ASSALAMUALAIKUM
berehat sebentar dari menulis blog . hehe , bunyi macam poyo je nak berehat bagai kan macam ade je org nak baca blog aku nih kan padahal follower pun tah bape kerat je , tapi apapun hargai wooo follower aku . even aku cerita tah apa apa merepak tahap bosan karma pun adelah jugak yang rajin follow story aku . bila dah buat entry mesti ada title entry kan . kenapa kali ni macam syahdu pulak cerita aku ni ? kenapa kenapa kenapa ? memang jugak sebab aku baru lepas tengok cerita juvana . serious dulu aku macam rasa entah apa apa cerita ni , tapi bila membe aku bukak kat laptop malam tadi aku macam pandang pandang tak je , tapi bila dah tengok , macam addict sebab nak tahu ending dia macam mana . and , bila baring terfikir . terbayang sana sini . terbayang sekeliling , tengok orang sana sini , dalam majalah , dalam internet , dalam akhbar , dalam berita , macam macam boleh dengar setiap hari kan ? macam mana boleh tengok . bunuh , rogol , buang bayi , dera and apa lagi . heh , aku kat sini bukanlah nak sibuk ambil tahu hal cerita org lain tapi sebab aku terasa ingin nak bercerita , aku bukaklah mulut , bukan nak menuduh , bukan nak menambah . tapi ... untuk sama sama berfikir , adakah semua orang jahat ni jahat ?
waktu kecil dulu bila dengar je orang masuk penjara , bila tengok je orang duduk rempit sana sini , semua cop mereka jahat . semua cakap takda masa depan . tapi kenapa masa depan mereka takda ? sebab takda orang nak bawa mereka sama sama mencari masa depan mereka . caci maki jadi makanan setiap hari sampai dah lali . kadang kadang timbul juga rasa dalam hati aku bila sendiri aku tengok orang orang macam ni , terdetik dalam hati aku "ibu ayah dia tak marah ke dia macam ni ? macam mana kalau dia balik rumah" . tak pernah pula aku terfikir sampai ke tahap dalam nak soal selidik masalah mereka sebab aku sendiri pun belum tentu lagi hala tuju yang aku pilih masa hadapan . naik peringkat sekolah menengah , makin ramai orang boleh aku lihat . peluk sana sini sesukahati . kadang kdang cium depan public , mana maruah ? mana , sebab biar kita miskin tapi maruah kita kaya , tinggi . tapi , kenapa mereka macam tu ? kenapa ?
kadang kadang terbuka mata , bukan salah mereka sebab pengaruh dari orang sekeliling main peranan , pengaruh ibu bapa . tapi tak boleh nak salahkan ibu bapa kalau ibu bapa dah bnyak kali tegur still macam tu . kalau pakwe tegur baru nak berubah , macam tu ? kiranya pakwe kau lah beranakkan kau . yang paling rasa nak lempang bila ada budak datang minta sedekah tapi ada orang maki dia halau dia , aku rasa macam nak lempang , siku je orang yang halau dia tu . come on , aku tahu meminta minta ni dilarang , aku bukanlah nak bercakap bnyak sebab ilmu aku pun tak cukup lagi kat dada ni . tapi , bila nampak je orang macam ni , semua start bukak cerita kedai kopi dia dok kutuk budak ni . cuba faham dia , cuba tengok dia dari segi lain . kenapa dia macam tu ? sebab dia orang susah , nak dapat makanan untuk satu hari pun susah . kadang kadang ada yang sanggup meragut lepastu ramai ramai pukul sampai koma ? undang undang mana kau pakai ? negara ada undang undang . sebab tak semua mereka jahat , kadang kadang nak buat jahat ni fikir siang malam pagi petang , 44 kali fikir , menggeletar tangan sebab takut , tapi sebab terpaksa . sangat terpaksa .
pernah juga membe aku tanya kat sorang budak sekolah aku ni dulu dulu , dia tanya family dia tak marah ke dia selalu bawa balik perempuan kat rumah , alasan dia senang , mak ayah dia selalu kerja shif malam . woww , senang je alasan dia . aku tak boleh bayangkan kalau tengah dia buat maksiat , dia kena serangan jantung ke apa ke , sempat lagi nak patah balik ? tak sempat bro . aku buat benda ni semua bukan aku nak cakap aku baik , bukan aku nak cakap aku ni tak buat jahat . semua manusia tak sempurna . cacat cela mesti ada , dalam nampak atau tak nampak je . aku tulis benda ni bukan daripada luahan yang kosong tapi kerana aku lihat perspektif lain tak semua orang jahat tu jahat . sebab kadang kadang mereka diapaksa atau terpaksa . sebabtu kita kena hormat orang kalau nak orang hormat kita . kita bukan siapa siapa nak judge orang , nak tuduh orang sebab dah jadi satu adat kalau pesalah mesti dicop penjahat , tak semua sebab kadang kadang kalau setiap hari menghadap cacian , makian , sanggup ? lets think it , assalamualaikum .
NOTE : tak semua orang jahat takda masa depan
No comments:
Post a Comment