APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, November 25, 2011

siapa takut siapa ni ?

ASSALAMUALAIKUM

eceh , tajuk entry pun macam tak puas hati kan , macam nak tumbuk muka orang pulak kan . padahal takdelah seganas manapun entry kali ini . aku dapat idea ni waktu tengah makan tadi tiba tiba ada seekor kucing lalu kat kaki aku . actually aku memang tak suka sangat layan kucing ni tapi kalau setakat dia datang dok keliling kaki aku takpe . tapi janganlah sampai dia dah naik atas meja . memang aku terus blah dengan pantas . walaupun dia setakat nak mintak simpati nak mintak bagi aku makanan , tapi aku rela bagi dia sepinggan makanan even aku baru beli makanan tu . nak nak bila dia buat muka macam ni , pandang apa macam orang selalu cakap , aku kan suka dengar cakap orang , pandang "PAISEI" kot , haa , macam ni :




tak ke kau rasa macam dia nak terkam pergi peluk kau . nak nak bila tak bagi makanan . sanggup panjat meja tu . and aku pelik bila ada orang yang sanggup cium apa bagai . memang kucing ni jinak , baik untuk pelihara even NABI pun suka kat kucing tapi kalau kes aku yang fobia ni macam mana ? terpaksa layan layan tak je . nak tambah cerita lagi pasal semalam . 

aku barulah pergi beli makanan . dengan happy sebab dapat ayam yang panas panas kan then pergilah basuh tangan sebab mak cik makcik kat sini tak nak provide sudu sebab dia kata nanti sudu dia hilang . layankan aja . ada pulak manusia nak telan sudu . nak dijadikan cerita , aku pun dengan happy lepas basuh tangan nak pergi makan sebab perut serious dah lapar , then bila sampai kat meja , muka terus macam ni -___- sebab kucing dah pergi makan makanan aku dulu . belum sempat aku nak makan , sikit pun tak sempat lagi . aku pun ambik kucing tu hayun keatas tinggi tinggi , ok ini tipu . masuk neraka buat macam ni ye kalian . lepastu aku tolak pinggan ketepi and aku bagi je dia makan and beli makanan baru . 

perasaan aku macam mana ? happy sebab dapat berkongsi makanan dengan siapa sahaja . lepastu bila tengah makan mulalah tak tenteram sebab kucing tu dok keliling kaki aku . apalagi dia nak pun aku tak tahu . dah bagi betis nak peha pulak . lempang nak ? serious , aku tak tahu kenapa aku fobia dengan kucing .


NOTE : walaupun kucing tu haiwan comel !


No comments:

Post a Comment