fulamak rasa macam lama je dah tak reti nak on blog ni kan buat cerita . maksud aku bukan buat buat cerita aibkan orang . kalau macam tu memang nak kena lempang laju laju sampai bengkak sebelah pipi . actually sebab aku ada di KL so aku memang tak sempat nak buat semua kerja dalam satu masa . kadang kadang nak bukak twitter or on facebook pun sekejap sekejap je , ni pulak nak buat entry , lagilah harapan dunia bangsa kan . so kenapa pula hari ni mimpi kan nak buat cerita ? so biar aku bagitahu dulu sebab apa . actually aku dulu ada juga orang tanya kenapa tak cerita pasal diri sendiri lah , sebab apa tak cerita pasal rahsia dah kat blog ni . hoi semua , dah nama pun blog , tempat public kan . so kalau aku buat cerita tentang diri aku sah sah aku punya rating blog menurun . tapi after aku dapat inbox , IM dari ramai orang untuk aku buat entry pasal diri aku , then terciptalah tajuk entry kali ni : KENALI SI PENDIAM
okay mesti ada yang tanya apa ni apa ni apa ni ? siapa yang pendiam ni ? okay sebabtu aku nak cerita pasal diri aku ni , so ada banyak detail detail kat bawah ni yang aku nak bagitahu , tapi aku terpaksa masukkan gambar yang korang pernah tengok sebab membe aku pergi pinjam external harddisk lepastu tak reti nak pulangkan , hampeh betul . okay lets go through dengan kisah misteri ala ala hantu kak limah ke , hantu kum kum ke kan dengan entry baru aku today . baca betul betul so next time bila nampak aku tu dah tahu dah aku macam mana okay . tapi kalau rasa macam awal awal lagi dah meluat tu kan , baik kau pergi tutup laptop lepastu pergi tidur . lagi aman bahagia orang lain nak baca , ok , peace !
NAMA PENUH ?
fulamak aku rasa dah macam interview tak pun macam nak tulis biodata masa sekolah rendah dulu , kan dah jadi trend dulu dulu ye tak ? ok nama penuh aku MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN ABDULLAH , and nak aku ulang ? nama penuh MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN ABDULLAH . and mesti ada akan tanya kenapa nama dalam facebook lain nama dalam twitter lain , and aku akan jawab dah tentu itu nama ringkas dalam laman sesawang , so ringkaskanlah . macam nama facebook aku EIJAT ABDULLAH , sebab aizat tu aku seorang je yang guna dalam family aku , abang aku and adik aku guna nama depan , means nama depan tu macam aku AMIRUL . okay then nama dalam twitter pulak aku terbalikkan jadi AIZAT AMIRUL . bukan main gembira sukahati je aku kan nak tukar tukar .
NAMA MANJA ?
okay ini buat aku ketawa and senyum kejap . nama manja tu paling tak boleh blah . okay aku akan mulakan nama panggilan aku untuk kawan kawan baru aku start dengan family sebab nama aku dalam family ada "manja" dia sikit haha . okay kalau dengan kawan kawan mcm biasalah , aku gunakan nama EIJAT je sebab aku dah selesa since aku tadika lagi kan , so kalau nak ubah tu memang aku akan rasa janggal , tu pun kalau dengan kawan kawan . ok next soalan ? #lupakan yang family tu . haha ada rasa nak lempang tak ? okay kalau dalam family pula mereka semua panggil aku "JOY" sebab apa ? aku pun tak tahu sebab maybe nama aku mirul kan so bila dah panggil lama lama tu jadilah joy hahaha , but then ada lagi nama rahsia di sebalik joy tu , biar aku dengan family je tahu , ecehhh haha .
LATAR BELAKANG ?
kalau nak cakap pasal umur apa semua , aku rasa semua dah tahu kot , fulamak macam rasa famous pulak kan semua dah tahu . umur macam biasalah 20 tahun , okay macam biasa tu cannot go . then aku dibesarkan di melaka and yes kat melakalah . actually aku tak pernah tahu pun benda ni until one day Ibu Norry bagitahu yang aku ada juga darah darah kacukan ni . fulamak aku rasa macam alaaaa kenapa ada , baru nak bangga ada darah melayu asli , rupanya belah Ibu Norry lah aku dapat kacukan ni , arab+chinese . Ibu Norry and uncle cakaplah , then belah ayah aku tak sure sangat sebab ayah ada mata yang coklat , and kalau nak tahu , aku pun mempunyai mata light brown . and aku juga tak pernah ambil tahu pasal warna apa mata aku ni until masa tingkatan ada orang kata mata aku cantik , and balik tu aku terus tengok , ohhhh coklat cair . and yes aku paling sayang mata aku . bukan sebab dia warna coklat cerah lah hoi , sebab haritu pergi check mata saja saja org tu cakap mata aku baik . kau ada ?
LIMA PERKARA YANG KORANG TAK TAHU ?
PERANGAI PALING BURUK ?
suka takutkan orang lain dengan hantu , padahal sendiri cuak juga kalau benda tu muncul terpacak !
MAKANAN KEGEMARAN ?
okay aku semakin rasa macam dah jadi biodata dah ni . okay memang tak dinafikan semua ada makanan kegemaran , kalau nak tanya suka makan apa , memang macam macam yang aku nak tulis , tapi yang paling best setakat ni makanan melayu yang paling aku suka ialah sambal goreng . tahu tu apa ? sah semua tak reti masak . and setakat ni belum ada siapa dapat beat my Ibu Norry punya masakan lah kan , sebab di terror kalau buat sambal goreng . and then kalau mcm desert aku more too benda yang berasaskan coklat , tak kisahlah cake coklat ke apa ke . obses kot , mungkin , peace . and sebab aku malas nak tulis minuman kegemaran , aku letak sekali dalam ni , simple and cantik minuman kegemaran aku sebab aku suka minum minarel water sahaja , faham tak ? minarel water sahaja . serious ! sebab ramai pelik bila aku cakap macam ni , padahal aku tak tipu dia pun -.-
LAGU KEGEMARAN ?
macam semua ada suka lagu kan , so aku memang suka lagu lagu yang aku list kat bawah ni and aku ada masukkan video dia sekali . lagu lagu ni banyak bagi inspiration bila aku nak get the idea bila buat assignment . kadang kadang macam entah apa apa le aku ni kan , nak kena lempang apa dengar lagu pun boleh dapat idea tapi dah aku macam ni nak buat macam mana , nanti aku pulak lempang korang . ok jom kita tengok apa lagu yang aku nak cakap ni ?
PERTAMA : Yuna - Terukir di Bintang
KEDUA : Sezairi Sezali - Broken
KETIGA : Max Schneider feat Olivia Noelle - It Will Rain (COVER)
KEEMPAT : Olivia Ong - Fly Me To The Moon
KELIMA : Sam Tsui - Someone Like You
okay atasni ni semua top five lagu yang aku suka dengar , yang lain lain kalau nak list memang kau ingat aku rajin nak pergi buka youtube tu . korang pun aku tahu pemalas nak pergi buka dengar kan , so just klik play kat sini and then nanti baru tengok ok ? peace .
okay sebelum berakhir serba sedikit tentang diri aku ni sebab banyak dah aku bercerita , so sampailah part akhir yang mana semua akan tahu kan bila akhir je orang nak tanya apa , impian , ucapan , kata semangat and idola . sangat macam budak budak dah haha !
IMPIAN ?
impian aku macam biasa aku tak akan berhenti selagi aku tak dapat apa yang aku nak , sebab aku akan try to get it until aku dapat !
KATA SEMANGAT ?
okay kata kata semangat yang aku pegang dari dulu sampai sekarang ialah : A CHAMPION IS SOMEONE WHO GETS UP EVEN HE CAN'T . so aku rasa macam bersemangat bila aku ingat ayat ni .
IDOLA ?
Ayah Abd , Ibu Norry , Nabi Muhammad , Tun Dr Mahathir Mohammad , Tunku Abdul Rahman , Donald Trump , Santiago Calatrava
and yes ini semua serba sedikit tentang diri aku , kalau nak bercerita tu memang tak cukup nak blog banyak banyak kan . so kalau ada masa mana tahu nak pergi lepak sama kan . so just ajak je . aku mula mula je nampak macam sombong and pendiam tapi bila lama lama dah kenal sampai takda peluang korang nak buka mulut bila bercakap . so apa apa nak tahu nanti mana tahu aku akan buat entry baru untuk sambungan entry ni ke kan , insyaAllah kalau aku diberi nafas untuk hidup lagi . so all , keep it up on my blog and boleh juga add aku di facebook and twitter seperti yang tertera pada link di bawah , just click untuk jumpa di sana . jangan takut , tegur je okay ? peace .
No comments:
Post a Comment