Assalamualaikum w.b.t ,
kehadapan diri sendiri , Aizat Abd yang berada jauh di perantauan , semoga kau berada dalam keadaan sihat sejahtera , kau jangan mengada ngada nak cakap kau tak sihat , sekali aku bagi pelempang jangan tanya kenapa muka kau senget sebelah nanti . ok kesempatan di pagi buta aku ambil untuk taip surat ni , bukan tulis kau tahu , aku dah moden dah , tak payah nak pakai bulu ayam dengan dakwat dah , asalkan ada broadband celcom dengan blog pun dah cukup aku nak bagitahu kau apa yang aku nak bebel , pergi kau get ready dulu berak ke apa ke sebelum baca surat ni before kang aku dah start kau nak pergi sana sini memang aku lempangkan aje kang . ok dah ?
tujuan aku menulis surat , eh salah lah pulak , menaip surat ni aku nak cakap yang aku dah bosan dengar kau mengeluh sana sini aizat , kau dah kenapa ? nak aku lempangkan ? dari tadi dah tiga kali aku cakap perkataan lempang . selalu kau cakap yang kau ni banyak kerja . ok come on babe , kata semakin berusia semakin matang , ohh cop tua tak nak , matang nak , aku tembak kang baru kau tahu , so bila dah makin banyak kau belajar makin banyaklah kerja kau kena buat . muka kau pun aku tengok dah tak bermaya dah , aku syorkan kau pakai loreal paris , diorang kata baik untuk kulit , cer kau try dulu lepastu kau bagitahu aku acanee , kalau ok kau orderkan aku satu . lagi satu , dulu lagi aku dah cakap minum superpower untuk cergaskan diri kau tapi kau tetap minum air asam boi , ape kehe ? nak aku bagi sebijik kat muka kau ? apa kau cakap air tu sedap ? memanglah sedap tapi masam kau reti ? nanti kecut usus , entah mana theory aku rembat . ok aku nak nasihatkan yang kau jagalah makan minum sikit sebab kau nak bekerja memerlukan tenaga kan ? so kau jangan mengada nak makan benda benda bukan bukan , aku lempang kau kang jangan tanya kenapa .
then tujuan aku lagi ialah nak bagi nasihat yang aku tahu kau ni suka layan twitter dengan facebook eh ? kau mari sini kau pandang muka aku , yang kau tunduk dah kenapa ? sini kau pandang diri kau sendiri ni , kau tahu tak twitter tu boleh melalaikan , nak nak facebook tu , apa apa macam si najwa latif tu kata apa ? muka buku ? kau nak aku bagikan buku kat muka kau ? nak ? kau tahu kan exam tak lama lagi ? lepastu kau boleh lagi macam ni , amboi dia , biasa dia . kalau kau tak boleh jawab aku bagikan buku kat muka kau reti ? tapi kesian pulak kat kau nanti tak dapat bersoSIAL kat laman sesawang kan ? tapi make sure ada had , paham ? underseten ? kalau aku tahu lebih limit aku buangkan aje broadband kau , baru kau tahu betapa ruginya hidup tanpa itu semua kan . lepastu kau tahu kan benda tu semua kalau ada kepentingan je baru bukak ok ? setakat kau nak update status jiwang karat tu aku belasah kau kang guna timun nak ? ok tak nak dengar cakap aku .
lepastu ni lagi satu aku nak cakap ni , kenapa kau pergi layan video ni sampai banyak banyak kali ? kau ingat kau boleh jadi sweet macam dia usha awek dia lah ? pigidaaaa aku bagikan pelempang baru kau tahu , ni kalau korang nak tengok pergi kat bawah ni aku ada masukkan , tengok haa kalau surat tak dapat aku masukkan video bagai ni kan , suka aku dah boleh hantar surat dalam blog , siap aku boleh masukkan video lagitu , bukan yuna je setiap gambar ada lagu , aku pun ada , setiap blog ada video , haa kau ada ? tapi kan tiba tiba aku nak masukkan sekarang tak boleh , lantaklah , siapa nak tahu pergi cari atau klik je link ni : KLIK JE KALAU NAK TAHU APAKAH INI ! , tak payah risau sebab aku dah taubat tak bagi lagi link link hantu kat sini , kesian ramai yang baca blog aku dah kena heart attack , tak pasal pasal je kan , memang aku ni suka buat kejutan melampau . memang melampau rasa macam nak humban tinggi tinggi . aku nak cakap jangan asyik layan video je nanti kau leka , faham ? aku bukan nak kata apa sebab kalau kau dah tengok tu aku pun dah terjoin , acanee ?
last aku nak cakap ni sebab aku nak pergi tidur nak letak lobak kat mata , orang selalu letak timun sebab nak cerahkan sekeliling mata , aku letak lobak sebab nak elakkan rabun , buat lima kali sehari , dapatkan hasilnya dan tanyalah pada yang pakar . ok last aku nak cakap kau jangan selalu leka and bertangguh tangguh kerja , bukan apa , nanti kau tak siap kerja nanti kena stay up sampai pagi , dah kena beli loreal paris , ukurlah sendiri ! haa aku main bantai je mana punya tagline syarikat ni , then kalau betul betul ada masa lapang buat kerja tu , jangan asyik nak bercintan citun je , kejar cita cita tu dulu paham ? ok bagus sebab aku pun nak pergi tidur ni , then aku nak cakap ni , kenapa kau gila ni menaip sambil cakap depan cermin ? kononnya kau bercakap dengan diri sendiri lahni ? aku lempangkan jugak kau ni kan . ohh aku lupa , dah kata surat ni surat untuk diri sendiri , how dare you kita tak bercakap depan cermin kan , ok bagus betul idea kau bagi nasihat kat diri sendiri , memang kalau selena gomez ikut pun memang top kat youtube kalau dia record . ok aku dah merepek , kbai !
yang terkacak ,
DIRIMU DIRIKU JUA
No comments:
Post a Comment