APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, June 18, 2013

sardin goreng

ASSALAMUALAIKUM

Ahad, 16 June 2013

tersebutlah kisah di rumah bersama adik adik . memang citer dia kalau aku dah duduk rumah , bagai kapal penuh muatan terbalik dalam rumah aku dia punya sepah . kau boleh berenang dengan komik komik yang aku sepahkan satu rumah . belum kira bantal bantal yang aku sepahkan lagik . Shyyra kemas , aku sepahkan . dia kemas bilik aku , aku sepahkan . dia kemas hall , aku sepahkan . boleh cakap sampai jadi bergaduh aku dengan dia haritu . yang Ibu Ayah takda rumah gi ongkawen . aku kalau bab bab ongkawen ni kalau Ibu Ayah ajak automatic aku akan buat buat demam ke pening kepala ke . tak kuasa aku nak ikut . buat lecak ketiak je .bila dah bergaduh dengan Shyyra . dia mula buat mogok dia . aku suruh buatkan aku Milo pun dia tak nak , buat macam tak dengar apa aku cakap , anggap macam aku ni pasu bunga depan rumah . nak aje aku masukkan dia dalam wash machine lepastu spin kan dia 3 4 kali , letak downy . mesti wangi . 

aku tengok jam dah pukul 11 pagi . perut dah mula tergodak godak mintak makanan . kalau dia boleh bersuara , aku pun akan terperanjat bila tetibe dia tanya aku bila nak sumbatkan dia makanan . aku berjalan pergi tempat makan , tengok atas meja ada nasi lemak pagi tadi . alahai lemau je aku tengok . kalau makan nanti gerenti mengantuk pastu malas nak buat benda lain . aku tengok Aiman rilek je dok sofa goyang kaki baca kamus . tapi mata tengok Oh My English lepastu tukar tengok Animax pastu 5 minit tukar balik tengok Oh My English , dan bertukar tukar tukar ikut suka dia . tengok kamus yang dia pegang tu pun dah buat aku selera . buat cicah dengan Milo pun sedap . letak sambal sikit . aku tak tahu saka apa yang lorat betul datang mintak makanan . padahal 1 jam yang lepas baru je aku makan 2 pinggan breakfast . badan kepeng gak . aku tanya Aiman .

"woi akak mana ?"

"kat luar , sidai baju"

"aku lapar"

"pergi makan"

"takda makanan"

"pergi masak"


buat sakit hati je aku bercakap dengan Aiman . dahlah tak menoleh pandang aku , cakap nak psycho . semua nak mogok dengan aku ke caner . masa aku nak blah gi dapur selongkar kumbah kumbah makanan tu tetibe dia bersuara balik .

"jom masak , aku pun lapar"


ayat dia buat aku nak ketawa sambil garu garu perut . then aku pun pergi dapur . tengok dapur dah kemas . ah kisah apa , yang penting aku lapar . nak makan semua benda yang ada kat dapur ni tanpa meninggalkan sisa . bukak freezer , aku tengok ada ayam udang sotong yang masih keras membeku . memang citer dia aku malas nak tunggu lama . kau ingat sekejap nak bagi ayam tu semua lembik lepas keluar daripada freezer . sosej dengan nugget ada . tapi tak kan nak buat sambal nugget kan . dengar pun dah kelakar . tak menyelerakan . lepastu Aiman capai sardin .

"kau masak benda ni boleh ?aku tak tahu masak"

"abistu kau ingat aku reti ?" 

"aku panggil akak lah eh ?"

"ah takyah . kita masak sendiri"


pastu aku pun mula bukak tin sardin . mesti Ibu aku bangga anak kedua dia yang pemalas ni pandai bukak tin sardin , yang paling dia bangga siap terkejut aku nak memasak . punya payah rasa nak hentak je kat kepala Aiman . mana tahu boleh terus terbukak . aku asingkan kuah dia dengan ikan dia . aku rasa nak goreng dulu ikan dia bagi garing . baru sedap nak dimakan . aku tengok Aiman tengah ambik bawang pastu suruh aku potong . sekarang ni citer dia siapa yang abang ni , aku ke dia ? lepas dah panaskan minyak , aku pun masukkan ikan sardin tu dalam minyak panas . punya happy aku nak memasak ok . tuhan je yang tahu betapa happy aku nak masak ikan sardin takda bahan . kosong . aku buat lawak , sila ketawa . kosong kosong pun kalau makan dengan nasi panas , dia punya feeling pergh pergh 4 pinggan nasi pun masih laju je makan . 




sambil nak tunggu ikan tu masak dalam kuali , aku pun potong bawang fefeling ada kat master chef . ketepuk ketepuk bunyi pisau tu berlaga dengan tempat alas potong bawang . aku toleh tengok nasi dah masak . mungkin Shyyra dah masak dulu sebelum dia sidai baju . tengah leka potong bawang , tetibe , aku rasa kesakitan yang amat kat tangan aku . rupanya minyak dari ikan sardin yang aku goreng tu . punya meriah minyak tu terloncat loncat . aku berundur ke belakang sikit . makin aku berundur , makin meriah dia terloncat loncat keluar dari kuali . bila nak pergi kat kuali , dia makin rancak serang aku . aisehmen . guwa memang takda peralatan keselamatan nak lawan balik ni . rasa macam nak capai penyapu bantai je kuali tu . mulalah berangan kejap kekonon ada masa zaman sebelum kemerdekaan , perang perang gitu .

Aiman kau jangan tanya , dia bantai ketawakan aku bagai nak rak sampai meleleh leleh air mata dia tengok aku terkinja kinja . aku sumbat dengan bawang ni baru dia tahu . dahlah minyak terloncat loncat keluar , memang bersepah dapur dengan minyak . lepastu siap ada bunyik keletus keletus lagi ala ala bunyi ikan goreng yang meletup letup . keadaan masa tu bukan macam aku goreng ikan lain . apahal tah ikan sardin ni lain macam pulak meletup dia . macam wadahel kan ? mulalah rasa macam aku ada kat gunung berapi pulak , tadi dah fefeeling ada masa sebelum zaman penjajahan . aku capai penutup periuk . lepastu setapak aku pergi kedepan nak tutup api gas tu . setapak pergi , setepek kena minyak , lepastu ketawa kebelakang balik . aku rasa aku habiskan masa ketawa kedepan kebelakang je kat situ . ikan dalam tu makin lama makin hitam . asap dah keluar sikit sikit .

"korang buat apa ni ? ish nak bagi terbakar rumah ke menda ?"


lepastu Shyyra terus pergi kat dapur gas tu terus tutup api gas tu . bagaikan Black Widow dalam cerita The Avangers gaya dia . langsung tak terkena percikan minyak . takda nak mengelak ngelak lansung . aku dengan Aiman bagaikan terpaku seketika melihat aksinya menutup api gas tersebut . then aku buat ayat sedih .

"aku lapar . nak makan . nak masak"

"asal tak cakap ?"

"tak nak . kita kan gaduh olok olok"

"ish mengada . dah pergi keluarkan ayam tu , aku masak . tolong aku"

"yeayyyy"


lepastu aku pun tolong dia masak . punya happy aku ada orang nak masakkan aku makan . aku ambik kuali yang ada ikan sardin tu , aku tenung then tak pikir dah , terus buang . punya hitam aku tengok ikan tu , kalau makan tahi pun mesti hitam . selamat tinggal sardin meletup . lalu aku baling ke tong sampah .


NOTE : bukan semua orang tahu masak . ada yang tak tahu tapi buat buat tahu , macam aku .