menyertai mendirikan bulu roma anda . kisahnya bermula..
HAHAHAHA ! ok ketawa panjang dulu sebab sebenarnya aku saja je tulis tajuk entry yang bod** mcm tu supaya apa ? supaya aku boleh ketawa sendiri . ok ,agak gila . memang kekeringan idea nak letak tajuk apa sebab isi-2 entry pun aku dah tak tahu nak letak apa . then di tengah-2 pagi yang hening lagi indah ni , aku rasa aku dapat topik untuk letak entry aku kali ini setelah ditapis berbanyak-2 kali dan telah diluluskan oleh Eijat Abdullah Production . ok , bercerita tentang Eijat Abdullah , siapakah dia ? kerana ada orang comment from my passed entry that i should tell about myself sebab more focus to what happened to my way of life (*_____*) . tahniahlah sebab memang setiap hari nak kena bercerita tentang biodata diri . come onn . this is blog bukan buku biodata *teringat zaman sekolah =))
ok , disebabkan idea pun memang dah takda , let we start and know who am i , "EIJAT ABDULLAH"
Dilahirkan di Melaka Bandaraya Bersejarah tepat pada pukul 10.15 malam , 9 Januari 1992 di Hospital Besar Melaka . Dilahirkan menjadi anak kedua dalam keluarga dan diberi nama Muhammad Amirul Aizat bin Abdullah dan lebih dikenali sebagai Eijat Abdullah atau mempunyai pelbagai nama panggilan ijat, aizat, eijat, myrul, joy, yul dan berbagai lagi . Mempunyai ketinggian 176cm dan berat 62kg . Mempunyai rambut yang lurus dan anak mata berwarna coklat cair . mengikut salasilah keluarga besarnya , mempunyai beberapa darah kacukan selain daripada Melayu . Mempunyai darah jenis A dan mempunyai empat orang adik beradik yang mana mempunyai jumlah adik beradik 3 lelaki dan seorang perempuan . abang sulungnya , Amar meneruskan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Malaysia Pahang, adik perempuannya , Shira masih berada di tingkatan 3 dan adik yang sangat rapat dengannya , Aiman masih berada di tahun 5 . berperwatakan gembira tetapi riak muka menampakkan dia sombong jika tidak dikenali lebih dekat . suka tersenyum yang mana menampakkan baris gigi hadapan adalah menjadi trademark atau tabiatnya dan kadangkala sangat mudah didekati . menerima pendidikan awal sama seperti kanak-2 lain iaitu beberapa buah sekolah di Melaka . Sekolah Menengah Kebangsaan Malim , Melaka menjadi tapak dia melonjakkan kaki menyambung pengajiaannya dalam jurusan Diploma in Building Surveying di Universiti Teknologi MARA, Perak yang mana sudah hampir berakhir untuk semester ke-3 kerana darah kejuruteraan yang mengalir dalam dirinya dan minat membuatkan ia yakin inilah jalan hidup yang telah ditentukan untuknya mengikut jejak langkah ayah dan abangnya . Seorang yang kering hati kerana tidak mudah mengalirkan airmata dan tidak tetap dengan keputusan yang dibuat sendiri .
Mempunyai kedua ibubapa yang sangat memahami akan kehidupannya yang mana menjadi tunggak paling utama dalam kehidupannya . baginya , berdirinya dia sekarang , bermulanya dari segumpal darah yang dikandung ibunya atas ketentuan Allah . mudah berasa kasihan terhadap warga emas atau dikenali sebagai warga tua kerana sejak kecil dia sangat rapat dengan neneknya . pemergian neneknya menjadi tamparan hebat buatnya suatu ketika dahulu . potato crisp menjadi makanan kunyahan kegemarannya di waktu lapang dan lebih gemar memilih minuman "plain" jika tiada pilihan minuman lain . menyukai warna putih , ungu dan biru kerana warna itu memberikan keyakinan kepadanya . jika mempunyai kelapangan , lebih gemar berblogging dan kadangkala memenuhi waktu petangnya dengan bermain tenis . mempunyai matlamat hidup yang jauh . sentiasa berfikiran ke hadapan kerana baginya bila sekali kita lambat melangkah kehadapan , masa tidak akan dapat berpatah balik . Tidak mempunyai sifat yang kuat cemburu . boleh menerima keadaan orang lain seadanya . suka menggembirakan orang lain dan menyembunyikan perasaan . tidak suka mencampur adukkan urusan peribadi dalam kehidupannya . Lebih gemar memilih muzik pop dan indie berbanding muzik lain . tabiat buruk ialah suka buat mimik muka buruk bila nak kenakan orang lain . nakal dan lantang bersuara . suka bercerita bersama ibu di dapur bila ibu sedang masak . lebih suka membalas mesej daripada menjawab panggilan .
dan yang terakhir , sedang berkawan dengan SESEORANG dan hampir masuk tahun ke-4 =))
thats all about the person who is "EIJAT ABDULLAH"
entry ini bukanlah untuk membanggakan diri atau apa tetapi untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri aku . jika inginkan penambahan , postkan comment anda di wall FB saya
NOTE : ada rasa macam nak rejam orang tak ?
No comments:
Post a Comment