masa memang cepat berlalu , makin lama , rambut pun dah semakin panjang dan aku bakal menjadi pontianak lelaki pertama di Malaysia . ok tak lawak . memandangkan draft draft final yang semakin melambak tak berhenti henti , terpaksalah aku tolak tepi segala macam dunia sosial yang melalaikan lagi membuat kita terleka . ok ayat nak motivasi kan . tapi sebabkan ada kes yang berlaku beberapa hari yang lepas , aku pun terpikir and tergerak nak menggatal update dalam blog . kalau nak harapkan aku webcam cerita dengan korang secara face to face , memang jadah malas aku nak layan . so bak kata DS Najib bangsa membaca bangsa berjaya kan , so nak berjaya baca blog aku ulang ulang sampai kau hafal setiap patah perkataan yang aku ceritakan dalam ni . mesti cikgu kau bangga siap menangis .
HARITU...
lepas habis main tennis berpeluh segala aku pun cecepat nak balik rumah memandangkan hari pun dah petang and aku punya pundi kencing pun dah memanggil manggil aku suruh muntahkan segala isi kandungannya lepas aku dok teguk minarel 3 botol . kawan aku ajak lepak gi mamak pun aku taknak padahal sebelum ni akulah hantu mamak . plus , aku ni memang jenis jarang nak singgah mana mana toilet kat area area sini terutamanya pam pam minyak yang kualiti tandasnya masyaAllah punyalah macam apa je kotor sampai nak pijak pun terjingkit jingkit . adakah dia memang terlalu kotor atau aku yang terlalu mengada gedik gila gampang ? so lepas dah campak segala bagai raket tenis dalam kereta aku pun drive tanpa toleh kiri kanan . dalam kepala otak dah dok pikir lobang jamban kat rumah sebab perut pun dah naik senak nak kencing . sampai je kat rumah aku tengok ada banyak kereta kat depan rumah . ahh sudah ada orang datang pulak .
dengan penuh gaya seumpama calon menantu yang berjaya , aku pun masuk rumah penuh hormat siap tertunduk tunduk padahal semorang masa tu bukan ada sangat pun kat hall . tengok dalam rumah penuh dengan cousin mazen aku ada kat dapor . yang ada dok tidor kat hall . ahh abaikan semua tu tolak tepi dulu yang penting aku nak gi kencing dulu . rasa rasa takpayah nak bagitahu kan nak kencing tu . dah alang alang nak buang air tu aku pun terus mandi sekali sebab badan dah berpeluh peluh tadi . ditambah pulak dengan bau peluh yang harmoni kan , menusuk kalbu lalu ke minda kalau bau . membunuh . so lepas mandi aku pun dengar dengar ada orang ketuk pintu bilik aku . tak lain tak bukan aku rasa Shyyra sebab dialah manusia yang paling rajin menziarah aku dalam bilik . manusia lain memang takda nak menyibuk masuk bilik aku kalau takda benda nak cakap / nak buat . so bila aku bukak je pintu , terpampang muka dia . betul kan apa aku cakap ?
"abang , cuba tengok siapa yang aku pegang ni . heeee"
"kau pikir aku dah buta , sini bagi dia kat aku"
then aku terus rampas cousin aku , Iman yang berumur setahun lebih tu . aku kalau kau bawakkan budak budak kecik / baby depan aku memang dah takde chan ahh kau lepastu nak pegang dia lagi kan . dah macam tebusan aku buat budak tu tak bagi orang lain pegang dia . then aku pun dukunglah Iman sambil main main dengan dia . dengan Iman , aku suka cakap sorang sorang sebab Iman ni mana tahu bercakap lagi , nak berjalan pun terjatuh jatuh lagi padahal nak dekat setahun lebih . aku campak kat dinding kat baru dia tahu . so bila aku rasa pasrah tu selalu aku luahkan kat dia , lepastu nanti dia mesti akan main main mata aku , hidung aku , rambut aku and segala macam yang dia nak lah . at least takdelah aku tension layan dia macam layan Shyyra . bila aku cerita sikit Shyyra dah menganjing so memang tension aku berborak dengan dia . stress . bila aku pandang Iman , jatuh cinta agaknya budak tu dengan aku sebab dia dok tenung aku daripada tadi tak berkelip kelip . lepas dah salam uncle auntie aku apa semua , aku pun bawak Iman keluar main kat luar . baru nak menapak Ibu Norry dah bersuara :
"dah maghrib , masuk . jangan bawak Iman keluar . tak baik"
then aku pun masuk balik dalam rumah . rasa tak berguna je bazir tenaga berjalan keluar kejap .
"alolooooo Iman , Auntie Norry tak bagi keluarlah Iman , kat luar ada banyak hantu , dah malam"
lepastu aku capai donut atas meja aku pun makan . yang Iman dok terpegang pegang muka aku yang tengah dukung dia . pelik agaknya muka aku lagi besar daripada muka dia . sampaikan terkorek korek lobang hidung aku dia kerjakan . aku pun ketawalah berdekah dekah . kau bayangkan kalau orang cocok hidung kau , tak ke kau rasa kelakar . orang yang pernah kena je tahu macam mana perasaan aku . then makin aku ketawa makin dia cocok hidung aku . budak kecik ni kalau kau dah melayan dia ketawa , makin dia suka nak buat benda tu kat kau . then aku pun duduk sebelah cousin perempuan aku sebaya aku yang comel comel anyonyo sambil suap Iman donut . yang Iman bagus dok landing letak kepala dia kat muka aku sambil main main baju aku . lantaklah dia nak buat apa sekalipun .
"korang balik KL bila ?"
aku bersuara macam nak menghalau dia suruh cepat balik pulak kan .
"ohhh maybe esok . baru je sampai . papa ada kerja area sini . tu yang semua nak ikut tu"
"kalau macam ni nanti bolehlah kita gi jenjalan . gi Jonker Walk ke . lagipun cuti kan sekarang"
"wah bestnya ! ok ok nanti Qis cakap kat papa . papa okay je . tak kisah"
"dah tu kalau dia okay takyah cakap pun takpe"
lepastu aku ketawa hambar sebab macam bodoh je aku rasa bila aku ketawa sensorang , yang cousin perempuan aku tu dok melayan Iman yang duduk kat atas riba aku .
bila dah takda topik nak cakap , aku pun dok tengok tibi . cerita apa yang aku tengok aku pun dah tak ingat . mata aku dah mengantuk sebab letih punya pasal . padahal baru je nak pukul 8 . yang Qis dok main main dengan Iman sampai budak tu terlonjak lonjak ketawa . sakit perut aku Iman dok terlonjak lonjak sambil tepuk tepuk bahu aku sebab gembira nau . jangan dia muntah atas kepala aku sudah , satu kerja lak aku nak mandi balik . then tetibe Qis bersuara sambil geletek Iman punya belakang badan :
"aloloooooo comel je budak ni , sini akak bagi kiss untuk dia"
then dia pun meluru je pergi cium budak tu , yang Iman bila orang dah dekat macam tu dia pun lagilah ketawa sambil melonjak . DAN !
ciuman Qis tu sampai ke PIPI AKU !
O..... M..... G.....
PIPI AKU !
PIPI AKU OK !!
aku memang terkejut gila gampang then terus toleh aras Qis , toleh balik tengok sekeliling , takda orang yang nampak , scene tu bagaikan berlaku antara kami bertiga . cewah macam dalam pilem Ombak Ghindu dah aku rasa . yang Iman dok ketawa suka sebab dia ingat Qis nak main main dengan dia . yang Qis terus kebelakangkan badan dia . bangun then terus jalan laju laju pergi dapur tetibe . adakah ini mimpi ? lepastu aku terus tarik muka Iman hadap muka aku .
"Iman , apa Iman dah buat ni kat Abang Ijat ?"
lepastu Iman pandang muka aku sambil pegang pegang mata aku .
"Iman , dengar lahni , tengok Kak Qis dah tercium Abang Ijat , cemana ni ?"
lepastu Iman ketawa sambil main main kening aku . dia ingat aku nak geletek dia padahal aku pegang tangan dia je tak bagi dia melonjak lonjak terkinja kinja . then memang kerja Qis lepastu asyik kedapur je buat buat tolong orang kat dapur , menyibukkan diri . yang aku dok dalam bilik bawak Iman sekali . ceh konon memasing nak malu ah tu . cer kau bayangkan kalau kau ada kat tempat aku . yang nafsu berlandaskan hasutan syaiton tu sukalah bila dapat camtu . yang tak sangka tu pulak cemana lak ceritanya . malam tu pun baik baik nak gi Jonker Walk terus tak jadi pergi . malu punya pasal kan . kenkadang aku tersenyum sensorang bila pikir balik macam takda hala tuju je , gatal punya lelaki . takyah risau Qis , ada je perempuan yang dah cium pipi Ijat ni . ayat nak gigolo kan . Ibu , Nenek , Nenek Sedara semua tu pernah cium . perempuan jugak kan ? memang sesuai sangat nama Qis dengan Kiss . pagi esoknya lepas breakfast aku dok baca surat khabar kat luar sambil fefeeling sensorang . tetibe Qis datang . pegang Iman :
"erkk pasal semalam . Qis mintak maaf"
lepastu dia letak Iman kat aku , dia terus lari masuk dalam .
"aikk lari pulak"
then aku ambik Iman , letak depan aku , sambil cakap :
"Iman , acaner ni , Kak Qis tu malu ke suka ?
lalu lobang hidungku dicucuk Iman .
TAMAT
NOTE : nasib baik aku tengah pandang tibi . kalau masa dia nak ehem tu aku terpandang arah dia cemana lak ceritanya tu ?