APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, September 24, 2011

NUR JULIANA BINTI ABDULLAH SANI

ASSALAMUALAIKUM

JULIANA , ini kau ! HAHA

2007

aku pernah nampak kau tapi masa tu aku just kenal mcm tu jelah and disebabkan kau kawan rapat dengan adda , aku pun kenal lah kau . tapi kenal mcm-2 tu je sebab masing-2 buat sombong donno je kan mcm nak kena guling kat jalan raya . then kelas pulak sebelah-2 and tak bermaksud aku nak ngendap kau setiap hari okayy . kelas kita dulu kan partition dia berlubang sebab gejala vandalisme yang semakin menular pada era globalisasi ini . so aku boleh lah tengok korang tengah belajar kat kelas sebelah . entah , bila aku tengok kau mula-2 , muka nak sombong . maybe sebab aku tak senyum kat kau dulu kot . HAHAHAAH (*____*)

2008

pengagihan kelas bermula dan aku ditetapkan masuk sama kelas dengan kau . 5 Berlian (Sains Kejuruteraan) . ceh , mula-2 tu mcm malu-2 beruang jugaklah nak tegur . kebetulan aku jadi ketua tingkatan and kau jadi assisstant . and aku ingat lagi bila kau nak suruh apa-2 kau suruh adda yang tolong cakapkan . kenapa ? kau segan . okayy , secomel comel aku , aku tak sombong . ewahhh . haha . then makin lama tu okayylah sebab aku pun banyak bercakap and paling memekak dalam kelas kan . lagipun budak kelas kita bukannya ramai pun . 20 lebih orang je . bilik yang kita dapat pulak untuk kelas memang selesa sebab ada bilik kat belakang tu yang mana jadi stor lepak and aktiviti menjalankan gejala tidak berfaedah . kenapa tak berfaedah ?




muka yang buruk inilah yang menjadi benda yang kita ketawa sekarang . yeaahh , memang kita semua nakal masa sekolah menengah . kerja selalu copy paste copy paste . seronok . haha . then sampailah akhir form 4 kita kat sini , duduk kat bilik ni sebelum kita kena tukar pergi kat kelas aras atas yang mana siryes memang tak best kelas kat atas !

2009

sekali lagi memanglah akan sama kelas kan . then kelas kat sini terlalu open . kiri kanan orang boleh nampak isi kandungan kelas kita . cehh , naik form 5 lagi semua malas , kau masih lagi jadi assisstant aku sebab cikgu cakap susah kalau nak tukar-2 ni . mcm biasalah kita kan suka tiru aksi cikgu-2 and selalu tak siapkan kerja yang cikgu bagi . kalau nak kira alasan yang kita bagi , cukup untuk dibukukan . nak-2 bila kerja cikgu lim , add math . balik semua rilek bersuka ria melayan MySpace . masa ni kan MySpace masih lagik popular . bak sini email lah apelah . then bila esok cikgu suruh buat kat depan barulah semua terhegeh-2 nak buat . then bila kelas Lukisan Kejuruteraan pun sama . asyik dok kena bebel je sebab pemalas tapi kita dok gelak-2 kat belakang . and then kau ingat lagi masa kita semua buat trip pergi ulu bendul ? gambar masa kita pergi tu semua bendul-2 . kelakar weyh masa kita di zaman kanak-2 . nah kau hambikk haa :






ini semua gambar korang yang tengah berseronok kat air terjun . then semua memang suka main-2 dalam kelas . hehe , sampailah dah nak dekat SPM . sebulan sebelum mcm belum ready apa-2 je . then sampailah akhir sekolah . semua sedih je kan sebab orang kata zaman sekolah adalah the best moment in our life . entahlah , aku dengar cakap orang . yahh , aku mengaku benda tu . then sebelum perpisahan tu , adalah beberapa orang yang bawak kamera and sedia lah kita untuk mengambil gambar .






berakhirnya zaman sekolah , kita mula setapak mengejar cita-2 . semua bawak haluan masing-2 pergi mengejar cita-2 masing-2 . dan kita jugak tak lost contact . sebab adanya FB . *zaman FB dah naik . terima kasih fesbuk . tapi , lepas sekolah memang suka pergi melepak rumah adda . kaki lepak lah kita .






dari tadi asyik bercerita pasal zaman sekolah kita ? kenapa ? ok , tunggu , kalau internet kau laju cepat tengok benda bawah ni . klik play je .

CREDIT TO : Nur Juliana binti Abdullah Sani


video
*CORRECTION ON THE VIDEO : 24 SEP 2011

dear Juliana ,

di hari yang indah lagi mulia ini buat kau , 24 September 2011 , aku nak wish HAPPY BIRTHDAY buat kau . even aku terlupa kejap tadi tapi bila aku baring-2 aku teringat besday kau today . so that bila umur dah meningkat ini , dah 19 tahun kau hidup kat muka bumi ni , aku harap kau lebih tabah and suka menghadapi setiap hari and hidup kau . semoga semua benda baik and peluang akan berada di sekeliling kau . bukan aku saja tak wish kau melalui handphone , message or call tapi aku nak buat kejutan . sebab mcm aku cakap , kat blog inilah jadi tempat aku bercerita tentang semua apa yang ada sepanjang aku lalui hidup aku . aku harap persahabatan yang mula sejak sekolah menengah ini akan kekal walaupun kau dah berpindah ke kutub selatan ke apa ke tapi , kalau kau dah lupa aku , bukaklah blog aku sebab aku tak akan berhenti menulis blog sampailah tiba waktu untuk aku berhenti menulis blog bercerita tentang hidup aku . and kau gunakanlah waktu remaja kau sebaik mungkin sebab orang kata hidup remaja cuma sekali and kalau kau tidak puas menikmati hidup remaja , rugilah . *aku memang suka dengar orang kata .

Juliana ,


HAPPY BIRTHDAY adalah ucapan untuk kau dari aku today and nanti , bila aku dah habis final exam , kau jangan lupa balik , aku belanja kau makan okayy . even jarang gila and susah gila nak jumpa sebab cuti tak sama , nanti kena set jugak masa ni . wajib BALIK =D

and

JAGA DIRI HIASI PERIBADI

*kalau kau rasa nak simpan ucapan ni , 
save page okayy


diterbangkan oleh ::
MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN ABDULLAH
UiTM Perak,
Sri Iskandar Campus
senyum and peace =)