ASSALAMUALAIKUM
korang pernah makan nasi briyani ? ceh aku punya cakap macam kau baru hidup sehari dua kan . tak kisahlah aku main bantai je ejaan dia briyani . tak tahulah kalau biryani ke apa ke kan asalkan kau paham apa yang aku nak cakap . kalau tak paham gak kau gi google je . melambak gambar dia ada . dengan mamak tengah goreng ayam pun ada masuk sekali dalam tu . aku ni tak berapa minat sangat nak makan nasi briyani ni sebab bagi aku rasa dia macam nasi ongkawen je . tak kisah mana pun kalau tak makan nasi briyani tu . lepastu aku ni pulak jenis bukan tahu nak beza mana satu nasi briyani mana satu nasi kandar . apa yang ada depan mata aku bedal je . nanti jadi gak sisa kumbahan ye tak . sebabnya dia punya nasi aku tengok macam sama je . so takyah kau nak beza sangat .
cerita pasal briyani ni , semalam lepas aku sampai office after balik dari site , dengarlah membe membe aku dok heboh heboh pasal nasi briyani ni , cakap best lah . sedaplah , tak sabarlah . aku pun malas nak ambik kisah sebab tak penting manapun bagi aku yang penting apa ada depan mata , kalau dah namanya makanan , sumbat je , takyah banyak cerita . kalau kau dok kat sini memacam topik kau boleh dengar tetiap hari , kononnya memula cerita pasal makanan kan , tetibe lak masuk pasal kantin sekolah apa semua . sebab tu aku malas nak menyampuk , lagi panjang berjela ceritanya nanti . tinggal kau nak dengar ke tak je . tetibe Lela tanya aku :
"jat , jom gi makan nasi briyani kat sebelah nak tak ?"
"celah mana pulak ada jual ?
"kat sebelah office je . sedap weh . kau kena rasa"
"ada ke ? alaaaaa rasa dia macam nasi ongkawen kan ? tak nak ah . makanlah benda lain"
"kau rasa la dulu . Anip Adib dengan Zizi nak gi sekali , jom lah"
bila pikir aku pun tengah lapar , nak tak nak pergilah jugak . lagipun aku malas nak gi makan jejauh . kenkadang aku gi jejauh dengan kawan kawan aku semata mata nak gi makan je . dengan minyak segala aku rasa dah boleh makan 3 kali ok . lepastu sukahati mak apak aku je masuk office lambat sikit padahal practical je baru kat sini . kena terajang dengan manager mati nak kena cari tempat lain , sudah . then aku pun capai kunci kereta nak pergi makan .
"kau takyah nak naik kereta sangat , dekat je . jalan kaki"
"kena jalan ke ? ok"
aku kalau bab bab nak berjalan kaki ni memang aku malas . kalau kerusi roda tu percuma , aku orang pertama dok rebut tau benda tu tolak mak cik pak cik tua yang beratur ketepi . tapi nauzubillah mintak dijauhkan aku tak boleh berjalan apa tu semua . aku cakap tu cuma nak suruh kau bayang je cemana aku punya malas . lepas setapak setapak berjalan , sampai jugak kat tempat tu . tengok orang dah makin berkurang . then membe aku pun kedepan tanya mak cik tu . kekonon bawah ni ler perbualan diorang . kau baca je takyah tanya apa mak cik tu jawab segala .
"mak cik , ada lagi tak nasi ?"
"ada dik , untuk lima orang"
"ok nak !!!! makan sini ok"
"tapi dik tinggal lauk kurma je , ayam masak merah tinggal semangkuk"
then decide decide kitaorang pun okay je tak kisah nak makan kurma ayam asalkan makan . lepastu pilih tempat tepi jalan . kalau ada lori terbabas ni memang kau dah tak nampak lagi aku update blog dah . memang habis macam bowling dia sapu kitaorang . sementara tunggu makanan sampai aku pun tengok kedai mak cik tu yang macam nak roboh .
"lela , kedai dia macam nak roboh , rasa rasa selamat tak nak makan ?"
"selamat tak selamat tu tolak tepi , yang penting kau kena rasa dulu"
lain aku tanya lain yang dia jawab . yang aku pulak satu gampang , tanya soalan macam nak mintak pelempang dari mak cik tu . kalau dia dengar tak memasal dia hempok aku guna magkuk kuah kat kedai dia tu siap pakej halau aku sambil ketuk kepala aku guna terompah kayu dia .
5 MINIT KEMUDIAN....
Nasi Briyani
Ayam Kurma
Ayam Masak Merah
kau tengok macam serabai je kan ? macam tak best je kan ? tapi Ibu aku dah ajar sejak kecik kalau depan rezeki jangan merungut . apa yang kita dapat tu makan je . *peluk Ibu* ok tetibe je nak peluk kan . lepas baca doa , kitaorang pun mula makan . sebab dah lapar kan , redah je lahap tak pandang kiri kanan . orang sebelah kau kalau nak kena culik pun kau dah tak kisah dah kalau kau tengah makan masa lapar . dalam pada aku baru cakap tadi yang aku tak suka nasi briyani sebab dia macam nasi ongkawen kan , tetibe kan pinggan aku jadi camni :
tadaaaaaaaa !
*sekarang habit aku adalah menyebut tadaaa bebajet pikir comel ah tu !
k tak lawak .
tadaaaaaaaa !
*sekarang habit aku adalah menyebut tadaaa bebajet pikir comel ah tu !
licin tak aku makan ? tak berapa nak licin sebab tak kan guwa nak jilat pinggan mangkok mak cik tu kan . tapi weh guwa cakap kat lu nasi briyani dia memang best gila lah siot ! ok cakap nak over . memang nasi dia best , lauk dia best, and segalanyalah best . cuma kedai dia je macam nak roboh . patutlah tiap hari ramai orang , dalam tengah hari macam tu nasi dia dah habis padahal aku tengok kat kedai dia banyak kawah . tu maknanya sedap lahtu . memula cakap tak minat segala kan , bila dah makan licin . tengok betapa tak senonoh aku makan sampai bersepah cecomot bagai . dah tua bangka pun tak reti nak makan lagi kan . apadehal , yang penting nasi dia memang best .
so kalau korang yang mana memang peberet korang makan nasi briyani ni , korang cubalah makan kat sini . balik rumah mesti kau terbayang bayang punya nasi briyani dia . bila balik aku tanya Ayah Abd pasal kedai tu , rupanya kedai tu dah lama dah bukak sejak ayah aku memuda zaman bujang ok . kira otai ah kat kawasan tu . yang aku ni memang tak suka ambik tahu hal semasa , memang tak peliklah kalau aku tak tahu ni semua kan . yang duduk Melaka , kalau berminat nak rasa nasi ni , korang tahu kan Alor Gajah , kalau tak tahu kau google je . apa guna internet kat rumah bayar memahal . ok sambung , kau tahu kan Alor Gajah ? kau cari Dataran Keris , agak agak kau dah jumpa Dataran Keris tu kau cari pulak Majlis Perbandaran Alor Gajah , dia betul betul depan Majlis Perbandaran tu .
lepasni kalau korang gi kedai tu memang tercongok muka aku sentiasa kat kedai tu makan lima nam pinggan sehari . kalau mak cik tu ada anak dara lagi , aku suruh dia tunggu dalam 8 9 tahun , then aku masuk meminang . tapi kalau anak dia tak reti masak nasi briyani macam mak dia masak , lepas nikah aku cerai . ok niat jahat ok . kau takyah nak tiru perangai burok aku dalam setiap entry entry aku . rosak pikiran kau nanti . jangan tanya kenapa lepasni kalau orang tanya makanan peberet aku apa , aku jawab :
"NASI BRIYANI KAT KEDAI TEPI JALAN YANG NAK ROBOH TU"
k tak lawak .
NOTE : background music nak macam blog pompuan kan . pedehal . undertaker pun dengar lagu kau kunci cintaku tetiap malam .