semalam just post entry merepek and pendek nak mati . rasa macam diri ni tak berguna je semalam . actually demam kan semalam memang lah tak boleh nak fikir banyak banyak . tembak sorang sorang kang . ok bila dah sihat hambik haa idea datang mencurah curah sampaikan tadah guna baldi pun tak cukup . memang nak kena lempang . and then and then and then *sambil kelip kelip mata berdiri atas kerusi , now aku nak cerita pasal habit aku yang kelakar . kejap , kelakar ke ? ahh lantaklah , maybe pelik ke biasa ke aku pun tak tahu . and habit hobi tu aku samakan jelah even aku tahu maksud masing masing tu . okay siapa nak dengar mari duduk rapat rapat depan lappy . make sure muka betul betul depan skrin lappy . yang tak buat aku lempang laju laju guna lidi . sakit tau . ok jom kita baca apa sebenarnya habit aku selama ni hah ?
#01 AMBIL GAMBAR TUNJUK GIGI
ok ini memang nak kena lempang punya muka aku buat . bila ambil gambar the first thing yang aku buat is akan tunjukkan gigi . aku pun tak tahu kenapa aku sampai dah terbiasa buat macam ini *apakah salah aku diwaktu kecil dulu . but masih comel , serious masih comel . aisehh ayat aku buat aku nak muntah sendiri . Ibu Norry selalu jugalah tegur yang kenapa aku selalu ambil gambar buat benda sama , tunjuk gigi . entah apekemenda ler perangai aku ni kan . but then comel tau , cuba tengok , ahai ! haha
tengok hah , macam kucing lelaki baru lepas malahirkan anak kan . haha dengan cat bagai kat muka tu , dengan oang orang kat belakang lagi . and kira macam nilah setiap kali aku akan ambil gambar . but then dah semakin meningkat dewasa ni aku makin sudah pandai tidak menunjukkan gigi . kau ada ? hahaha . but then habit ni masih lagi aku kekalkan sampai membe membe aku pun dah tahu style aku ambil gambar . fulamak haha
#02 MAKAN ICE CREAM TAK HENTI
ini memang habit aku sampaikan dah boleh jadi hobi kau tahu . memang aku akan sentiasa makan makan and makan sampaikan demam . macam nak kena terajang kan ? dah tahu demam nak makan lagi . then kalau makan ice cream tu mesti aku akan makan sorang sorang . sometimes orang nak tu bagi jelah kan , kecuali kalau aku beli ice cream ni :
kalau makan benda ni , or ice cream ni memang aku tak akan pandang kiri kanan , and paling tak best kalau itulah suapan terakhir . macam ahhh mana nak rembat lagi . you guys should taste it and rasa macam mana feel dia . jenama ice cream tu boleh ambil kat gambar tu and pergi cari sekarang *sambil pegang rotan . actually kalau bab bab ice cream ni kadang kadang sampai aku boleh teringat ingat tahu kalau dah terasa nak makan tu . but aku pandailah control . tak nak aku kena kencing manis . susah nak masinkan balik *macamkan pernah rasa je kan .
#03 CAKAP "PEACE"
habit ini memang cannot go , aku akan cakap peace for every single things yang aku buat , nak contoh ? kejap .
IBU NORRY : EH NI KENAPA BILIK BERSEPAH NI , BANGUN KEMAS CEPAT *sambil cekak pinggang
AKU : RILEKLAH IBU , TAKDA ORANG NAMPAK PUN BILIK NI BERSEPAH , PEACE
lebih kurang macam tulah . kadang kadang sampai Ibu Norry Malas nak layan dah . buat sakit hati dia je asyik asyik aku cakap peace kan . sekali satu hari aku cakap dia lambung aku naik atas ceiling mati aku nak turun macam mana . haha mohon dia tak baca . ampun ampun . and benda ni dah jadi habit aku dah . time presentation pun kadang kadang terbawa bawa . brutal kan ? *sambil angkat kening ala ziana zain .
#04 MAIN RAMBUT BILA TIDUR
ini lagi pelik . aku akan main main rambut aku sampai aku tertidur . aku tak tahulah macam mana aku nak tertidur kalau one day aku botak . so kena guna perkhidmatan Dr Rozmey Skin Care ni *tiba tiba wujud . rambut Dr Rozmey lawa hahaha . habit aku aku rasa since kecil lagi . and yes aku akan ambil bantal , letak atas dada and sebelum tidur main dengan rambut . bukan dandan lah hoi , tapi macam pegang sehelai sehelai sampai tertidur . gambar pulak tak dapat ler aku nak masukkan . memang gigih aku nak masukkan gambar sebelum tidur kan . but cuba korang try nanti jadi habit korang pula . kalau dah terbiasa tu silalah lempang aku sebab aku yang paksa and suruh kan . haha peace !
and inilah antara habit pelik aku , entah apa apa kan . kadang kadang buat aku rasa macam nak ketawa sambil terberak pun ada juga . tapi sebab malas nak berak merata aku tahankan sampai ke toilet baru ketawa . ok ini tipu . and for sure mesti akan ada orang yang ada habit tersendiri kan . hew hew hew *gelak trend sekarang . aku pun tak tahu macam mana nak gelak macam tu in real life . and siapa yang ada salah satu habit macam aku , dia geng aku , peace sikit haha , so happy friday !
*KLIK
NOTE : certain people habit dia suka bercakap tentang orang lain , so loser
No comments:
Post a Comment