ASSALAMUALAIKUM
baby baby jangan kau marah , sebab ku tolak *kemudian aku kena tolak dengan oghang ramai masuk gaung sebab suara macam m daud kilau* . alright lepas dah lama tak merepek kat blog serba boleh ni sebab boleh buat tisu tandas , pembungkus makanan , juga lampin bayi pakai buang ni , so kembali merepek hari ni and buat orang menyampah nak baling timun tiga batang kat kepala aku diiringi tembikai nam biji tepat di bibir . bila tengok tajuk entry semua dah start buat muka cam pokemon berak kaler oren , and kat sini juga aku nak bagi korang satu tips . satu tips ? amboi kau tengok tips nak jadi seksi kemain laju kau buka link blog aku ni kan . kemain gatal , aku sembur guna ridsect baru kau tahu camne rasanya jadi lipas kena sembur ridsect . actually dapat tips ni pun time aku tetengah cungkil ayam terselit kat gigi and aku dapat idea . ohyeah kemain aku dapat idea macam mana or tips nak buat kawan korang rasa nak terajang korang and hempas lelaju korang dari tingkat enam belas . so kalau rasa nak mati berulang kali tu , cuba kau try tips nak buat kawan korang bebetul marah kat korang yang aku list kat bawah ni and berapa kali koma tu nanti kau bagitahu aku melalui laman twitter aku , Aizat Abd ataupun dikenali sebagai Aaron Aziz versi handsome , aummm aww awww ohyeah <-------- *demam berak keras*
#01 CUNGKIL
tengok yang pertama pun buat korang macam eh apa ni apa ni apa ni ??? okay over tanda soal bebanyak menunjukkan persoalan yang begitu mendalam . okay cara pertama nak buat kawan korang marah ni senang . masa lepas makan korang pergilah ambil pencungkil gigi then cungkil gigi korang , takpun kalau susah naww kau pergi korek guna tangan je , cungkil sebanyak mana sisa makanan yang kau dapat tu , then bila rerasa macam dah banyak tu , korang pergi celupkan jari korang dalam air yang dia nak minum . bukan setakat celup , kau kacau sekali guna jari cungkil tu dalam air dia . then kau senyum watpeace kat dia . lepastu kalau mulut kau kena sumbat dengan cawan tu aku tak tahulah kan , sampai besar trachea kau boleh telan kaki badak . then kalau nak bebanyak kena sumbat cawan tu kau buat kat tiga empat orang serentak . then kau akan tahu ah camne rasanya bila kau dah kena hempuk dengan kerusi kat cafe or kedai tu . memang kau dah tak rasa dah apa tu erti dunia .
#02 KOREK
eh ni bukan nak melucah , siapa fikir lain memang aku terajang sampai rumah Azwan Ali . ceritanya macam ni *sambil lipat lengan baju macam cik kiah nasi lemak* kau pernah korek hidung ? nak kena tumbuk cakap tak pernah ? so next tips gunakan cara korek hidung . bila time kawan kau tengah seronok kemain gembira ketawa kan depan depan awek dia ke , crush dia ke , kau pergi duduk sebelah dia buat macam kau nak join sekali .then depan depan dia kau korek hidung , nak nak tips ni sesuai untuk gadis , korek sedalam dalam yang kau dapat , then bila kau dah rasa hasil korekan tu kau dah dapat , kau keluarkan , then kau lekatkan kat baju kawan kau tu . then kau jalan terus tanpa toleh belakang . kalau kau nak muka kau macam Final Destination kau tolehlah , gerenti bukan kerusi lagi , dengan pinggan kaca tu dia hentak kat muka kau . actually cara ni jarang orang guna sebab najis hidung merah jambu kita tu bukan selalu ada , ye tak ? kenkadang kalau selesema bukan main banyak naww hasilnya sampai takda gam nak lekat setem pun itu jadi gam dia .
#03 AIS
ni ais bukan dadah merbahaya yang aku maksudkan , siapa hisap dadah kan dia suka kat M Daud Kilau sesangat . so kali ni nak ajar cara lembut sikit . tapi bukan aku suruh kau memondan . aku just nak bagi tips kejutan yang mendalam untuk kawan kau . kemain kan ayat aku macam mintak penampar lapan kali dari Norlia Ghani gadis seksi tu . so bila kau beli beli air tu kan , mesti kau sedut gelabah bapak gelojoh sebab haus kan , then yang tinggal ais . then bila balik lak kau nampak roommate kau tengah tidur *khas untuk yang tinggal di asrama* then kau pergilah dedekat dengan dia . bukan aku nak suruh kau goda dia tidur , tapi kau ambil lima nam biji ais then kau terus masukkan dalam baju dia , bila dia masukkan tu kau cecepat duduk depan dia , and kau tengok dia akan cepat gelabah macam nak terberak cair dia bangun . then bila dia dah terkejut tu kau blahlah lari tanpa toleh even dia bagi kau Neelofa sekalipun . kau jangan percaya sebab Neelofa pun tak nak kat kau . selalu cara ni kau patut guna time kau nak kejutkan kawan kau pergi class kalau dia degil sangat nak bangun , nak lagi senang , kau beli ais sebungkus then kau terus letak atas muka dia , mati tak mati tu kau mengucap jelah awal awal .
#04 STOKIN
kau pernah tahu apa itu stokin ? kalau tak tahu better kau pergi loncat bunuh diri kau . sejak tadika penat cikgu kau ajar sampai terberanak dia kau punya degil tak paham , ni dah tua bangka kau tak tahu kemenda ni kan . cakap pasal stokin , next tips aku menggunakan stokin . selalu kita mesti akan ada kawan kawan yang suka gurau kan , so sekali sekala gurau gurau kasar ni best apa . then bila pakai kasut mesti kau akan pakai stokin kan , tak kiralah stokin tu ada gambar doraemon ke , love love ke kan , yang penting kau tahu to stokin . then cuba kau gurau dengan kawan kau masa dia tengah buat homework add math . benda tu memang mengundang ketensionan dia kan , sampai rasa macam nak telan ajax fabuloso then koma masuk hospital tak payah nak belajar add math lagi . so tengah dia buat kerja tu , kau pergi ambil stokin tu then tekupkan kat hidung and muka dia dari belakang , dah tekup tu kau tenyeh tenyeh lah sikit macam buat sambal belacan letak cili padi tu . hah macam tulah , kau cakap je kat dia kau nak bergurau , dia paham punya . setakat kena terajang kat muka sampai patah gigi tu normal lagi . yang penting dia dah rasa cemana bau stokin kau yang aku sendiri pun rasa buaya tembaga pun boleh keguguran bila bau stokin hello kitty kau yang baik baik warna pink tak basuh terus jadi warna kelabu asap .
setakat aku hidup ni , just ini empat tips je yang aku rasa boleh buat orang or kawan kawan kau marah , and banyak kes pembunuhan maybe berlaku disebabkan perkara perkara di atas . hantu asrama , hantu tepi jalan , hantu korek hidung tu semua sebab benda kat atasni . tapi kalau kau buat betul betul benda kat atasni memang aku nak cakap macam mana pun aku tak tahu , rasa macam nak dukung kau then lambung lambung je siap pakej pelukan dari Rosnah Mat Aris aku bagi . so kalau rasa macam nak share dengan kawan kawan tu boleh juga , kau just klik button share then tersebarlah kat mana mana , silap silap Mark Zuckerberg pun pernah buat dekat Megan Fox and tak memasal dia kena makan terajang Megan Fox tu . entry ni memang buat aku rasa nak tumbuk diri aku depan cermin sebab bagi aku dia merepek , tapi tak apa , yang penting papehal kalau korang buat , koma seminggu ke jangan lupa bagitahu aku , aku nak taburkan air mawar beserta tujuh jenis bunga kat korang . SELAMAT MENCUBA !
NOTE : kalau korek hidung then bagi kawan kita makan rasa rasa dia nak makan tak ?
No comments:
Post a Comment