APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, January 25, 2012

congratulations !

ASSALAMUALAIKUM

kembali ke kampus bila dah cuti lama memang rasa macam berat je nak balik . kalau boleh berat tu rasa macam mak gajah duduk berak menyangkung kat atas bahu , badan and segala anggota badan ni . kalau korang tak percaya pergi tanya siapa yang dah balik kampus tu and mesti jawapan dia sama macam jawapan aku . nak nak pula masa balik ni lepas dah cuti dengan keluarga kan , lagilah malas nak balik kampus . ok , semua tahu kan kenapa cuti sekarang ni ? kalau tak tahu tu memang nak kena lempang guna kuali . mestilah sebab chinese new year hoi . ok kepada kaum cina , happy chinese new year and make sure kalau bertembung dengan aku , bagi angpau ok kalau tak nak kena penampar . and nak cakap ni , bila dah chinese new year apa yang enkau orang dapat tengok ? mestilah orang nak kahwin berderet deret kan . and begitulah juga aku . eh bukan aku yang nak kahwinlah tapi aku tengok orang yang nak kahwin tu berderet deret . aku nak kahwin sekarang ? nak mati nak bagi anak bini makan apa ? rumput tu buat ulam ? ok lets we talk about kenapa aku tulis tajuk entry aku congratulations atau dalam bahasa melayunya tahniah . nak baca ke tak , sila alihkan mata ke bawah .

#sebab PERTAMA !

aku nak ucapkan tahniah untuk cousin aku yang selamat menjalankan majlis pertunangan dia dengan gadis pilihan dia , yapp , memang cuti raya cina ni aku tak balik melaka pun . aku ke KL sebab Ibu Norry and Ayah Abd akan ambil aku kat sana and terus ke kedah . yeay memang aku suka tak balik rumah -..- aku memang kemaruk nak balik sebab aku rindukan suasana bilik aku . mengalahkan bilik tu macam universal studio kan . after dah siap semua , masa sabtu pukul 4 pagi bertolak ke kedah sebab papa cakap tak nak jammed kalau jalan pagi sangat . sekali macam orang cakap air tenang jangan disangka tiada buaya , aku ubahkan pepatah tu , jalan tenang jangan disangka tiada orang , hambek hah , mula mula masa area KL tu ceh punyalah speed bawak kan , then bila dah sampai kat behrang , daripada 140 terus jadi 40 je ! punyalah jammed . kan betul aku bagi pepatah aku tu . sebab aku baca kat papan tepi jalan tu ada kemalangan . bila aku tengok tak ada pun . ohh maybe kemalangan udara kan #ada ke ? . then masa berhenti nak refill minyak pun punyalah ramai orang sampai hati aku tergerak keluar ayat ni , kau tak reti nak tidur eh pagi pagi buta ni ? dan itu jugalah soalan yang aku tujukan pada diri aku . memang jammed lah paling aku menyampah . ingatkan boleh sampai kedah pagi dalam pukul 9 10 ke kan , at last sampai dalam pukul 1 lebih juga . dengan cuaca yang terik memang badan aku berpeluh , serious waa cakap waa mandi peluh ohh . tapi peluh sendirilah aku mandi , bukan peluh daki daki orang lain , nenek aku pun geli . petang tu after sampai kat homestay just rilek rilek sebab semua dah kepenatan after konvoi dalam 6 biji kereta .

esoknya iaitu ahad #tak kan jumaat pulak , tibalah masa yang mendebarkan , apakah ? iaitu rombongan merisik and bertunang yang akan kami pergi ke rumah gadis pilihan tersebut . cehh semua bersiap mengalahkan masing masing nak bertunang kan . termasuklah aku . but , panas terik memang tak boleh nak dielakkan , cucilah muka bagi kering macam manapun , muka akan tetap berpeluh . actually rumah gadis tu taklah jauh sangat dari homestay kami . then semua bawa hantaran tu nak pergi merisik . okay ini first time pergi merisik orang , selalu kalau akad nikah , kahwin ni dah biasa tengok . ini macam excited pulak nak tengok . mana tahu ada pantun pantun bagai kan . haha memang cannot go , saya jual saya jual , saya beli saya beli . ok macam mintak kena lempang je siap nak jual beli . then bila dah masuk tu , settle , senang je kerja and terus bertunang , tak payah banyak cerita pun . and macam biasa , setiap entry mesti ada gambar kan sebab tak nak bagi korang bosan dengan entry aku semua asyik tengok tulisan je kan . ada gambar gambar ni boleh korang kutuk kutuk ke kan sambil baca entry ni . mana tahu nak bagi aku pahala dengan kutuk aku , Alahamdulillah . okay mari sini kita tengok gambar yang telah aku gigih asingkan sejak tengah hari tadi , lai lai kita tengok .

engkau tahu ini cheque , kalau aku bawa lari boleh shopping , yeay !

then mama pun rampas cheque ni sebab niat aku nak pergi shopping -___-



dan aku ambil keputusan nak pergi pegang bakul biskut je , wow ada biskut best !

A N D

tahu kan apa itu hantaran ? okay hantaran kat bawah ni from pihak lelaki nak bagi kat perempuan tapi aku masukkan separuh je , yang lain tak sempat #padahal malas





and bila dah tengok hantaran tu , kita mesti akan tertanya tanya macam mana majlis tu berjalan kan . kalau tak tertanya tanya tu buat buat je tertanya tanya , nanti bolehlah tengok gambar kat bawah ni , jeng jeng














okay after majlis tu kitaorang just jalan jalan kat area penang , kedah and last sekali pergi perak memandangkan aku pun akan dihantar balik ke kampus selasa nanti . so bila dah ada peluang ni , apa lagi melancong ajelah sampai tak ingat dunia . sana nak beli , sini nak beli . then penat bukan main , dengan sesat bagai . okay bila dah cerita yang pertama ni , mesti nak tahu congratulations yang kedua tu untuk apa kan ? so lets we talk about it . 


#sebab KEDUA !

aku nak ucapkan tahniah juga untuk abang kepada kawan baik aku , JULIANA ABDULLAH sebab selamat diijabkabulkan dan selamat bersanding pada hari yang sama abang saudara aku bertunang . ok serious rasa macam terkilan tak dapat pergi but then nak buat macam mana , tak kan aku nak pergi tinggal sorang sorang and siapa nak hantar aku balik kan . dah lah tema dia merah , memang aku dah set nak pakai baju merah masa tu . tup tup tiba tiba tak jadi datang . rasa macam diri ni tak berguna je . but then tak apa , aku tak pergi wedding tu pun aku masih ada gambar yang jue suruh aku ambil dalam album dia . even aku takda antara diorang , jiwa aku masih ada . fulamak ayat tragis nak mati . ok jom kita tengok gambar dua orang kawan suka ria duka ni and majlis tersebut . jom !






okay atas ni my bestie !

okay korang , aku tak sempat nak jumpa korang kat sana , nanti bila balik kita jumpa okay . high five and weh aku serious nak pergi tapi tak dapat . nanti kirimkan aku apa apa hantaran yang best best untuk aku okay ? kata kawan . okay big congratulations untuk abang kau jue and nanti kalau kau pulak yang kahwin , aku gerenti datang punya . percayalah ! peace ;)


okay untuk kedua kedua orang yang aku ucapkan tahniah tu , aku ucapkan semoga korang selamat sampai ke anak cucu , cicit and buat kata kawan aku cucut . pun boleh . then aku harap nanti korang kalau nak buat apa apa majlis janganlah guna tarikh yang sama sebab boleh aku datang untuk dua dua majlis . ok peace ! hope dua dua bahagia sampai bila bila .


NOTE : best gila bila tengok orang lain bahagia !


No comments:

Post a Comment