ASSALAMUALAIKUM
dalam pada guwa sibuk menguruskan hidup guwa yang terumbang ambing ni , tak perasan pulak raya nak dekat dah . 4 5 hari je lagi kalau tak silap guwa . pastinya Ibu Ibu semua sedang sibuk menyiapkan 12 jenis kuih raya , yang Ayahnya pulak dah menukul kayu buat gantung pelita untuk malam tujuh likur . yang budak budaknya pulak dah letak dalam list rumah mana dia nak beraya tahun ni . raya pun raya jugak tapi orang kata jangan membazir . tapi bila beraya semua orang bagai dirasuk hantu tolak tepi semua perkataan membazir , ada yang baju 700 ratus ringgit pun sanggup beli dengan lip lap lip lap penuh kat leher . 700 ratus buat beli ayam 9 ekor , buat rendang , buat pulut kuning pun dah lepas dah . daripada beli baju memahal , kena dawai sikit dah tercarik , baik kau buat kenduri ajak sesedara , jenjiran kau . takdelah rasa melayang 700 kau .
cukup bebelan , masuk cerita .
semalam aku pergi bank nak uruskan bayaran yuran masuk kampus . berpusing pusing aku mencari parking tak jumpa jumpa , belakang bank , depan bank , kiri kanan bank , semua parking penuh . lalu hati mula bengang . tengok kiri kanan penuh kereta , bagi menghilangkan rasa bengang tu , aku pun bukak lagu . terngiang ngiang di corong radio lagu raya yang bukan main rancak . meriah betul diorang nak beraya , bisik hati ku yang kebetulan nampak ada mak cik pimpin tangan anak dia beli lemang tepi jalan tetengah hari . amboi . lalu aku parking di tepi jalan betul betul depan kedai jual buah . punya senyum lebar cina tua depan kedai buah tu nak sambut aku kekonon nak masuk kedai dia beli buah , lepas dah lock kereta , aku jalan tak menoleh pun kat dia . sah sah aku rasa aku kena "cilake" dengan apek tua tu .
masuk je bank aku tengok ramai gak orang , bukan ramai gak , memang ramai . kalau baling bom dalam tu , semua mati tanpa ada sorang pun yang selamat . kemudian aku terpikir , apemenda yang diorang buat reramai kat bank ni . nak kata keluarkan duit , kat ATM pun boleh . lepas dah tekan nombor . aku pun ambik seat sebelah budak kecik yang tengah minum air tin ice lemon tea sambil sedut laju laju pandang muka aku . berdegap tekak aku tengok dia minum . aku pikir aku dah tua je , kalau bebudak lagi , mahu berebut dengan dia air tu siap tarik rambut dia bagi tercabut . pergi balik pergi balik aku tengok orang masuk bank tu . tengok punya tengok , baru aku tahu diorang dok pakat ramai ramai datang sini sebab nak tukar duit singgit singgit buat bagi bebudak masa raya . dalam pada tunggu nombor aku dipanggil , sempat gak aku flashback masa zaman sekolah rendah dulu .
begini ceritanya...
masa kekecik hingus panjang meleleh , kalau raya aku rasa akulah yang paling eksaited . duit raya mesti penuh poket kiri kanan punya . belum tambah dengan duit puasa lagi . aku rasa masa tu aku punya kekayaan mengalahkan Bill Gates padahal duit seringgit je yang tebal . malam raya tu mesti akan berkira kira berapa keuntungan yang aku akan dapat masa raya . daripada Ibu Ayah je nak dekat seratos . belum kira atuk nenek lagi . bukan main tebal lah poket aku . yang buruknya perangai bila orang bagi angpau , jalan 2 3 tapak dah bukak benda tu check berapa dia bagi . zaman dedulu seringgit pun kau rasa macam dah boleh beli kereta Myvi sebijik . belum feeling dia macam mana pegang duit seratos pulak kan . tapi lepas raya kalau total duit semua dalam 6 7 ratus , mesti kitaorang akan dapat dalam seratos je . bak kata Ayah buat syarat je pegang seratos tu . lagi 500 tu dia masuk bank . untuk besar nanti .
masa tu guwa dengan abang guwa bukan main panas hati lagi . rasa nak buat kempen tunjuk perasaan je depan rumah guwa . siap rasa nak pasang banner "KAMI NAK DUIT RAYA KAMI BALIK" . tapi nak mengelak daripada kena belangkong dengan Ibu Ayah aku , aku batalkan niat tunjuk perasaan tu . daripada aku tadika sampai ke tingkatan 3 , duit raya tu semua mesti akan bagi dekat parents , masuk bank . tak dapat nak merasa sangat pun duit tu . lagipun bila fikir , 6 7 ratus dalam tangan pun bebanyak nak buat apa . nak kata beli henpon , masa tu henpon semua tak canggih . paling canggih pun henpon sabun . bukan boleh bawak mandi pun dengan henpon tu . lama lama bila dah masuk belajar , Ayah dengan Ibu pulangkan balik duit tu semua bersama sebuah buku bank dan sekeping kad bank dengan nasihat "kami pulangkan duit raya korang sejak kecik dulu , guna elok elok , jangan enjoy , berjimat" . sungguh terharu aku masa tu . teringat adegan masa tu macam iklan raya petronas .
tapi nak mengharap duit raya dengan usia sekarang , memang tak dapat . kau pergi rumah orang , tadah tangan macam manapun kau ingat dia nak bagi . tak hingin pun . tengok muka kau tua je , baik baik tangan dia dah ada depan kau , terus dia beralih tangan dia bagi kat orang lain . pernah ada sorang anak buah aku mintak duit raya kat aku , sampai sampai je terus cakap "uncle aizat , Nurin nak duit raya 3 merah" . konon budak budak bolehlah tipu , aku bagi 12 ringgit je . asalkan ada merah dan 3 keping duit . depan aku dia bukak , dia menjerit sambil menangis "ni bukan 3 merahhhhhhhhhhh ! ni satu je merah !!!!!!" sudah , puas aku nak pujuk . nak tak nak 30 ringgit aku melayang bagi dia even mak dia marah dia macam mana pun . dengan bebudak sekarang kau tak boleh nak tipu , kau kentut bersepah pun dia boleh tahu yang tu kau punya kentut .
lamunan aku terhenti bila nombor giliran aku dipanggil . lepas dah settle bayar yuran , aku pun check dompet aku . duit aku ada baki banyak lagi . terlintas sorang sorang muka anak buah dengan adik sedara aku semua muka nak mintak duit raya . dengan senyuman aku bukak mulut .
"Encik , saya nak tukar duit"
marilah datang beraya kalau nak duit raya .
NOTE : duit raya lagi laku daripada kuih raya sebenarnya .