APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, September 14, 2018

ASUS ZenBook Pro 15

ASSALAMUALAIKUM


Ok aku rasa dah lama betul aku tak menaip dengan perasaan yang gembira and penuh semangat ni. Yelah mood tengah ok kan. Cuba mood tak ok jangan harap sepatah pun aku nak tai papa lagi happy happy nak update blog kan. So takyah tanya khabar sebab aku memang dalam keadaan sihat walafiat.
This time tak nak berlengah panjang sebabnya aku dah terlalu excited nak share dengan korang pasal satu benda yang amazing. Ha excited tak nak dengar? Even tak excited pun aku nak korang buat buat excited siap tepuk tangan cakap wooooo okay tak?


Tuesday, August 28, 2018

So harini schedule aku tak busy sangat so aku ambilah invitation untuk ke event launching ASUS ZenBook Pro 15 yang mana aku dah survey awal awal Nampak macam power je. So aku pun dengan perasaan yang excited pun siap siap sebab event akan start pukul 12 sampailah pukul 3 petang. So sebabkan aku ada lebih masa sikit aku pun plan bertolak awal. Then plan aku untuk sampai awal telah gagal sebab tiba tiba jalan jammed yang membuatkan aku stuck untuk 45 minit ye anak anak. Sampai aku rasa macam aku patut gi event tu jalan kaki.

So tepat pukul 1 aku pun sampai event dengan terkejar kejar sebab of course aku dah lambat time tu. Kalau pergi istana tu aku dah kena halau balik rumah dah sebab tak menepati masa. Yang sekarang masalah dia apa kena mengena istana dengan aku punya event ni kan. So nak dilajukan or dijadikan cerita lepas register then aku terus masuk dalam hall tu. Masa aku masuk je aku tengok dah ada orang berucap dah so memang melambangkan yang aku kena terus focus dengan apa dia cakap. Sambil sambil tu mata merayap la cari siapa siapa yang aku kenal tapi taka da siapa pun. K

Sambil memandang kiri kanan tu dari jauh aku dah ternampak dah display ASUS ZenBook Pro 15 ni. Kaki gatal je nak pergi sana tapi hati masa tu macam kau sabar kejap Aizat kau sabar kejap kalua kau pergi sekarang confirm kena halau. So aku ambil seat and mula duduk dengar apa yang guest tengah berucap. At least adalah info sikit dapat tahu daripada main terjah je kan dekat ZenBook Pro tu.


Mempersembahkan Leo as a Country Manager (aku siap berdiri eh ambil gambar dia).


Apa yang best setiap guest yang bagi ucapan tak lama and info padat dah. Then time tu semua orang dah excited dah nak tengok launching and gimik untuk ASUS ZenBook Pro 15 tu. Siap semua berdiri eh masa dia cakap nak launching dah. Mana tak excited gila rasa macam canggihnya boleh tak nak minta satu tapi tak nak pakai buat simpan je.


Maka, released la ASUS ZenBook Pro 15! (Siapa nak kirim beli boleh tapi kasi aku guna dulu)


Tak dapat jadi model masa launching kita jadi model selepas launching jelah.


Tadaaaaaaaa! Ini macam teaser sikit padahal tak adalah teaser mana pun ahahahaha


Ok part ni paling best aku nak cerita and aku tahu ramai yang tertanya tanya kan apa la yang best and special sangat dekat ASUS ZenBook Pro 15 ni kan? Ha time nilah aku nak kena cerita from A to Z. Daripada tadi aku dah memang excited nak cerita and bagitahu dekat korang about benda ni. Kalau ada siapa siapa yang rasa macam perlu ambil buku nota nak salin kan, aku bagi korang masa seminit je nak ambil. Then aku malas dah nak ulang ulang apa yang aku cakap. Padahal aku taip kan bila bila masa korang boleh ambil. Okay meh aku explain dengan gambar sekali so takdelah aku cakap ni korang terpinga pinga mana satu benda yang aku cakap ni.




First thing, benda yang paling buat aku amazed dia punya ScreenPad (refer gambar siapa malas memang aku tepuk dia). Yang korang tengok pun dah rasa macam wow kan? Apa lagi aku yang dapat sentuh. Rasa nak nangis. Ok over. So dia punya screen pad tu memang orang kata combines a high-resolution auxiliary touchscreen with a touchpad untuk provide new exciting way untuk korang dengan laptop korang. Macam ha sambil buat kerja bukalah kau apa apa dekat screen pad dia tu. Sumpah cool gila. Oh ye satu lagi benda yang aku nak highlight is dia memang effortless performance sebab dia up to 8th Gen Intel Core i9 processors (ini paling aku nak cakap dengan korang!), 16GB RAM, GeForce® GTX 1050 Ti and 1TB PCIe x4 SSD for unstoppable computing. So mesti ada yang confuse kan apa benda ni? So now buka new tab and please do some research about performance laptop ni.


Dapat pegang camni pun aku dah rasa cukup bangga dah weh.


Ok untuk orang yang suka laptop slim lepastu Nampak elegant maybe this is your choice. Memang ringan and senang nak bawa ke mana mana. Dengan dia punya warna Deep Dive Blue and Rose Gold Detailing memang seksi nak mati. Yang pastinya dia ada, up to 802.11ac gigabit-class Wi-Fi, USB 3.1 Gen 2 Type-C with Thunderbolt 3, USB Type-A and standard HDMI ports. So tak payah nak risau apa apa sebabnya semua ni dah complete untuk korang beli and tak payah pening dah nak fikir laptop yang macam mana korang patut beli.

And! 

Mesti korang ada yang tertanya tanya harga dia pula kan? Okay untuk korang yang memang rasa laptop ni dah cun gila and teringin gila nak beli (macam aku), so Aizat listkan harga dekat bawah ni then korang dah boleh start survey then pass dekat kawan kawan. Takpun tulis dekat buku nota yang korang bawa sebelum baca update aku ni tadi.



So daripada sekarang marilah kita semua sama sama kumpul duit untuk kita beli laptop ni ye. Kalau macam korang rasa nak pegang pegang ke tengok tengok dulu yes of course korang boleh walk in dekat store and sentuh. Rasa macam mana sebelum beli then aku yakin lepastu korang akan terus beli tanpa fikir panjang.

So personally daripada apa yang aku tengok sendiri depan mata aku, aku memang suka dengan design dia, performance dia, unique dia, warna dia and macam macam lagilah. Worth to buy for long term use. So apa korang tunggu lagi? Let’s!


Dapat sentuh pun jadi la (berdoa semoga ada orang hadiahkan).




And one more thing yang rasa macam eh dekat mana eh nak beli, so Aizat attach dekat bawah ni mana tempat yang korang boleh beli so tak adalah korang rasa macam terpinga pinga mana nak dapat laptop ni okay?





NOTE: siapa ada yang nak belanja aku sila private message aku ye.


TWITTER: @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK: Aizat Abd



3 comments:

  1. I think this is a real great article post.Thanks Again. Really Cool.
    sap abap training

    ReplyDelete
  2. Looking forward to reading more. Great blog article. Great.
    Abinitio Training From India

    ReplyDelete
  3. Great and nice blog thanks sharing..I just want to say that all the information you have given here is awesome...Thank you very much for this one.
    dotnet online training

    dotnet online training institute

    dotnet training

    dotnet training institute

    ReplyDelete