ASSALAMUALAIKUM
malam yang hening ni menambahkan kesunyian kat bilik aku ni , kadang kadang aku dengar jugak bunyi sana sini tapi aku diamkan aje , dalam fikiran aku mungkin bunyi jiran sebelah kentut kot . takpe layankan je perasaan ni . so malam atau pagi ni bukan nak cerita hantu bagai tapi nak cerita pasal 7 perkara . aku ni tak habis habis dengan tujuh perkara aku kan , kenapa tujuh pulak ? sebab idea nak tulis banyak banyak bukan senang nak cari kau tahu tak sebabtu aku hadkan tujuh je , settle kerja aku . then cerita apa pulak aku nak buat ni . suka kan aku merepak pagi pagi ni , siapa nak lempang aku sila beratur dulu . ceritanya macam ni #sambil betulkan kedudukan , usia aku dah penghujung 19 tahun dah and tepat 9 JAN 2012 nanti genap usia aku 20 tahun . ok saja aku mention supaya aku dapat banyak hadiah nanti . so sebabkan nak masuk 20 ni takdalah belas belas lagi usia aku , dah masuk zaman dewasa dah puluh puluh ni . so sebabkan tu aku nak bagitahu 7 perkara yang aku nak buat sebelum aku masuk 20 ni . sempat lagi ni , ada lagi 2 minggu aku nak tunaikan hajat aku ni . fulamak , mengalahkan hajat besar kan .
7 PERKARA
PERTAMA , aku nak makan banyak banyak sikit supaya berat badan aku boleh naik sikit but then tak naklah mendadak sangat , kang tak pasal pasal aku terpaksa memangku perut aku sendiri di atas peha . cukuplah macam sedap sedap je kan , so dalam 2 minggu ni aku try sebaik mungkin , nanti aku bagitahu berapa berat naik ok ?
KEDUA , aku akan tweet back siapa yang tweet aku sebab dah lama aku tak lepak situ , then ada yang cakap aku sombong bagai kan , so siapa siapa nak tweet dengan aku tweet je . aku tak cakap aku ni mengalahkan hot kan tapi just nak berkawan , untuk ke twitter aku , klik link sebelah ok ? : http://twitter.com/#!/AizatAbd
KETIGA , aku nak make sure 19 is the moment of the age yang aku ada sebab macam macam yang berlaku masa aku usia 19 ni so aku nak sematkan dalam hati supaya 19 tahun yang bermakna buat aku . ada rasa macam nak lempang tak dengar ayat aku ni ?
KEEMPAT , aku nak main skating sebab aku tak pandai main benda tu , kebetulan ada kat melaka so kesempatan tu aku nak ambil pergi skating , i mean ice skating . biarlah aku nak terkangkang macam mana rupa kan masa main tu tapi yang penting aku dapat main . fulamak dah rasa macam terror pulak sekarang ni sebab excited ohh . siapa ada kerusi hentak aku sekarang !
KELIMA , aku akan try pakai warna kuning sebab aku memang tak suka warna kuning sejak kecil . so sebelum 19 tahun melabuhkan tirai , aku akan pakai warna kuning and akan sesuaikan dengan diri aku . serious bila pakai warna kuning banyak kali , aku rasa macam menyerlah sangat , sehelai je aku ada baju warna kuning . beli baru pun tak minat nak pakai . kadang kadang rasa diri ni tak berguna je kan . mintak orang lempang aku sikit . padahal warna je kot -,-
KEENAM , nak kurangkan habit aku pada komik sebab aku addict gila bila nampak komik , nafsu membuak buak , nak nak komik naruto . walaupun cerita tu dah lima enam tahun tapi aku suka gila . nak nak komik anime lain , sanggup aku gadai duit nak beli komik . dah takda space dah nak letak kat rak ni ? acaneee ? Ibu Norry kadang kadang bising , aku layankan aje , dah kata membaca jiwa bangsa kan , so bacalah komik ;)
KETUJUH , tak lain tak bukan , aku berhajat nak penuhkan semua kat atasni and perkara nombor tujuh aku pun selesai sebab hajat nombor tujuh nak tunaikan perkara perkara kat atas . sebab aku kalau cakap jarang aku buat . kadang kadang ada orang rasa macam nak tembak je . tapi macam nenek aku cakap selalu "BE YOURSELF !" thanks nenek atas quote tu , saya ingat sampai saya dah jadi datuk ok ? give me 5 nenek !
NOTE : birthday nanti dapat hadiah apa eh ?
No comments:
Post a Comment