APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, February 14, 2013

February's Moment

ASSALAMUALAIKUM

14 February ? OMG OMG OMG Omaigod ! dah setahun aku tunggu tarikh ni datang kembali . dari kecik sampai kebesar dah pun ni ha , akhirnya 14 February datang kembali . ok takyah nak excited sangat . bagi yang lurus bendul mengalahkan bendul tu mesti ingat aku ni kapir malaun sebab 14 February kan tarikh orang kata Valentine's Day . katanya , puih . dari kau sambut menatang tu , baik kau sesama dengan aku sambut birthday Ibu Norry aku . actually entry kali ni khas untuk Ibu Norry aku , kau yang lain takyah nak baca . dah dah blah . ok tak lawak . bila 14 February je , sebulan sebelum tu Ibu dah kira dah detik detik hari lahir dia . orang lain lagi semua tak nak sebab takut umur meningkat , yang dia bukan main gembira sebab dalam mata dia pikir hadiah dari Ayah Abd . dia bukanlah seorang mata duitan , cuma bila kitaorang cakap :

"Ibu bukan main , mintak Ayah hadiah dapat , mintak dapat"


dan akan dibalas :

"mana lagi laki Ibu tu nak limpahkan duit dia selain kat Ibu dengan anak anak"


ok perempuan perempuan sekalian , nanti bila kau demand laki kau , lepastu anak anak kau nak bising , kau cakap je camtu . kata mak aku yang ajar . wakakakaka . ok sekali lagi tak lawak . bila nak tiba 14 February je mesti aku adik beradik pening nak bagi hadiah apa . Ibu tak pernah mintak pun kat kitaorang tapi sebab gedik kami berlebihan , gigihkan jugak cari hadiah . lepastu bagai nak rak pening pikir nak bagi apa . yang paling selalu aku bagi perfume perfume perfume yang dia sendiri boleh beli . sedih kan cerita hidup aku ? so semalam masa kat office after balik dari site tetibe dapat satu text . tenenet tenenet . lebih kurang camtu ringtone aku . kat office takleh nak guna ringtone memekak memekak lagu big bang ke , bunkface ke , sebab bagi aku menyemak je nak bising bising macam akak dalam office aku . lagu tak nak kalah apa kono eh jang . lepastu tetiap mesej dia lagu tu kemain panjang , mesej bukan sekali dua ok , melambak . sambung pasal mesej , bila dapat je mesej apa lagi terus bukak :


"malam kang teman abang pergi beli cake Ibu"


termenung kejap .

lepastu ketawa berderai . puas aku pikir siapa salah hantar mesej , rupanya tu abang aku yang aku sendiri tak save nombor dia . lepastu gila sekejap pikir siapa tu . then aku balas :

"okay okay okay okay okay okay"


ok yang ni memang betul namanya gila .

then malam tu pergilah beli cake . mula mula ingat nak beli cake sebijik . tapi dalam family aku diorang cake agak kurang sikit . yang suka makan aku je . yang lain tu kalau ada kek kau nak bagi free melutut pun diorang rasa sesudu je . then yang menambahkan gediknya bila masing masing tak suka perisa yang sama . so decide beli satu satu slice cake , lepastu cantumkan jadi sebijik cake . dah tak rupa cake dah aku tengok . nak roboh je . bila masuk kereta rasa menyesal beli cake satu slice satu slice je ok , sebab kitaorang ambik 7 slice je . then ada gap antara cake tu . memang hodoh . dalam pada tengah beli cake tu sempat aku capai air feberet aku , aku rasa air ni ada kat Melaka je kot . kau takyah nak bising kat aku kalau tetibe kau tengok gambar , air tu ada kat tempat lain gak . 


indah betul kau tengok benda ni dari luaran kan ?


kau tengok macam cake cacat tak ?


tapi apadehal aku bantaikan jugak pasang lilin susun kat cake tu . berapa batang lilin kau takyah tanya sebab akak tu main bagi je lilin bebanyak . masa sampai kat rumah tu excited ahh ingatkan Ibu aku takda kat dapur . kitaorang pun bawaklah cake masuk dalam rumah , sekali masuk dengar suara Ibu kat dapur berlari macam apa je pergi kereta letak dalam kereta balik . sudah , mati cake ni cair nanti . aku cuba jengah kat dapur , aku tanya Ibu buat apa , dia tengah buat cake batik ok . memang aku rasa cake dalam kereta tu merana cair ok . then aku gi kat abang :


abang : "weh kau nak sambut cemana ni , plan plan plan"

aku : "entah kau , kita buat buat blackout then Ibu mesti cuak , bila dia dah pergi hall , kita surprise dengan cake"


akhirnya idea aku dipersetujui ramai . kau takyah nak buat lawak aizat . ada 3 orang je yang setuju dengan idea kau aizat . takyah kau nak cakap ramai . Ayah Abd pun setuju gak dengan idea kitaorang . then aku pergi dapur sambil teguk air dalam botol yang aku beli tadi , tetibe Aiman bersuara :

"abang kau minum todi eh ?"


ok serious kali ni aku tersembur tersedak sampai air keluar kat hidung ok . ketawa sampai tak ingat dunia . then Ibu Norry datang pegang botol air aku tu :

"ni ada tanda halal tak ni minum air ni ?"


pastu Ibu Norry pun check . bila ada tanda halal dia letak balik sambil membebel :

"air bukan bukan je minum , minumlah air masak tu sikit . lagi sedap"


lagilah aku terbahak macam nak meninggal . padahal tu air jus je . cuma botol dia comel . then aku cakap kat Aiman :

"kepala bana kau todi , ni air jus ah . nah kau punya" *siapa tak tahu apa bana , sila google kalau jumpa


comel kan botol dia . tak memasal kena cop "todi" ok .


TEPAT PUKUL 12 MALAM...

blackout bermula .

aku datang bilik Ibu aku , aku tengok dia dah pasang torchlight . macam tak rasa apa apa je , cuak pun tidak . entah daripada mana dia rembat aku pun tak tahu . aku tengok dia tengah baring sambil suluh suluh capai sana sini .


"bu , cemana nak nyalakan plug ni , tolong jap"

"gi tanya abang . Ibu letih , nak tidur . dah tua bangka pun penakut"


*dalam kepala aku , alaaaaaaaaaa . cemana ni , dia tak nak keluar pulak


aku pun keluar jap . then masuk balik sebab nak umpan Ibu aku keluar .

"bu , ada orang datang , keluar kejap"

"pembohong je . siapa je malam malam ni datang . cakap dia Ibu dah tidur"

"alaaaa keluar jelah"

"kata kat dia rumah blackout"

"keluar je , degil betul . orang dukung kang . takpun seret , nak nak nak ?"


lepastu sambil ketawa dengan lemah Ibu Norry aku keluar lepas pakai tudung sarung dengan baju tidur dia . bila dia keluar je , semorang nyanyi lagi birthday dalam kegelapan diterangi lilin cake . aku dengar Ibu tak habis habis cakap "Ya Allah" , terharu mungkin . katanya . bila bukak je lampu lilin pun dah padam . asal padam ? sebab dia dah tiup ler lilin tu . hahaha ok tak lawak .


kau jangan tanya kenapa keadaan cake aku macam ni . aku tumbuk dagu kau kang .


cake itu bakal terbalik ok . lilin bukan main senget benget wa cakap sama lu .


lepas dah tiup lilin tu kitaorang pun ambik gambar . lepastu Ibu ketawa sambil jerit perlahan :

"asal tak cakap Ibu nak buat surprise ni , boleh pakai lelawa nak ambik gambar"


Ibu , kalau dah bagitahu awal . memang bukan namanya surprise Ibu . paham ? rotan kang . ok anak derhaka .


tangan aku ketak ketak kan ? fuh . HAHAHA


Ibu Norry ,

when I'm at campus , I don't get to much of a chance to see you and talk with you . but I want you to know that I never get so busy that I don't think about you . you have always been the most amazing Mom . I Love You , Happy Birthday !