APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, July 11, 2013

bantal busuk

ASSALAMUALAIKUM

pagi yang lena lagi syahdu aku dikejutkan dengan tangisan terpekik terlolong anak buah aku yang dok bergaduh sesama sendiri . nak pukul kang tak memasal koma lepastu aku kena sebat kat bontot 7 kali beserta penjara 18 bulan . nak tak nak tutup je muka pakai bantal . belum sempat nak lena balik , Ibu dah rempuh pintu bilik aku ala ala Lara Croft sambil membebel bukak langsir bilik aku .

"bangun bangun bangun , dah pagi . Ibu nak kemas rumah , basuh baju . nah jaga budak ni sekejap"


lalu Ibu letak Amim betul betul kat atas badan aku . punya sedap budak tu duduk macam naik kuda . siap tepuk tepuk dada aku . apa dia ingat aku nak bawak dia berjalan macam kuda . maaf , tidur lagi penting . aku tutup muka aku balik mula fefeeling nak dapat mimpi indah yang boleh buat aku tidur dalam senyuman . belum sempat nak lelap , aku terdegar bunyi benda jatuh .

"kelepukk..."

begitulah bunyinya . aku bukak mata , handphone aku betul betul atas lantai terpapar "slide tu unlock" seakan tersenyum dan berkata "pertama kali saya jatuh" . nice . menggelabah aku capai handphone and tak perasan yang budak tu atas badan aku , dengan gerak perlahan , dia terjatuh , lalu kepalanya terhantuk di dinding . sekali lagi .

"kelepuk..."

bunyi kepalanya . macam kau gak , handphone tu lagi penting dari orang lain ye tak . tak kisah kau terjatuh tergolek siap muka terheret kat jalan pun tak apa , yang penting handphone selamat . betul ? bila dah terhantuk , mula menangis kuat kuat . kalau boleh dia nak bukak mulut dia kasi luas . kalau boleh masuk kepala orang dalam mulut dia , luas macam tu dia nak bukak semata mata untuk menangis .

secara automatik ,

aku ambil botol susu dia sumbat terus dalam mulut dia . terus dia landing atas lengan aku berbekalkan bantal busuk dia kat tangan . aku nak bangun balik tak boleh , baring jelah sekali dengan dia tadahkan lengan aku untuk letak kepala dia .

"oh manjanya dia"

bisik hatiku . tetibe fefeeling nak jadi seorang ayah . fuyoo

dalam pada fefeeling tu , Amim pun dah lelap . perlahan lahan aku angkat kepala dia letak kat atas bantal . punya berhati hati macam ambik barangan kaca kat supermarket . if broken considered sold katakau ! then ambil bantal busuk dia , letak atas badan dia . bila tengok bantal busuk dia , teringat zaman zaman aku ada bantal busuk gak . tapi Amim punya bantal busuk tak sekepam bantal busuk aku . masih selamat dipeluk lagilah . yang aku punya kalau ada perang dunia , baling kat tengah medan perang pun dah boleh buat 12 ribu askar mati tanpa sempat bertanding . begitu cerita dia .


*flashback

"ishhh , dah tua bangka pun nak ada bantal busuk ! pergi buang . dah kotor dah"

"bu , bantal ni berharga tau . kalau mirul kahwin nanti , ni salah satu hantaran tau tau !"

"orang pun cancel nak kahwin dengan kau nanti"


begitulah bebelan seorang Ibu yang nonstop even kau dah ada cucu nanti . biasalah , Ibu mesti nak yang terbaik untuk anak anak dia . kalau dia tak membebel satu hari , mesti kau akan jengah jengah cari mana dia , buat apa dia satu hari ni sampai takda masa nak bebel kat kau .

aku dengan bantal busuk dulu memang tak boleh nak dipisahkan . kalau boleh bawak pergi shopping , tengok wayang , makan ice cream , dah lama aku buat sama sama dengan bantal busuk aku . tapi aku takdalah segila itu . kewarasan akal aku masih mampu membezakan mana satu bantal dan mana satu manusia . kalau bantal busuk tu ada depan Ibu , tanpa sebab , Ibu akan lempar jauh jauh . kotor katanya . memanglah . tak pernah basuh tau ! itulah yang buat aroma dia makin membuak buak harum . geli ?

bila nak pergi sekolah , aku akan sorok bantal busuk aku bawah katil takpun dalam almari . sebab kalau aku letak atas katil , aku tahu Ibu mesti akan buang . bukan takat buang je , siap gunting and bakar . kalau boleh bom , dia akan memilih untuk bom bantal busuk tu . punya dia tak suka kan . bila celik mata je , mesti aku nak cari bantal busuk tu buat peluk . bila tengah marah , mesti cari bantal busuk tu buat pukul . bila sedih , aku bayangkan bantal busuk tu orang yang buat aku sedih pastu aku terajang bantal tu jauh jauh . kalau bantal tu ada blog , pasti penuh entry dia pasal aku yang tak guna .


sehinggalah suatu hari....

malam tu adik sedara aku yang masih memakai pampers datang tidur rumah aku . nak tidur dengan aku katanya . anomnomnom comel . ke kiri ke kanan pampers dia melayut bila berjalan . rasa nak tumbuk je sebab comel sangat . lepas Ibu dah salinkan pampers dia , baju tidur dia apa semua , Ibu pun buatkan dia susu botol besar . ayah kata buat botol kecik je , degil Ibu nak buat botol besar . malas nak dengar diorang bercanggah pendapat , aku pun dukung adik sedara aku masuk bilik sambil cium pipi dia kiri kanan kiri kanan sebab dah wangi kan . kalau aku jadi dia , dah aku tampar je siapa yang buat aku macam tu .

lepas sebotol susu dia telan , maka terlelaplah budak kecil tersebut sambil bontotnya ditepuk perlahan oleh aku . buat penambah lena nak tidur . dengan aku aku sekali terlelap . lena , berselimut , berbantalkan bantal busuk di kanan aku . naik asthma budak tu aku letak bantal buduk di tengah tengah antara aku dengan dia . tepat pukul 4.45 pagi aku pun terjaga . sebab terasa sejuk betul kat bahagian pinggang aku . aku bukak mata perlahan lahan , tengok adik sedara aku betul betul kat tepi aku dengan kepala dia kat dada aku . macam filem titanic dah aku rasa . aku angkat kepala dia slow slow . tengok , baju aku penuh dengan air .

aku mula khuatir . air apakah ini ?

aku mula pegang baju aku , kemudian mencium tangan aku . deria bauku mula mengesan pantas memberi maklumat ke otakku , otakku mengerakkan bibirku , lalu bibirku bersuara .

"oh air kencing"

mencicit aku bangun daripada katil . tengok baju aku je basah . seluar aku kering takda setitis pun air . kau jangan pikir bukan bukan . aku tengok adik sedara aku , penuh basah lencun baju dia , siap dengan leher leher dia melekit air kencing . ke kiri ke kanan aku ulang alik ulang alik tak tahu nak buat apa . yang pastinya perlahan lahan aku ke bilik Shyyra untuk mintak tolong dia tukarkan pampers adik sedara aku . guwa kekok sikit . kalau budak tengah comel comel guwa boleh uruskan nak bawak jenjalan ke apa ke . tapi kalau kena tang dia berak ke kencing ke , awal awal guwa dah cabut masuk kereta pecut laju laju .

lepas dah tukarkan pampers and lap lap badan tu , aku pun letak dia perlahan lahan ke tepi sikit . nak mandikan dah pagi buta . tak memasal terpekik dia sejuk . bila dah sejuk memang dia tak akan tidur balik . satu kerja nak menjaga pulak . langkah selamat , lapkan aje badan dia . mana tahu nanti second round dia kencingkan aku . yang aku siap mandi pagi pagi buta . hancing pering dah badan aku . tak nak lah tidur dengan air kencing kan , mahu berkurap badan . tengah fefeeling nak tidur balik lepas mandi dalam kesejukan , aku pun capai bantal busuk buat penambah lena tidur . bila peluk je , aku rasakan sesuatu . lalu bibir terucap..

"gampang"

bantal busuk aku pun dah lencun kena kencing . fuhh . apa lagi ke bawah aku campak dia . daripada aku sayang , dah aku pijak pijakkan . esoknya terus aku buang dalam tong sampah . tak payah Ibu nak suruh . aku sendiri pagi pagi angkat terus buang . pilu jugak hati ni . kalau boleh nak buat sampai ke tua . tapi nak buat caner . tak sanggup den nak tidur berbantalkan air kencing fresh . basuh banyak kali pun akan terngiang ngiang kat kepala aku yang bantal tu dah dikencing . pengotor . kalau Amim tu besar , memang aku dah ajak bergaduh dah buat bantal aku camtu . 

mula mula kekok gak takda bantal busuk , lama lama aku mula mengutuk orang yang ada bantal busuk . 


"eeee bongok dah tua bangka ada bantal busuk"



kemain ayat aku . tak sedar diri betul .

begitulah kisah aku bersama bantal busuk . yang nak buat modal untuk karangan PMR dia tu . silakan . belum ada orang lagi buat cerita KBKK dia dalam karangan pasal bantal busuk . aku yakin pemeriksa kau tu pun kekecik ada bantal busuk . dah kahwin takda lah kan . dah ada laki , dah ada bini . mau kena terajang . jadi , bagi bagaimana nak buangkan tabiat buruk berbantal busuk ? kencingkan bantal tersebut . okbai .




NOTE : kalau ada lagi bantal busuk tu sekarang , setiap gambar guwa kat insta mesti dengan bantal busuk . sweet ok .