(klik pada gambar untuk sources)
apa ini ? kenapa ini ? tadi aku tengok youtube , then terjumpa benda benda ini . aku google cari benda benda dekat atas ni . apa dia ? kes pembuangan bayi . aku tahu ramai yang dah dengar cerita tentang benda ini , tapi , andai kata rintihan mereka didengar , bagaimana isi hati mereka ? hancurkah hati mereka , kadang kadang mata tidak sempat dibuka sudah kembali kepadaNya . tapi , apakah yang telah mereka lakukan sehingga dibuang sebegini ?
IBU ,
mana ibu nak bawa adik ni ?
tempat ini gelap , adik takut , adik sejuk , ibu peluklah adik kuat kuat
nanti kalau ibu tak peluk , adik sejuk , adik nak nangis kuat kuat ,
IBU ,
kenapa ibu letak adik kat bawah ni ?
kenapa ibu campak adik ?
kenapa ibu dah tak peluk adik ?
ibu nak pergi mana ni ?
jangan tinggalkan adik ,
adik sejuk .
ibu tak sayang adik ke ?
apa salah adik yang kecil ini ibu ?
IBU ,
adik pernah sakitkan hati ibu ke ?
ibu rasa sedih dengan adik ke ?
ibu dengar tak tangisan adik ini ibu ?
adik merayu sangat sangat
ambillah adik kembali
tempat ini gelap
adik takut duduk sorang sorang
tiada siapa pun dekat sini
tempat ini banyak lalat ibu .
IBU ,
adik sudah dihurung lalat ibu ,
adik sudah dimamah ulat ibu ,
adik sayang ibu ,
janganlah tinggalkan adik sendirian di sini .
adik takut .
IBU ,
kalau adik yang salah pada ibu ,
adik minta maaf banyak banyak
tiada niat adik nak sakitkan hati ibu ,
IBU ,
kalau boleh adik tak nak lahir ke dunia ,
adik lebih rela dalam jagaan ibu ,
dalam kandungan ibu
kemana mana ibu bawa adik ,
ibu tidur bersama adik ,
ibu usap adik ,
adik rasa selamat ,
sebab ibu ada .
IBU ,
adik nak sentiasa dengan ibu ,
kenapa ibu tinggalkan adik ibu ?
kenapa ibu buat adik mcmni ?
mengapa ibu ?
sanggup ibu lihat adik mcmni ?
IBU ,
nafas adik semakin sesak ,
badan adik semakin sakit ,
DIA sudah memanggil adik kembali semula kepada-Nya
adik sudah tiada daya ibu ,
adik nak lihat ibu buat kali terakhir ,
tapi ,
kelibat ibu adik tidak nampak kembali ke sini .
IBU ,
adik rindukan ibu ,
adik ,
tunggu ibu di sana .
andai inilah rintihan seorang bayi terbuang itu boleh kita dengar , semua akan mengalirkan airmata , tergamak mereka lihat bayi yang dikandung mereka sedemikian rupa , apapun , jadikanlah iktibar dah mohon dijauhkan . terima kasih kepada link ini kerana memberikan iktibar kepada saya untuk memasukkan entry ini . ayat di video telah diedit semula : KENAPA BUANG ADIK IBU ?
NOTE : fikir dahulu sebelum buat
tak datajuk lain kle nak wat nie ngeri tau tak..hish abg map nie
ReplyDeletehaha ,
ReplyDeletebolehlah ni
tajuk ni je sesuai