APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, April 28, 2012

papa sayang kamu , Leesya and Syalee

ASSALAMUALAIKUM




kehadapan comel and handsome papa , Leesya and Syalee *bila umur mereka dah 21 and 20 tahun*

papa tahu sekarang masa korang baca surat papa ni , korang semua dah tua bangka and dah cantik macam Rosnah Mat Aris and Jaafar Onn *kena baling kelapa dengan Leesya and Syalee* ehh tak tak papa tersilap , maksud papa , Leesya dah semakin cantik and anggun macam Lisa Surihani and Syalee dah handsome macam Aaron Aziz iaitu papa , jangan terkejut sebab memang papa Aaron Aziz *kena baling tembikai pula dengan readers* . korang mesti pelik kan orang tua kerepot mana pula hantar surat kat korang tepat masa papa birthday papa . maaf Leesya and Syalee , masa korang menerima surat ini papa dah pergi , pergi tinggalkan kamu berdua , macam mana korang tahu papa dah pergi ? abistu siapa yang pergi tanam papa kat kubur dengan sanak saudara ye tak ? lempang sikit muka papa ni . so jangan risau , even papa dah pergi , papa ada tinggalkan untuk korang dua buah rumah agam , 3 biji lambo berlainan series , lapan ladang getah and kelapa sawit , 3 biji helikopter persedirian , 7 billion harta dalam account and sepasang gigi emas dalam laci papa *harta tak nak kalah* . so korang tak payah risaulah , korang nak pergi makan kelapa sawit hari hari pun tak apa . so daripada papa terus merepek tak tentu pasal ni , papa ada satu nasihat nak berikan kat korang . kalau tak nak dengar , harta tu serta merta akan tukar nama atas nama Norlia Ghani . kalau tak nak , baik baca dengan teliti , peace sikit *flip hair*

korang tahu kan sejak dulu lagi papa tak pernah ajar korang bergaduh sebab korang berdua jelah anak papa sebab mama kau malas nak beranak bebanyak . nanti kalau dah bergaduh berparang berbunuh nanti dah takde keturunan papa dah . so bila papa dah pergi ni , papa nak korang sentiasa ada bersama , tak kiralah korang dah kahwin ke , menjanda ke , duduk je sebelah sebelah . tu sebab papa beli rumah korang dekat dekat . dalam tu siap dah ada megamall , wayang apa segala bagai , tak payah korang nak pergi jauh jauh . so korang tahu kan , papa pun tak pernah bergaduh dengan mama , sebab mama tu penyabar *tangan di bahu mata ke atas* . so sebelum mama pergi masa korang kecil kecil dulu , mama ada pesan pada papa :

DARLING SAYANG MUCUK MUCUK HONEYBEE KU , SEBELUM SAYA PERGI NI , JANGANLAH BAGI ANAK KITA BERGADUH , DIDIK DIA JADI ANAK YANG BAIK , KALAU AWAK TAK JAGA DIA , SAYA JADI HANTU MAYA KARIN CEKIK AWAK BAGI MATI

and masa tu papa sangat sedih , rasa macam dunia papa berputar , airmata masih dapat ditahan , tak tahu dah papa nak cakap apa , rasa macam nak baling tembikai nam biji je , yang papa cakap just :

EH KAU NAK MATI PUN SEMPAT NASIHAT AKU EH , KAU BANYAKKAN MENGUCAP LAH

and sebab jawapan papa yang macam tu , mama terus hembuskan nafas dia yang terakhir dengan muka terkejut . bukan salah papa tapi sebab itu sudah ditentukan takdir sayang papa , Leesya and Syalee . masa tu papa pun menjanda , ehh menduda . masa tu rasa macam nak kahwin pun ada juga sebab sunyi kan , tapi bila fikir korang and nanti mama kau bangun cekik papa jadi Hantu Maya Karin , terus batal niat tu nak kahwin . lagipun korang dah ada untuk papa . even papa terpaksa cuci najis korang berdua serentak guna dua dua belah tangan , bawa korang pergi office , susukan korang di khalayak ramai *guna botol ok !* , masa meeting pun kena dodoikan korang , papa tempuh juga supaya korang jadi orang yang berguna and tidak terabai and kurang kasih sayang . kau ingat kerja senang , tunggulah one day nanti korang dah ada anak . sometimes papa rasa letih juga , tapi papa akan tersenyum bila malam malam Leesya tidur kanan papa , Syalee tidur kiri papa , sebab papa sayangkan korang even setiap hari korang kencingkan papa atas katil tu *pegang rotan nak buat buat rotan*

sayang , papa akan selalu rindukan kamu berdua . saat saat kita makan ice cream di taman , kita sama sama bergurau , papa pujuk Leesya nangis , Syalee kiss pipi papa , tapi papa tahu papa dah jauh dari kamu semua , jauh tinggalkan dunia . tapi , papa nak semangat papa sentiasa ada dalam hati kamu . papa tak nak kamu berdua jadi orang yang tamak haloba nak meninggal punya tamak . tak kira macam mana sekalipun , berbincang dahulu okay ? kalau degil nanti papa jadi pocong selit bawah katil korang . jangan lupa saat saat kita sama sama tengok bintang , kita sama sama terbaring di atas halaman rumah sebab kita sama sama kira bintang setiap malam . saat papa selalu bacakan buku cerita Doraemon untuk korang . macam papa selalu cakap kat Leesya and Syalee :

EVEN MAMA TAK ADA DI SAMPING KITA , MAMA AKAN SENTIASA TERSENYUM BUAT KITA DI ATAS SANA

even kadang kadang papa bengang rasa macam nak campak korang dalam lubang jamban sebab korang tanya atas mana , kat mana , kenapa and bila mama senyum tu , tapi papa layankan aje , and sometimes papa tembak je jawapan yang papa bagi kat korang tu . ape ade hal , bukan korang tahu pun kan masa tu . sekarang bila dah tahu mesti korang rasa macam nak humban papa dalam gaung kan ? tak payah humban , papa memang dah accident masuk gaung pun masa tu . papa tahu korang tak ingat tapi sempatlah juga sebelum jatuh tu papa tendang korang keluar dari kereta . even macam kurang ajar je kan papa tendang tu , tapi ada hikmah , tengok , papa dah pergi , korang terselamat and dapat bolot harta papa kan ? bahagia hidup korang kan . kongsi baik baik harta tu . kalau tamak tu hah Norlia Ghani dok perhati je perangai korang , tamak je sikit , serta merta macam papa cakap tadi harta terus jadi milik dia *tetibe Norlia Ghani tak memasal je terlibat*

Leesya ingat masa Leesya tanya papa soalan ni :

PAPA , APA ITU CINTA ?

and papa jawab :

CINTA ITU BILA PAPA PELUK , CIUM AND SAYANG LEESYA MACAM MANA LEESYA AND SYALEE SAYANG AND SELALU HUGS AND KISS PAPA , CINTA ITU SWEET MACAM ICE CREAM , AND CINTA MAMA DENGAN PAPA JUGA BERMULA DARIPADA ICE CREAM

and Leesya and Syalee pun terus hugs and kiss pipi papa even masa tu umur korang baru 5 and 4 tahun . koranglah aset terpenting yang papa ada compared to semua harta papa and scandal scandal papa , ehh maksud papa scandal tu pekerja kat syarikat papa yang selalu bagi semangat kat papa *rasa rasa kantoi tak aku ada scandal ?* . sayang , even papa dah pergi , teruskan makan ice cream macam mana mama and papa suka makan ice cream dulu . kan papa dah didik korang makan ice cream satu hari 3 kali kan , sampai korang kena asthma teruk , but then tak payah risau sebab papa dah belikan korang tong gas , bila makan ice cream , rasa nak asthma tu terus sedut tong gas tu , makan , sedut , makan , sedut . tak payah risau dah . sebab bila papa makan ice cream , even papa tengah marah , even papa tengah sedih , papa akan rasa selesa and tersenyum balik sebab papa akan ingat kat mama yang mana dulu masa papa kenal dengan mama , kitaorang selalu makan ice cream sama sama kat taman , naik basikal . nyanyi lagu saloma , ehh bukan , lagu dua hati menjadi satu . then lepastu mama nak buat buat jatuh , mama cakap :

SAYANG , I NAK JATUH NI SAMBUT TAU !

then masatu papa tengah syok makan ice cream , then papa pun tak sempat nak sambut , tergolek golek mama jatuh macam filem hindustan and terus terberanakkan Leesya dulu . setahun kemudian masa makan ice cream juga , mama cakap suruh papa belikan ice cream . masa tu papa malas nak pergi sebab penat . then mama cakap :

KALAU AWAK TAK BELIKAN , SAYA BERANAK SEKARANG

then papa pun ketawa , papa cakap ingat beranak tu boleh suka suka nak keluarkan macam tu , kena ada operation . lepas je papa habis ketawa tu tiba tiba Syalee terkeluar menangis sebab mama betul betul beranakkan Syalee . sebab tu dalam surat beranak Leesya tempat lahir : Taman Permainan and surat beranak Syalee tempat lahir : Ruang Tamu Rumah Sendiri . maafkan papa sayang *ada rasa nak tembak orang tak ?*

Syalee and Leesya ,

papa tak boleh nak nasihat banyak sebab papa tulis surat ni pun masa papa tengah terbaring lepas jatuh gaung , dengan harapan surat ini akan disampaikan kat kamu . even susah papa nak tulis benda ni , tapi papa gigihkan juga sayang , papa gigihkan tulis surat ini . even kat depan tu papa ada tersalah tulis :

BUAT ANAKKU TERSAYANG , ROSNAH MAT ARIS AND JAAFAR ONN

tapi surat itu memang untuk kamu berdua . papa nak kamu jadi kuat , lebih tabah dalam menghadapi saat saat kamu hidup dalam dunia remaja ni . papa tahu kamu dah besar tua bangka . bila nak kahwin nanti Leesya jangan lupa cari pakwe handsome macam En Haris Ombak Rindu and Syalee carilah perempuan yang cantik macam Hana Tajima ke , yang penting mentaati segala perintah Allah . papa akan rindukan saat saat kamu sentiasa tersenyum buat papa , saat kamu peluk papa , saat kamu cium pipi papa . bila kamu tidur kamu selalu kencing malam kat papa , bila malam kita tengok bintang sama sama . papa akan rindukan saat papa dukung kamu berdua , berjalan jalan di tepi pantai . saat kita makan ice cream even kita bertiga asthma macam nak mati , tapi kita gigihkan juga sedut tong gas supaya kita tak mati . ingat nasihat papa :

HIDUP KAT DUNIA BUKAN SENTIASA UNTUK BERSEDIH , TAPI UNTUK MENCARI KEBAHAGIAAN  DI DUNIA DAN AKHIRAT

jangan asyik tahu nak bercinta jiwang bagai and cakap benda bukan bukan sebab orang perhati je apa yang kita buat tak kira baik atau tak , nanti kena bash dengan orang ramai *hidup twitter* and then sebelum papa menghabiskan kata kata papa ni , papa just nak minta kamu hack twitter papa and tolong tweetkan ayat macam ni :

AKU DAH MATI , TOLONG JANGAN RETWEET , WILL DEACTIVATED SOON

and kamu jaga diri hiasi peribadi . papa tahu anak papa ni comel comel nak nak papanya yang handsome macam Aaron Aziz kan . papa akan simpan semua kenangan kita bersama selama kamu hidup bersama papa , selama kau buat papa tersenyum . even berat hati ni nak ucapkan selamat tinggal tapi papa terpaksa . inilah pengakhiran untuk hidup papa , ingat , even papa and mama takda kat dunia ni , papa and mama akan sentiasa tersenyum buat kamu berdua di atas sana . jaga diri and papa sayang kamu , Leesya and Syalee . macam papa selalu cakap , even macam manapun , nama kamu berdua bukan terukir di bintang , tapi di hati papa . jangan lupa macam dulu papa cakap , even papa pergi , papa tetap die hard fans YUNA , okbai !


papamu yang always handsome,
Aizat Abd (Aaron Aziz)




#VIDEO WISHES FROM AIZAT ABD


video




No comments:

Post a Comment