ASSALAMUALAIKUM
*hambik kain buruk bersama ajax fabuloso then lap lap blog yang dah berhabuk , then baca Yaasin bagi Ju-On keluar daripada blog ni* fulamak cerita aku over je kan mengalahkan dah lama aku tak hadap menatang ni . but actually lama juga . kau hengat senang nak dapat idea nak update blog . kalau senang aku cakap sampai korang naik muntah dah baca luahan sanubari aku kat blog ni macam korang baca buku sejarah form 4 , ewah . so macam mana rindu aku ? aummm teruja aku dengar ! *dengan tak semena mena aku kena rejam guna tong gas beberapa biji* melihatkan tajuk entry kali ni , single ? cambest je kan bunyi dia cam gatal miang je kan . memang best kot...... sesaja je kan sambil baring baring golek atas katil macam kambing bakar dapat lak idea aku nak buat entry camni . tapi aku tak hadkan yang single je boleh baca ke , 18 tahun ke atas ke kan , tapi yang couple pun boleh baca gak , then bila dah baca mesti korang teruja nak single kan , better kau single je weh *turn on lagu patah seribu* kau hengat ni kelakar ke Aizat ?!
SEBAB SINGLE ?
*sambil kunyah gummy bear beli kat Tesco hanya RM3.49* kalau nak cakap sebab single ni senang je and macam macam sebab kau boleh listkan and kalau masuk buku telefon tebal warna kuning tu pun masih lagi tak cukup , antara sebab utama , kau kena tinggal dengan si dia automatic kau dah jadi single takpun janda . tapi sebelum kau kena tinggal tu mesti ada sebab dia sendiri kan . contohnya tetibe kau tumbuk muka awek/pakwe kau tu secara tiba tiba , kau kentut merata rata depan muka dia ke , kalau aku pun memang dah tinggalkan kau terkontang kanting sesukahati je nak tumbuk aku tanpa sebab . but then ada jugak yang single tanpa rela kan , ewah *capai pampers mamy poko nak lap airmata* macam tetibe pakwe dia sakit ke and ada masa sebulan je lagi nak hidup , tragis je cerita , nak pindah luar negara ke , nampak tak drama dia macam Ombak Rindu ? filem sangat kan , so kau takyah percaya , kau cakap je camni "nak tinggalkan aku blah jelah , tak payah nak bohong" , settle and simple . macam aku cakap kat atas tadi jugak , kalau kau nak cakap sebab single ni memang banyak . ada orang kata single is awesome , tapi bila dah single menangis macam nak gila mati . padahal dia tinggalkan kau sebab orang lain , baik kau tak yah nangis . yang perlu kau buat panggil dia then bila dia dah datang , kau hempuk dia guna meja pejabat pos then kau blah , dia bisu ke pekak ke tu belakang cerita . yang penting apa ? hati kau puas dapat belasah dia sampai senget sebelah kepala dia . kau ada ?
KEBAIKAN SINGLE ?
bila single yes boleh elakkan daripada maksiat . tapi mata kau tu kena jugak jaga , bukan kau single then kutuk kutuk orang yang couple , dah jadi satu dosa untuk kau , lepastu kau cuci mata tengok minah salleh pakai bikini merah tepi pantai sambil kau snap snap gambar dia . dah jadi dosa lagi . tapi bila single ni wa cakap sama lu agak best lah jugak , sebab boleh kawan dengan semua orang even dengan Norlia Ghani kau nak gurau gurau manja pun takda siapa marah . takdelah kena had sana sini , bila nak berkawan jealous sana sini . oh pleaseeee *gaya minah gedik Bukit Bintang* rimas jugak kenkadang bila dah selalu macam tu kan . asal gaduh je sebab cemburu , asal gaduh je sebab tak bagi kawan dengan orang tu . aku yang dengar ni pun rimas weh , macam mintak terajang kasut lapan inci Mariah Carey je kau tahu . bila single ni gak kau tak perlu nak fikir macam macam , kau fikir tentang diri kau je , nak makan ke , nak mandi ke pun takda orang bebel melainkan mak kau sendiri . ni kalau couple mak kau lagi bebel , dengan dia lagi bebel . tak memasal nanti kau dah boleh tempah tiket masuk wad kecemasan untuk wanita bersalin sebab tak tahan kena leter . and bila single ni jugak takdelah kau akan dapat masuk wayang sesama buat wayang kau sendiri . cam dah biasa dengar je ayat muntah berdarah ni kan ? macam sekarang lah , korang tengok cerita HACKS yang korang dok nangis tengok tu kan , tapi bila single kau gi tengok sensorang je takyah nak fikir nak pujuk dia bila nangis tengok cerita tu . and aku pelik , sekarang ni semua nak main singkat singkat kan , coming soon cerita SAM pulak , bagikan je . lepasni kalau aku nak makan aku cakap camni TBAMNABBAMNK , kau paham ? bila kau buat tak memasal kena terajang dengan orang yang kau cakap tu *Tolong Belikan Aku Makanan Nanti Aku Bayar Balik , Aku Malas Nak Keluar*
KEBURUKAN SINGLE ?
bila cakap pasal keburukan single ni , entah aku sendiri pun tak tahu gak ada ke keburukan single ? tapi sebabkan kepala aku ni suka merepek golek golek tak tentu pasal kan so aku buat jugak pasal keburukan dia . macam kalau kau couple sweet sweet aummm tu kan sometimes ada juga orang akan ingatkan kau untuk buat sesuatu . macam suruh kau solat , kejut kau bangun solat semua kan , macam aku pernah tweet dulu :
BILA COUPLE : SAYANG ESOK I KEJUT YOU BANGUN SAHUR TAU , NANTI TERUS SOLAT SUBUH
BILA SINGLE : KRINGGGGGGGGGGGGGGG *bunyi jam loceng tu pun kalau kau sedar*
even kau angkat call dia pun tengah mamai , dia akan terus call kau sampai kau bangun . tapi bila jam loceng kau tutup je terus kau terlajak tidur sampai berbuka . ni koma ke tidur kan . and then kau jugak akan punctual sometimes . sometimes jelah kan , but at least ada daripada tak ada kan . tapi kadang kadang dengan couple pun boleh buat kau leka jugak dalam hidup kau sebab kau akan habiskan masa dengan dia . tapi masing masing dah besar kan , so kena pandai beza semua tu . even Azwan Ali yang dah bercouple tu pun single balik selepas baca blog aku , eh ?
tapi bila fikir balik pasal benda ni semua , even single ke couple ke tu semua ada kebaikan and keburukan masing masing even korang nak assume macam macam kan *capai mop sebab nak mop laptop yang berhabuk* kalau kau percaya kat jodoh kau sendiri , even kau tak confess kat dia , one day kalau jodoh kau dengan dia , kau akan bersama jugak dengan dia , yang pastinya cuma lambat atau cepat je . hanya Allah je tahu apa yang Dia rancangkan untuk kau . bukan kau berharap lepastu bila dia tak suka kau , kau gi bunuh diri terjun tingkat lapan belas , then mati pecah kepala jadi hantu . apa guna kan ? baik kau teruskan hidup kau je daripada kau terus kecewa sebab dia *letak mop capai penyapu pulak sapu keyboard* so tak perlu kau terlalu fikirkan semua tu . nak kata jealous tengok orang lain yang dah couple tu tak boleh juga , tu jodoh kau jauh kat depan sana tengah tunggu kau tu . diorang yang dah couple tu tak lama lagi tu clash ah tu bila masing masing dah bosan *sambil menyapu tetibe kena baling tembikai nam biji dengan pasangan yang dah couple* so bila kau berjalan kau kena ingat , even kau single , kiri kanan kau akan ada orang yang bersama kau , keluarga dan sahabat !
NOTE : single ke couple ke , yang penting kau masih boleh lagi teruskan hidup , teruskan bernafas kat bumi ni
No comments:
Post a Comment