*shuffle guna terompah depan giant dengan crush gadis gadis , azwan ali* hai hai hai semua , Aaron Ajiss ni *bentang banner* okay tak mahu baling tembikai nam biji okay kat aku ? tak memasal aku stop cerita sampai sini je sebab koma kena baling tembikai . today is sabtu and semua ewah kemain rancak duduk online , homework tolak tepi . ingat cuti semua cuti ahh ? report pengetua tua kerepot macam dahan reput tu kang baru tahu . bila cakap about entry yang tak guna kali ni , mestilah korang akan terbaca tajuk then fikir apa ketimunan aizat ni nak buat entry kum kum kum ni kan . ahh sebab kum kum tulah aku nak buat cerita ni and this real happen sendiri okay . kalau kau tak caya aku lempar kat dinding sampai kau terberak keluar najis warna merah jambu . so sebabkan aku dah banyak merepek sampai aku dah rasa macam diri aku ni tak berguna , so jom dengar apa yang aku nak cerita . tapi korang kena tutup lampu , bukak tingkap bilik and duduk bawah selimut . baru kau dapat rasa kefeelingan cerita aku ni .
aku duduk kat hall sambil tengok movie dengan Ibu and Aiman . tapi aku tak fokus sangat dengan movie . lebih dengan aku main twitter and blogwalking . then aku pun nyanyi nyanyi sambil dengar lagu Ombak Rindu ewahh . then tengah leka tu tetibe adik Shyyra aku yang dari dapur terus lari datang depan dengan muka pucat . Ibu Norry terus pandang aku , aku cabut earphone aku and aku tanya kenapa . then Shyyra dengan Ibu Norry cakap ada orang bagi salam kat pintu dapur . sayup tapi jelas dengar . tapi yang aku tak dengar apa apa . aku terus bangun and jalan laju laju pergi dapur . aku bukak pintu and keluar dari rumah , aku tengok sekeliling tak ada apa apa . then aku masuk balik rumah . tutup pintu and pergi kat hall . aku tanya adik aku , kau dengar apa ? mana ada orang . then adik aku yang gelabah terus je cakap :
MASA AKU NAK GORENG NUGGET TETIBE AKU DENGAR ADA ORANG BAGI SALAM , PERLAHAN TAPI JELAS KAT PINTU ULANG ULANG . THEN AKU TERUS JE DATANG DEPAN CEPAT CEPAT
bila aku dengar adik aku cakap aku termenung kejap . aku tanya dia , dia ada jawab tak ? then dia geleng . yang peliknya suara tu perlahan tapi Ibu Norry and Aiman pun boleh dengar . padahal macam jauh jugaklah hall dengan dapur . and aku fikir balik . kalau orang sekalipun , tak akan dia jalan cepat macam tu , aku bukannya leka masa tu , lepas dengar aku terus je bangun pergi tengok . kalau naik kereta or motor pun mesti akan dengar or nampak juga kelibat manusia tu . then aku diam je , aku cakap maybe ada something lahtu nak main main. so aku just diam and Ibu Norry macam dah cuak dengan Shyyra . pernah juga Ustaz cakap kalau dengar benda tu jangan jawab dulu , tengok dulu baru boleh jawab kalau ada orang . then aku macam dah lupalah sikit kisah benda tu . until malam tu aku duduk tengok TV kat hall . tetibe aku rasa macam meremang then aku terus off TV and masuk bilik . mata memang dah mengantuk dah . and aku rasa kalau aku tidur mesti akan sampai esok tengah hari . tu pun belum tentu bangun .
then lepas cuci muka baca doa semua aku terus terlelap sebab letih sangat kot . muka aku masa tu berpaling belah kanan . and dalam pada aku tengah tidur tu tetibe aku macam terkejut sebab macam ada something dicampak kat muka aku . aku tak sure lah dicampak or terjatuh tapi benda tu memang boleh rasa even dalam aku mamai and tutup mata . aku ingat maybe tu just mimpi aku je tapi aku macam tersedar tapi tak boleh nak buka mata . aku rasa macam ada benda kat pipi aku . tengah aku fikir sambil mamai tu tetibe benda yang ada kat atas pipi aku tu bergerak and lalu kat pipi aku macam satu kain yang sangat panjang . sebab kalau aku mimpi , aku tak akan dapat rasa . aku memang boleh rasa kain tu lalu kat pipi belah kanan aku and benda tu panjang . bila dah habis aku terus tersedar and mata aku tepat kat tingkat . entah kenapa benda tu yang aku pandang dulu . then aku terus bangun cuci muka and baca apa yang patut sebab masa tu aku tengok jam baru pukul 4 lebih . then aku fikir balik apa benda tadi tu ? aku malas nak fikir sangat sebab aku tak nak benda ni akan serabutkan kepala aku . bagi aku dia juga makhluk Allah macam kita . tengah aku fikir , aku terasa macam ada something je yang tengah pandang aku kat tingkap. tanpa pandang kat tingkap aku terus je ambil bantal and tutup muka aku sampailah aku tersedar balik bila subuh . aku just diam and tak cerita kat siapa siapa pun . maybe sebab dia hanya nak bermain main dengan kita untuk bagitahu kita yang dia wujud juga kat dunia ni .
and kepada korang , benda ni aku just nak share je sebab tak semestinya kita akan sentiasa rasa selalu kan. and maybe juga bila bila masa dia boleh muncul . macam sekarang , maybe dia sedang perhatikan korang kat tingkap tu , mana tahu , maybe ...
NOTE : jangan ingat kita tak nampak dia , dia tak ada , sometimes dia ada tujuh tapak je dari kita
No comments:
Post a Comment