ASSALAMUALAIKUM
kalau bahagia boleh kita kecapi dalam sekelip mata , derita juga boleh datang dalam sekelip mata juga . malam ini , bercerita kembali kisah rintihan seorang gadis yang mana macam tajuk entry aku yang lepas . bertarikh 21 oktober aku mendapat email tersebut . email dari seorang gadis kembali , gadis yang pernah meminta bantuan aku , menjadikan aku tempat dia mengadu kerana tiada sesiapa yang mendengar rintihannya :
kembali menerima email kedua darinya yang aku tidak sempat membacanya ketika pukul 9 tadi . aku hampir terlupa dan membuka emailnya kembali . aku lihat , sah , email dari NISA kembali , dah dua hari email tersebut dihantar tapi disebabkan kesempatan yang tiada sebab bercuti membuatkan aku log in untuk ke email tersebut sedikit lambat . aku baca perlahan lahan ayat yang diberi , ringkas namun penuh bermakna , penuh pengertian dan penuh sesalan . aku hormat dengan keputusan mereka dan aku jadikan ia sebagai cerita untuk reader aku pada malam ini .
(klik gambar untuk sources)
Aizat ,
Assalamualaikum . menyusul email kedua buat kau . aku harap apa yang aku nak beritahu kau untuk email kedua ini adalah email yang terakhir yang aku berikan kepada kau untuk menceritakan tentang aku dan Haykall . walaupun tiada masa untuk kau baca , sekalipun lambat , aku harap kau sudi baca satu persatu apa yang aku hendak sampaikan . aku tahu , aku tak perlu cakap benda ini kat kau . tapi , fahamilah , fahamilah rintihan aku . aku tiada tempat nak mengadu lagi , berkongsi cerita . tiada lagi bahu yang akan menjadi penahan tatkala aku sedih . kelmarin , aku email kembali Haykall , satu email dari aku pun dia tidak balas . aku tahu susah untuk kita kembalikan life seseorang yang telah menjadi bukan dirinya . tapi , setiap kali aku email dia setiap kali itulah email aku tidak dilayan . aku rasa jauh , aku semakin jauh darinya . aku rasakan aku tiada peluang , peluang untuk mengambil tempat di hatinya kembali . peluang yang gelap , yang tiada siapa yang akan bawa aku masuk ke situ , hanya dia , hanya dia yang boleh membawa aku . menjadikan aku puteri di dalam hatinya kembali . menjadi pemilik sebahagian hatinya . aku tahu , ini semua takdir-Nya . aku pasrah , aku redha , aku mengangkat tangan berdoa semoga kami kembali seperti dahulu , tapi , bagaikan ini sudah menjadi jalan kami , aku putus asa aizat , aku putus asa . aku , aku rasa inilah perhentian aku untuk kisah antara aku dan Haykall . kisah yang menjadi masa lepas aku , yang aku rindukan . apa yang aku harapkan bersama dia aku tinggalkan , tinggalkan untuk masa depan aku dan dia , tinggalkan menjadi helain yang berterbangan dan akan dikutip jika ia adalah ketentuan kami kelak .
tapi , sekuat kuat seorang insan itu aizat , ada kelemahannya . aku sudah tak larat lagi , menanti dan terus menanti . aku akan tinggalkan kehidupan aku yang dulu , kehidupan yang penuh berwarna warni untuk aku , kehidupan yang akan aku tinggalkan bila aku membuka mata meneruskan hari esok untuk aku jalani kehidupan baru yang aku akan warnakan dengan corak yang indah . supaya , keindahan itu akan dapat dikongsi , dikongsi bersama sama dengan dia jika perjalanan hidup aku sudah tertulis untuk dia . Aizat , maafkan aku , aku tidak mampu jadi yang terbaik untuk kawan baik kau , aku tak jadi yang termanis untuk kehidupannya , aku gagal , gagal menjadi seseorang yang sentiasa dengannya , bukan aku pengecut tapi aku beranikan diri aku melawan perasaan aku , untuk kehidupan aku akan datang . aku tak mampu menunggu , tak mampu aizat . aku tak sekuat lelaki , aku tak sekuat wanita yang lain tapi azam yang aku bawa untuk dia sekuat yang tidak disangka . aizat , jika kesempatan aku untuk bertemu haykall tidak sampai , aku harap kau cakap kat dia yang walaupun aku dah meneruskan kehidupan yang baru , memori aku dan dia akan menjadi penguat untuk hidup aku , carilah aku jika dia mampu , aku menunggu , menunggu insan yang pernah membuat aku sentiasa tersenyum , insan yang sentiasa memberikan penuh perhatian , insan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku , insan yang bernama Mohd Aireyll Haykall . aku tidak menyesal , tidak pernah menyesal mengenali dia kerana tempat yang aku kosongkan untuk hati aku hanya untuk dia .
tapi , andai kata ketentuan untuk hidup dia bukan untuk aku , aku doakan untuk dia kebahagiaan yang tidak pernah putus dan aku redha menerima ketentuannya . Haykall , awak tak pernah buat saya terluka , awak sentiasa tersenyum , awaklah insan yang saya rindu selama ini . insan yang bernama kekasih . terima kasih Haykall , maaf , inilah pengakhiran untuk email saya kepada awak sebelum saya menutup semua akaun saya . saya , rindukan awak , bangun Haykall , sedar , kuatkan diri awak untuk keluarga awak , untuk diri awak dan untuk seorang yang bernama HANISA ADAM .
berdebar bila aku baca email ini , aku terkelu dan aku tak tahu nak cakap apadah . Nisa , kalau keputusan ini yang terbaik untuk kau , terbaiklah untuk kau jalani nanti . aku faham kekuatan kau tak sekuat orang lain , tapi Nisa , bagi aku , kaulah yang terbaik di mata orang , di mata aku . aku tahu hati kau terluka tapi kau menutup luka kau sendiri . Nisa , kalau betullah Haykal itu ketentuan untuk kau , di mana kau pergi , kau akan kembali kepadanya . Semoga kau bahagia , NISA .
NOTE : azam melangkaui kekuatan seseorang untuk teruskan hidup
No comments:
Post a Comment