ASSALAMUALAIKUM
genap 21 tahun dah usia aku menghabiskan sisa sisa baki baki hidup aku yang fana dia dunia yang penuh dengan manusia yang tamak haloba ni . kau haa , sastera sangat kan ayat aku kalah filem ombak ghindu yang ada En Haris tu . maybe ada certain yang cakap ala apedehal baru umur 21 nak kecoh . eh aku punya suka ah , hidup aku , bukan nak suruh kau yang tanggung hidup aku . eh pehal tetibe nak emo segala ni kan . bagi yang dah sama umur tahun hidup dengan aku , kita geng . mari bergelek gelek ontot sesama . dan 21 tahun ni pun bukanlah masa yang singkat . boleh dikatakan kalau kau kumpul duit singgit setiap hari selama 21 tahun ni , kau dah boleh beli kereta kancil sekehend . lepastu bawak mak ayah kau jenjalan gi Thailand pergi balik . motif nak gi Thailand tetibe ?
teringat gak dulu masa kekecik kan bila birthday je mesti merengek rengek macam hape je nak hadiah . padahal orang lain tak hingin pun nak kasi hadiah . sebulan sebelum birthday lagi dah pikir pikir apa yang kita nak . lagi teruk kalau setahun lagi nak sampai birthday dah pikir dah mintak hadiah bagai kat orang . orang camtu kau dah boleh sumbat muka dia dalam lobang jamban lepastu flush tiga kali . tapi selalunya apa yang kau harapkan tu selalu menghampakan kau . macam yang selalu aku kena kan time kekecik :
"ayah ! nanti birthday nak hadiah !"
"nak hadiah apa ?"
"nak henpon baru . model baru . tak nak lama"
tapi yang aku dapat masa tu ialah :
masa dedulu ni pun kau dah rasa canggih gila macam IPad .
begitulah keadaan aku yang tak reti nak mengenang budi kerja nak mengikis harta benda mak ayah . tapi kau hengat aku dapat ? kebanyakkannya tak dapat . bukan henpon je tak dapat , pamplet henpon tu sekalipun tak dapat . paling mewah masa birthday aku akan dapat pergi holiday and bla bla , paling koman pun pergi dinner satu family sebab ayah aku jenis tak suka manjakan kitaorang dengan barang barang yang boleh melalaikan kami di dunia yang penuh pencaroba ni . pancaroba sangat kan . tapi aku tak kisahpun dapat apa apa . sebab bagi aku birthday je pun kan . kau raikan cemana pun kau dah lahir dah membesar bapak gajah dah . lainlah kalau kau masih baby kau nak mintak keta 4 biji besar gampang pun diorang akan belikan . tinggal lagi kau reti bawak dengan tak reti bawak je .
selalu gak kalau ada free free time masa weekend and luangkan masa dengan family , Ibu Norry selalu cerita pasal kitaorang masa kecik kecik sampai ke besar . yang kitaorang ni lak memang desperate gila nak dengar cerita tau masa kekecik sebab kau mana ingat kan apa yang korang buat masa kecik . mak ayah korang jelah tahu cemana durjananya perangai korang time kekecik . gila best kalau dengar . and kalau time cerita pasal bersalin je , memang aku yang selalu kena dengan abang and adik adik aku . bab bab bersalin memang aku suka skip sebab diorang kata aku lahir macam orang nak berak . pergh cari gaduh . kfine . begini ceritanya .
IBU : "dulu masa Ibu nak lahirkan korang , tak dapat nak cakap macam mana sakit . Amar , Shyyra dengan Aiman kena operation . Mirul je lahir normal . yang Amar sebab lemas masa dalam kandungan , yang Shyyra songsang . kepala kat atas , kaki kat bawah *kedudukan bayi sebenar adalah kepala di bawah* , yang Aiman pulak sebab asthma" *ganas gampang kan baby kekecik dah asthma*
AKU : "tengok tengok ! aku je tak susah nak dibersalinkan . korang semua macam macam masalah"
ABANG : "eleh kau , takyah nak kerek . kau normal sebab masa Ibu yak yak kau ikut terkeluar sekali dalam lobang jamban tu"
gampang ok , gampang .
so kalau bab bab bersalin ni aku memang anti betol nak cerita . padahal bukan lahir kat ontot pun , tapi kat rahim . ecewah kalah pakar sakit puan aku ni ye dak ? mungkin abang aku belum tahu apa erti sakitnya disula menggunakan buluh berduri berkali kali . dari kecik sampailah ke tua bangka ganyot tipulah kan kalau kita cakap takda moment yang best gila khinzir tenuk kan masa birthday . semorang mesti ada punya . kenkadang bagi orang lain mungkin tak best gila nak mati , tapi bagi kau kalau benda tu sweet , takyah nak kisah apa orang cakap . campak tepi je masuk longkang kata kata dusta berlandaskan hawa nafsu syaiton durjana itu . cakap kat dia "chuu ken godie now" . so apa yang sweetnya masa birthday bagi aku ? begini ceritanya *tak habis habis dengan cerita kau tu* .
from family :
banyak , tapi get wish happy birthday from family and kiss at the forehead paling sangat bermakna bagi aku .
from friends :
birthday surprise masa pergi camp . kononnya suruh aku ambil air kat sungai then tinggalkan . aku sensorang kat sungai yang gelap gelita . gila tak gelabah . masa tengah tengah cuak nak meninggal tu ramai ramai datang dengan cake di dalam kegelapan lepas satu jam lebih aku mencari hala tuju dan diperanak tirikan . kemain kegelapan tu kan . dalam kepala aku terbayang pontianak dok leloncat depan aku . tetibe pontianak boleh loncat lak kan . so that's the sweet one . bagi akulah .
from someone in the past :
masa tu tahun 2010 . malam sebelum pukul 10 camtu , sehari sebelum birthday aku macam takda benda nak buat aku dok baring jelah sambil makan kek batik . senonoh tak senonoh makan sambil baring tu tolak tepi dulu . then tetibe aku dapat text dari someone in the past nilah :
"you , on skype sekejap"
then orang masatu tengah dilamun cinta kan , kelam kabut gi on tak kisah dah mulut comot makan kek batik tu . bila on je , tetibe someone in the past tu petik gitar and nyanyi lagu happy birthday . tergamam gua sebab dia tak reti main gitar tau sebenarnya . then after tu dia cakap dia belajar main gitar lagu birthday semata mata untuk aku . mahu tak terharu tergamam segala kau . then dia pegang cake birthday then cakap :
"I ada kat depan rumah you dengan Shyyra . keluar sekejap . nak wish birthday and suruh you tiup lilin"
omg omg omg I ken dai , I ken dai . lagi mak nak gugur jantung aku . serious wa cakap wa terharu gila beruk . beruk kalau tengok guwa pun menitis air mata dia keguguran . even simple bagi korang , tapi sangatlah sweet bagi aku . aku rasa kalau niat aku nak tertoleh tingkap time tu , memang dah sah sah kantoi rancangan diorang tu . tapi nak buat cemana kan . kalau dah someone in the past tu , tetap akan menjadi past jugak . guwa dah frust nonggeng nonggeng malas nak cari cik awek lagi . terserah mak guwa nak pilih siapa yang penting dia macam Yuna . haa kau demand tak nak kalah .
jadi , beginilah kisah hidup aku yang mana macam aku cakap tadi ialah kisah sisa sisa baki baki hidup aku yang fana dia dunia yang penuh dengan manusia yang tamak haloba ni . kalau nak ceritakan satu satu what happen in my life , dua tiga entry belum tentu dapat habiskan . so , selamat hari lahir kepada diri guwa sendiri . semoga kekal comel , cute , macho and segala apa yang korang pikirkan . pasal surprise ke , hadiah ke , wish ke untuk birthday kali ni nanti jelah aku ceritakan . sekarang guwa tengah menguruskan lobang hidong guwa yang dah gatal dah ni sebab selesema . korang takyah wish . guwa tak nak baca pun . guwa pandang je . lepastu guwa delete lelaju wish korang tu . gampang kan ?
NOTE : jangan wish selamat hari jadi , sebab kita pun tak tahu bila kita berenang renang masuk ke ovum tu . so guna hari lahir , masa kau diterberanakkan tu .