ASSALAMUALAIKUM
tahun baru ! selamat tahun baru semua dan entry pertama di tahun baru . actually memang malas nak update blog untuk pesday tahun baru ni , tapi sebabkan nak tarikh 1 Jan tu , nak tak nak , ada idea ke tak , bantaikan aje . yang penting dapat 1 Jan tu . masuknya tahun baru ni , nak dekat 3 tahun lah juga aku dalam dunia berblogging di alam maya yang fana lagi berduri ni . tapi makin lama bukan best pun cerita aku , dia punya merepek nauzubillah rasa nak hentak guna meja jepon kan . tapi nak buat caner , dah ni je aku mampu ceritakan . macam biasa setiap tahun baru mesti orang akan tanya azam tahun baru kan ? sana sini semua nak yang best best je azam . buatnya takda , wish je yang lebih . harini berazam , esok dah lupa campak tepi semua benda tu . azam tahun baru aku ? semoga dapat sampai ke tahun depan . yeay ! ok tak kelakar . kepada adik adik yang masih bersekolah , esok nak mula sekolah dah kan , so sebabtu kau bukak mata kau besar besar sampai terjojol baca entry aku kali ni . bukan aku nak citer pasal hantu asrama ke , jamban asrama ke , tapi pasal masuk ke asrama . absolutely pasal adik aku , Aiman . yang tak nak baca tu aku rasa korang dah boleh pergi kapur kasut . takyah nak lelowat kat sini .
tak perlu rasanya aku nak posing dengan luggage tu . tak perlu tak perlu
bila dapat je tawaran ke asrama , ibu bapak yang lain mesti galakkan anak anak dia masuk asrama kan . lain pulak bagi family aku , Ayah Abd cakap dia nak masukkan sekolah yang Aiman dapat tu tapi dia nak hantar ulang alik . gigih kan ? sekolah tu punya jauh dari rumah aku 20 minit kalau tak jammed , kalau jammed dah nak dekat 40 minit , then dengan Ayah aku nak gi opis lagi plus plus plus semua jadi sejam suku . nak keluar rumah pukul berapa lak ? 6.00 pagi ? sebagai anak yang berwibawa , aku paksakan jugak Aiman masuk asrama . tak kira walau hujan petir mahupun ribut yang melanda . padahal dulu kalau kau nak tahu aku punya tak nak masuk asrama sampai aku tak mohon mana mana sekolah asrama penuh masa UPSR dulu . ibu ayah aku punya terbakar kalau aku ni ikan , dah dipanggang panggang aku sampai hangit . tapi nak buat cemana kan buat rezeki aku . me so sad . ok takyah nak over padahal diri sendiri yang takda usaha nak kejar benda tu . adik adik jangan ikut perangai burok abang ijat kau ni . abang ijat haaa manja betul bunyi . lastly parents aku decide gak untuk hantar Aiman ke asrama atas desakan aku dengan Abang Amar . anak bongsu le katakan , kalau tak nampak depan mata siap boleh demam bagai Ibu Norry .
so hari pertama hantar dia , sekolah dia punya besar sampai aku rasa nak naik basikal bawak beg beg baju dia . aku rasa macam dah angkat seorang lelaki dewasa yang mempunyai berat sebanyak 56kg . tu baru satu beg , ada 4 beg yang Ibu Norry packing untuk Aiman . pergh macam dia nak hantar lepastu takyah balik dah lagi kat rumah . padahal masuk harini , Jumaat ni dah boleh balik sebab cuti sabtu ahad . bila camni , teringat gak aku masa zaman zaman abang aku masuk asrama , masuk kampus , aku masuk kampus bagai , macam nilah Ibu Norry packing kan , macam dah tak balik balik dah kat rumah dia punya risau . dia cakap semua benda tu perlu , tapi bila aku dah punggah punggah , banyak barang yang tak perlu daripada perlu , hangkot bawak balik kat rumah . nak hangkot tu yang menyeksa batin , jiwa mahupun raga . dengan nak naik LRT monorail bagai , orang yang mempunyai tahap kesabaran tinggi je boleh jadi macam aku . after dah susun susun barang dalam locker Aiman , aku pulak jadi peramah tetegur budak budak dalam dorm tu . kenalkan dia dengan Aiman . suruh diorang kawan dengan Aiman . macam memaksa kan ? gi lantak yang penting Aiman yang berat mulut tu tahu nak berkawan bila dah masuk asrama ni .
aku : "kau takyah nak seram seram bagai duduk asrama ni , takda benda kau nak takut"
aiman : "abistu masa abang kat kampus dulu selalu cerita hantu ngesot ah , nenek kebayan ah , pocong ah . mana orang tak terbayang"
aku : "tu kat perak , ni kat sini , takda hantu punya"
aiman : "dia kalau nak datang sekejap je bang"
aku : "dia datang kau tutup tingkap , tutup pintu"
aiman : "dia dinding pun dia boleh tembus abang"
aku : "!@#$%^&*"
stress aku bercakap dengan bebudak zaman sekarang ni . sebabtu aku rasa menteri pelajaran dah pening kepala dengan bebudak zaman sekarang . dah siap siap kemas tu dalam pukul 11 camtu sebab pagi tu ada pendaftaran bagai , then decide nak balik rumah dulu sebab warden tu cakap boleh bawak balik sampai pukul 6 baru hantar balik sebab malam nanti ada program . kalau tak boleh bawak balik pun aku rasa Ayah Abd dengan Ibu Norry hangkot gak Aiman bawak balik . Aiman ni kan dia punya manja dengan parents aku , kalah budak tadika . serious aku cakap . kalau tengah makan , lauk ada depan mata , dia nak jugak suruh Ibu aku ambikkan , nasi pun nak Ibu jugak gaulkan . baju nak Ayah sediakan , nak kena Ayah pilihkan . bila time nak mandi , nak kena Ayah yang sediakan towel . kalau dengan aku , bila Ibu dengan Ayah takda kat rumah , memang tak dapat dia nak memanja ni , aku suruh buat semua . jahat tak jahat tu tolak tepi . bila dia nak masuk asrama ni terpikir lak aku semua benda tu , boleh ke dia buat sendiri . dalam pada nak pikir tu aku dah sampai rumah . ok lawak kan .
motip aku pakai cardigan kan pepanas ni sebab aku bangun lambat tak sempat gosok kemeja . tak perlu nak bagitahu kat sini kan rasanya ?
PETANG...
dah sampai masa nak hantar dia balik gi asrama . dalam kereta kebetulan aku yang drive , Ayah dengan Ibu punya nasihat panjang berjela sampai kalau kau nak buat novel bersiri pun dah boleh dah aku rasa . aku dengan Shyyra kat depan dah tak sabar sabar nak ambil gambar detik detik berharga . detik berharga amenda ? bila diorang syahdu syahdu nak berpisah tinggalkan Aiman kat asrama . then after dah sampai suruh dia salin baju melayu sebab dalam pukul 6 suku camtu dia nak makan malam dah lepastu pergi surau solat berjemaah . aku tengok family family yang lain dah beransur balik , yang Ibu Norry dok melekat lagi kat Aiman . ambik gambar bagai macam selama ni takda gambar Aiman kan . mata dia aku tengok dah memerah dah tu . then Ibu cakap gi bawah salam salam semua . aku paham dah , kalau kat atasni tak dapat dia nak nangis nangis sebab nak cover bagai dengan orang . sampai je bawah aku tengok semua orang dah beratur sebab nak pergi dewan makan . dah nak pukul 6 suku dah ni . then Ayah abd pun salam Aiman peluk apa semua tu , Aiman dah nangis sesikit dah , Abang Amar tak dapat ikut sebab ada final exam harini . bila Aiman peluk je Ibu Norry kau berderai airmata mereka . dah macam filem dah . masa ni aku suruh Shyyra snap gambar bebanyak sampai dah full memory henpon dia . brutal kan sampai dah tak muat memory henpon sebab banyak nauu ambik gambar .
tudia babak babak airmata berderai , macam hari raya dah aku rasa .
then lepastu Aiman dalam aku peluk aku . nangis gak dia sebab kat rumah dia paling rapat dengan aku kalau dalam adik beradik sebab abang aku study jauh , jarang balik . so kat dialah tempat aku dok mengutok Shyyra . macam macam masalah aku kutuk dengan dia . so adalah rasa kosong sikit kan bila dia dah masuk asrama ni sebab dah 12 tahun duduk sesama tetibe berpisah kan . bagaikan dalam filem melayu , aku pun lap airmata dia . then cakap :
"dah dah takyah nangis dah . nanti tiap tiap hari abang datang dengan kak ira tengok bumbung sekolah kau sampai kau tidur"
over kan kata kata semangat aku kat dia , langsung tak menaikkan semangat . yang Ibu Norry dengan Ayah Abd dah masuk kereta dah . aku paham diorang tak nak Aiman lagi menangis bila tengok diorang sedih kan . so aku dengan Shyyra gi hantar dia beratur . Shyyra lap lap airmata dia siap pakaikan dia bedak lagi . ingat ni nak gi buat show siap nak touch up bagai . sekali aku lempang kang senget mulut . then lastly , hari hari dia tidak menjadi sedih lagi mungkin sebab dia berjumpa dengan kawan sekelas dia masa sekolah rendah . ok lega sikit hatiku yang gusar ni . takdelah nanti dia rasa sunyi . ecewah kemain aku punya ayat sunyi tu . bila balik je dalam kereta memasing dah diam , aku dengan Shyyra je yang dok bercerita ketawa bagai , yang Ibu dah pakai spec , yang Ayah buat buat tengok henpon . eleh nak sedih , sedih je le kan . nak cecover pulak . sampai rumah tu memang rasa sunyi jugaklah sebab selalu Aiman yang bising , Aiman yang pemalas , Aiman yang suka buat sepah . then sebelum masuk bilik tu sempat gak aku tengok katil dia , hehehe . penuh dengan komik yang bersepah , baju yang tak bersusun , game yang berterabur . aku ambik susun and tutup tingkap bilik dia .
Aiman , jaga diri ....