APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, November 17, 2011

inilah ucapanku untuk tahun ini !

ASSALAMUALAIKUM

eceh eceh ingat nak berehat kejap daripada blogging ni 5 6 hari tapi tak bolehlah . macam mana ni ? macam mana ni ? macam mana ni ? tangan ni sentiasa je nak taip something , dah ketuk ketuk dah banyak kali guna penukul tapi dia degil . ada siapa nak tolong pukulkan kuat kuat ? ok , tak payah . tak berperikemanusiaan . actually tertarik nak blogging ni sebab tiba tiba idea banyak datang mencurah . bila nak buat entry pulak idea macam serious takde . penat dah fikir sampai otak ni menangis frust . and plus , ada benda aku nak cakap with my entry yang aku buat ni . sebabtu gigih nak blogging ni pergi ambil lappy (notebook) and connect internet . masuk email and password and mulalah buat entry yang menggembirakan ni . gembira tak ? nanti dulu . aku lempang sorang sorang kang nak gembira dulu sebelum aku buat isi utama aku . ini pendahuluan paham ?

ok dah masuk body . bukan body nak tunjuk atau tayang body . body untuk aku cerita tentang entry aku ni . ni nak ceritalah ni . #sambil tangan beriya-iya duduk bercerita . esok , alah esok 17 November 2011 korang tahu hari apa ? alaaa , bukan keputusan UPSR , but kejap , GOODLUCK untuk adik adik yang ambil result esok ok ? ucap terima kasih pada abang cepat #abang tak tahan kan panggil camni . ok , esok ataupun harinilah sebab dah masuk pukul 12 dah pun . actually 17 November bersamaan dengan hari jadi papa aku . eh eh bukan hari jadi . hari lahir papa aku . aku pun tak tahu bila beliau jadi . #nakal . mesti korang tak tahukan apa itu hari lahir ? baca kat bawah ni kalau tak reti and tak tahu apekemende tu hari lahir :

Hari lahir atau hari jadi (juga kadang kala disebut hari ulang tahun) merupakan hari di mana seorang dilahirkan, menandakan hari dimulainya kehidupan di luar rahim. Dalam beberapa kebudayaan, ia merupakan suatu kebiasaan untuk merayakan peringatan hari lahir seseorang, contohnya dengan mengadakan majlis ulang tahun dengan keluarga dan/atau rakan. Hadiah sering diberikan pada orang yang merayakan ulang tahun. Juga merupakan suatu kebiasaan untuk memperlakukan seseorang secara istimewa pada hari ulang tahunnya.
( sumber : wikipedia [ klik ] )

dikesempatan ini , eceh tak habis habis nak ambil kesempatan , aku nak ucapkan sepenuh hati aku setulus jiwa raga nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk ayah aku yang mungkin sekarang ni tengah tidur sebab korang tengoklah jam dah pukul berapa . 12 malam kan ? memang wajib semua insan tidur bersama mimpinya . kalau ayah rajin bukaklah blog mirul and then baca benda ni . menarik tau . kalau tak menarik , buat buat menarik . lepastu memandangkan harini hari lahir ayah kan . apalagi , macam biasa mekdi , kepsi , pizza , windmill , secret recipe , a&w , subway , fullhouse , and apa lagi yang ayah mahu belanja ? eh eh kenapa ayah kena belanja . kata hari lahir . ni anak anakmu semua tengah tunggu ni . haishhh , best best . pilih je yang mana mana . kalau boleh nak semua ok ? apa ? nak ucapan jugak selain daripada ucap selamat hari lahir ? ok boleh boleh . macam orang pantai timur selalu kata kat mirul sewaktu kat kampus , berehhh berehhh .

PERTAMA , semakin berusia ni nampak semakin kacak so belanja makan ok ?

KEDUA , apabila sudah berusia jiwa semakin remaja , belanja makan boleh ?

KETIGA , ayah kacak hari ini , betul ! belanja makan boleh ?

KEEMPAT , saya nak ucapkan selamat belanja makan , ok ?

KELIMA , nak pergi makan kat mana ni , pilih pilih , pastu belanja makan ok ?

itulah ucapan yang bernas daripada anakmu yang tercinta , selain itu ada penambahan , macam ayah dah selalu dengar sana sini orang duduk cakap , bukan setakat hari lahir je nak ayah panjang umur , kalau boleh sampai kita sama sama tualah kita punya umur sekeluarga panjang , even masatu tinggal tulang sekalipun . pastu pastu pastu , semoga berbahagia bersama makwe ayah sebelah tu , ibu yang dah hampir 24 tahun korang together gether , so sweet , nak macam korang jugak . lepastu , semoga kesihatan tetap terpelihara macam sekarang , bagus bagus , rajinkan bersenam ok ? lastly , belanja makan , ok , berhenti .

kesimpulannya , sekali lagi selamat hari lahir untuk ayah . apa dia ? dah banyak kali ucap ? alaaa , faham faham le kan , esok lepas ayah balik dari office , kita orang semua dah bersiap . even ayah tak siap lagi , kami boleh mandikan salinkan dan dukung bawak masuk kereta ok . ok ayah , stop cakap pasal esok , pembaca dah bosan ni , muka semua dah macam lempeng pisang hitam yang selalu ayah suka makan nenek buat tu . bukan hitam sebab terbakarlah , sebab warna dia memang macamtu , ada gula merah . plus , ibu pun suka buat yang mana ayah lagi suka makan . 

apa dia ? tak habis lagi . nak hadiah pulak ? alamakk , mati . lupa , haha . takpe takpe , nanti pagi ayah bangun pergi tengok kat meja lampu tidur sebelah ayah . ada pontianak kampung batu , eh eh , bukan ade sesuatu yang tak disangka #macam lagu ibnor riza yang ayah suka tu . nanti jangan bukak kat rumah . pergi bukak kat pejabat and suruh junior junior bawah ayah tengok . mesti mereka suka . lepastu balik , belanja makan . kbai !

SELAMAT HARI LAHIR AYAH !



anyonyonyo omel omel kan ? haha

kejap kejap nak nyanyi !

AYAH , AYAH , ENGKAULAH RAJA HATIKU , boleh ?

apa dia ? nak dalam bahasa mandarin pulak ? ok ok

爸爸,爸爸,我的内存,好吗?

apa dia ? bahasa tamil pulak ? ok boleh .

पिताजी, पिताजी, किंग खान की तू स्मृति, क्या तुम ?

ok dah , boleh ?


NOTE : yeayyy yeayyy dapat dibelanja !


2 comments: