APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, October 19, 2013

runsing

ASSALAMUALAIKUM 

semalam lepak pekena cendol depan sekolah adik aku sementara nak tunggu adik aku balik sekolah . aku kalau pergi sekolah adik aku memang akan lepak sini . sampai Mak Cik menjual ni dah boleh hafal apa aku nak . cendol kurang manis lebih ais . jaga kesihatan kata kau . aku tak nak lah nanti dah tua menderita terlantar sakit . sementara nak tunggu cendol aku sampai tu , aku pun pandang sekeliling . buat buat cuci mata kan . nampak ada budak yang dah keluar awal . ni kes yang merayau tak balik kelas lepastu lagi lima minit nak loceng terus balik dulu . wajib pukul je pastu masukkan dalam perigi kasi lemas takda siapa jumpa . 

dalam pada aku tengah fokus tengok mak cik tu gigih putar mesin kisar ais tu , tetibe aku dengar suara suara manja bebunyik macam gedik menusuk nusuk dalam telinga aku daripada belah kanan aku . aku kalau benda benda camni pantas je aku dengar . boleh buat bahan aku ketawa ceritakan kat adik aku dalam kereta nanti . aku pun menoleh . 

"you nak makan mana satu ? ABC ke cendol ?"

kata pakwe kepada makwe .

"I tak tahu . you nak makan apa ? I suka dua dua . tapi nak satu je"

si makwe menjawab .

dia tanya pakwe , pakwe tanya dia . benda tu berulang sampai nak dekat 10 minit jugaklah tak decide . padahal kau nak minum je kan . kalau aku jadi diorang sorang order cendol sorang order ABC . lepastu kau rasalah tukar tukar . lurus jugak tapi ada hati nak couple . kalau mak cik tu terpacak duduk tunggu order dia aku rasa dah kena hentak dua dua dengan mesin kisar ais tu serentak . kemudian , aku termenung sendirian . kadang kadang aku pun ada perangai camtu . pernah tak kau pergi mana mana lepastu kau nak decide something tu bukan main susah lagi ? nak nak bila dua benda tu kau suka . nak tanya aku ? memang banyak . 

pernah sekali aku nak beli baju , aku rasa macam cantik betul dua dua baju tu . nak beli dua dua memang kopak duit aku semata mata aku suka dua dua baju tu . aku tak nak lah nanti sebab beli dua dua baju tu sampai aku tak makan kan . punya fikir . tanya kengkawan pun tak boleh harap sebab diorang cakap dua dua lawa ikut aku pakai mana yang sesuai . tanya Ibu dengan Ayah pun diorang cakap dua dua nice . ikut mana yang aku minat , decide sendiri kata mereka . kalau aku boleh decide takdelah sampai aku nak tanya semorang kan . rasa nak terbalikkan meja je masa tu mengamuk . lepastu masuk fitting room je dah berkali kali semata mata nak try dua baju tu nak tengok mana yang ok . kalau aku jadi promoter tu aku dah sumbat orang macam aku ni dalam kabinet menjual dia tu . lama punya fikir , at the end aku tak beli pun yang baju aku suka tu , aku beli baju lain . dua dua aku tak ambik sebab aku rasa macam nanti kalau aku ambik salah satu nanti aku menyesal . biar aku tak ambik dua dua lepastu ambik baju lain . bongok tak kau rasa aku ni ? 

ada gak bila aku kat tempat makan . dalam kepala ni punya fikir apa benda nak makan . dah berlegar legar dah gambar makanan tu dalam kepala . kalau boleh bagi orang tengok , aku dah bagi tengok dah . tapi bila sampai kat tempat makan , dah tengok menu jadi macam tak boleh nak fikir . semua benda nak makan . sana nak tunjuk sini nak tunjuk . orang lain dah get ready nak makan apa . yang aku boleh selak sana selak sini menu . boleh kata sampai menggigil kaki orang yang nak ambik order tu berdiri sebab lama . lepastu bila makanan sampai lambat , aku orang first yang complain . padahal aku yang lambat order . weh customer always right tau . tapi cuba kau yang jadi orang order tu , kalau dunia ni takda undang undang aku rasa dah lama dia tembak je kasi mati sebab lama sangat nak ambik order . sama gak macam air . bila nak order teh o ais , teringat pulak yang ada limau . bila dah order teh o ais limau , menyesal tak order teh o ais . aku pun tak tahu apa kena dengan aku ni . kekadang sampai aku kena tanya waiter tu . "eh mana yang sedap eh ?" , dia pun pos pes pos pes cakap itu ini ramai orang order . aku pun percaya . lepas dia dah hantar makanan aku tengok "TRAINEE" . memang kau rasa macam nak mengamuk lagi sekali je terbalikkan meja . cara dia cakap macam dah kerja 7 tahun kat situ kan . 

lagi satu benda yang aku susah nak decide bila tengok wayang . benda tu aku rasa macam masalah besar betul bagi aku . kalau sensorang tak apa . ni yang jenis tengok wayang ramai ramai ni . pastu suruh aku decide . bukan apa , benda benda camni aku tak suka sebab kalau aku decide lepastu cerita tu takbest semua pakat nak kondem aku . kalau orang lain decide bolehlah aku join sekali kondem dia . bila aku kena decide tu puaslah aku dok tweet tanya , dok tengok trailer dia sampai habis quota Internet aku . dan paling rasa macam nak rendam muka sendiri dalam kuah kari bila dah tengok trailer , pastu cerita dia tak best , semua mengutuk aku bagaikan aku ni kalah kat medan perang . aku tahu kau pun pernah rasa macam mana aku rasa kan . lepasni aku nak buat page mangsa mangsa teraniaya tengok wayang . harap korang bolehlah join jadi ahli ok . kenkadang tu dahlah susah nak decide ticket wayang , nak decide air kat kaunter popcorn pun aku terhegeh hegeh lagi . semua benda aku rasa macam nak minum . stress orang belakang aku nak tunggu turn dia . bila suruh kawan kawan aku decide , semua tuding jari cakap "eh kau lah pilih mana mana cerita aku ok je . asalkan ada cerita nak tengok" . lepastu bila kau dah decide and dah beli tiket wayang amboi amboi siap warning awal awal "kalau cerita ni tak best aku pukul kau" . berani nak pukul . aku rendam muka kau dalam air gas strawberry nanti .

pernah gak membe membe tanya aku .

"kau pernah tak orang tanya kau decide sekali je , tak fikir lama lama ?"

tu bagi aku bukan dia tanya , dia perli aku . masa tu rasa nak pukul je dia sekuat hati tapi aku fikir nanti siapa nak teman aku balik kan , aku diamkan je . kalau ikutkan hati dah takda dia nampak aku depan mata . dia nampak ceiling hospital je .

tengah aku berangan angan tu tetibe adik aku dah sampai kat meja aku siap hentak meja lagi nak buat modal dia ketawa konon macam nak bagi aku terkejut . terkejut pun tidak sebab aku dah nampak dia punya bayangan huyung hayang ke kiri ke kanan datang kat aku . tengah aku toleh sambil suap cendol dalam mulut tu tetibe kawan adik aku panggil dia pastu cakap "Shyyra abang kau ustaz ke ?" , sebab aku pakai jubah paras lutut dengan jeans siap bersongkok . fefeeling gak macam ustaz . aku pun senyum manis je gaya gaya macam meng-ia-kan benda tu . pom pang pom pang diorang berbual , tetibe Shyyra cakap "taklah , dia nak gi sembahyang jumaat kejap lagi . kalau dia ustaz betul pun dia takda tokoh nak jadi ustaz"

sedih betul .

semua nak dengki dengan aku kan . gampang . 

tapi aku bet korang mesti pernah rasa macam aku rasa kan ? susah nak decide pasal dua benda dalam satu masa . pasal cinta ? tolak tepi . orang cerita pasal benda sekarang ni . tapi benda ni normal je bagi aku . kalau kau tak reti nak decide mana satu , tinggalkan je dua dua lepastu ambik benda lain . senang tak payah nak pening pening fikir .



NOTE : nak kahwin nanti cemana eh nak decide nak isteri mana satu . mesti keliru kan . 


Twitter : @AizatAbd
Instagram : skullsulivan
Facebook : Eijat Abdullah