APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, September 25, 2015

Trip to South Korea : Seoul Day 5

ASSALAMUALAIKUM

Salah satu orang yang paling pemalas and suka bagi harapan palsu nak update blog adalah aku. Bukan apa, bila tengok balik gambar gambar rasa macam lemau pula nak ingat satu satu balik apa benda yang aku buat dekat sana (to be honest tak boleh move on bila tengok gambar). But gigihlah aku list out balik semua tempat sebab nanti karang 20 tahun akan datang aku nak pergi sana balik, boleh jadikan guideline untuk diri sendiri. Batak ek check blog sendiri padahal banyak je blog orang lain boleh refer. 


Seoul, August 1, 2015

Harini hari yang sedih and berat hati sebab kitaorang nak pindah another guesthouse dekat Apgujeong and akan tinggalkan Myeongdong yang memang favourite place aku dekat sini. But sebab kitaorang ada banyak lagi tempat nak pergi, and nak rasa suasana tinggal dekat tempat lain, we guys decide untuk stay dekat Apgujeong, atau lebih specific, tempat fans selalu nampak idol tengah jogging, main basikal, and main galah panjang. Jealous? Takyah jealous sebab aku bukan nampak pun idol tu, nak nampak Sukjin pun susah. 

Masa nak berkemas tu memang sangat sedih sebab nak tinggalkan guesthouse yang comel and owner yang sangat baik layan we guys dari first day sampai, sampailah dah check out. Part lambai lambai and cakap goodbye tu paling sedih. Dahlah nak heret bag yang berat nauzubillah, tambah pula perasaan sedih, rasa nak campak je bag tu. Harinilah aku rasa aku paling sakai dekat sana.

Satu benda yang korang kena struggle hidup dekat Myeongdong ni, dia punya album store and merchandise. If yang tak minat Korean music korang rasa tak ada masalah, tapi bagi orang jenis aku, aku rasa nilah dugaan paling hebat dekat Myeongdong sebab korang boleh beli album dengan harga yang sangat affordable and ada banyak gila album since zaman zaman idol yang dulu dulu dah meninggal pun ada kot? And mestilah latest latest album pun melambak juga. 

Plus merchandise. Kalau kau tengok online shop dekat Malaysia kadang kadang bukan main mahal kan harga tapi dekat sini aku boleh beli berbakul bakul and berniaga dekat Malaysia (inilah salah satu tips nak berniaga online wahahaha jangan kena kecam sudah, maaf). Untuk album, korang boleh dapat around 11,000KRW (please convert to MYR) and kena tengok kedai juga. Sebab ada kedai yang dia mark up harga so kadang kadang korang jumpa ada yang album sama tapi dekat situ 16,000KRW. So korang kena survey setiap kedai sebab dekat situ memang banyak album store. And harga bukan semua album sama okay, tengok idol apa yang korang suka. 


BTS summer package ni menduga betul, nasib baiklah aku fikir nanti luggage tak muat. Murah! (nangis) 


If rasa ragu ragu kan nak beli album ke or merchandise, better ambil album lah kot? Even bukan dengar sangat pun and semata mata nak photocard and photobook, tapi merchandise dekat Malaysia melambak lambak. Album macam susah je nak beli kan. So, better album. If tak nak dengar nasihat aku, lantak kaulah. Nanti balik menyesal padan muka. After dah borong semua album yang aku nak, kisah sedih bermula kembali bila kena angkut bag naik keluar train naik turun tangga sampai rasa macam hari adalah hari terakhir kami untuk hidup sebab tak larat plus harini agak panas.

Second guesthouse, FNSquared guesthouse.

Oh ya, for your information, kalau korang memang nak stay dekat Gangnam ke or Apgujeong, korang boleh stay dekat sini sebab owner dia Malaysian. So korang boleh pos pes pos pes dengan dia cakap bahasa melayu. Selama ni datang sini nak bercakap pun takut takut and rindu nak bercakap, ha duduk sini bercakaplah kau sampai pening. And owner dia sangatlah friendly. Nak bertepuk tampar pun tak apa, tapi lepastu dia tampar kau. Agak senang juga duduk sini sebab korang boleh tanya dia mana tempat yang best nak pergi, and mana tempat yang halal.

Nak tambah nak tambah! Tempat ni dekat gila dengan Big Hit Entertainment. Aku pergi jalan kaki je ke sana. Agak agak boleh jumpa Suga tak?


Entrance pun dah so comel macam aku. Geram je aku nak rembat skuter bawa pusing pusing sini


Benda kita selalu buat kalau sampai guesthouse ke hotel ke homestay ke, mesti nak rasa katil dia baring baring


Suku daripada hasil pembelian album. Nak tengok lagi suku, ada dekat entry yang lepas. Ni antara yang fav! Woo


Perasaan dekat Myeongdong nak dibandingkan dengan Apgujeong ni memang tak sama sebab Apgujeong ni more to city lifestyle. Urban urban gitu ewah (aku suka Myeongdong lagi). Dekat sini kalau kau rajin berjalan jalan depan sikit, banyaklah jumpa boutique boutique yang bajunya lawa lawa, and harga dia sangat lawa daripada baju (nangis). And convenience store pun everywhere dekat sini. Berlambak. Celah sini ada, situ ada and apa yang buat aku rindu dekat Apgujeong? Kimbap dia. 

Ada satu kedai ahjumma ni kimbap dia ketagih mak aih. Aku tak berapa ingat nama kedai dia tapi korang boleh masuk dekat lorong yang dekat dengan poster B1A4 (beruntung kalau masa kau datang tu poster tu ada lagi hahahahahaha). Aku tak boleh nak kasi specific location sebab kitaorang main redah redah je celah mana. Takpun apa kata kau tanya orang dekat situ? Sebab kitaorang pun tanya "kimbap where kimbap where?" then dia tunjukkan. Then kau mintalah yang halal yang tak base daging or sosej. Takpun, apa kata kau takyah makan kimbap? Makan benda lain? Aku tak tahu nak explain dekat mana. 


Nak terkinja dekat sini pun tak apa sebab takda siapa kisah pasal hidup kau. Melainkan kau kena gelek dengan kereta. 


Boleh alas perut kalau malas nak lunch. Both only 2,000KRW. Very the cheap you know.


Fuh ala ala budak bandar tau. Bebudak pavi sukalah pergi sini kot?


Lepas dah pindah barang ke guesthouse baru, next we guys decide nak makan dekat Itaewon sebab dekat sini katanya banyak makanan halal plus we guys dah put dalam schedule untuk pergi sini hari ni. Nak tengok Seoul Mosque dekat Itaewon and cari halal food dekat sana. Aku kalau bab bab makan ni memang happy, terus lapar perut aku. Nak pergi ke Apgujeong tu korang kena ambil train line 3 and kena tukar kalau tak silap aku sebab dah 2 bulan, nama tempat je aku ingat line line tu aku dah hilang ingatan. Korang boleh check dekat map area train station tu. From Apgujeong station tu, korang akan ke Yaksu station (ambil way to Oksu) untuk tukar train, ambil train line 6 untuk ke Itaewon. Please check sebab aku takut salah. Tapi ni apa yang aku ingat sebab from Apgujeong nak ke Itaewon pun tak jauh mana. 


Aku tak tahu ni apa benda. Aku ambil gambar pun sebab dia lawa.


Dekat Itaewon ni memang banyak kedai halal macam from Egypt and so on. Tapi sebab rasa macam tak nak makan benda benda macam tu, we guys cari Korean Halal Food, so kitaorang gigihlah waze restaurant Eid - Korean Halal Food. Mula mula rasa happy je nak waze, bila dah waze punyalah jauh and tempat dia berbukit bukit. I'm okay, I'm okay, I'm okay..........


Jalan dia agak scary ye and banyak warga warga asing juga dekat sini. 


Pimpin tanganlah sebab rasa macam tak selamat. Hashtag #bff #bangla #friendforlyfe #truelove


Lepas dah beriya berjalan and berpeluh macam orang marathon 17KM, so jumpalah kedai yang tersorok di celah celah bangunan yang kalau kau tak toleh sana sini of course kau tak akan jumpa. Make sure masa berjalan tu kepala kena pandang kiri kanan kiri kanan. Biarlah kepala tercabut sekalipun, kutip and sambung toleh kiri kanan kiri kanan. 


Tangan Meen tu gembira sangat ke apa. 


Ok dekat sini korang boleh makan semua Korean foods yang halal tanpa rasa ragu ragu. Order je apa kau nak kan, lepastu bayarlah sendiri sebab kau nak order banyak pun bukan aku yang bayar. Owner dia pun boleh cakap bahasa melayu sikit sikit since dekat sana memang senang nak jumpa student from Malaysia. And ada juga dari negara lain kan, lupa nak tanya berapa bahasa owner tu reti cakap. 


Memang sangat sedap nak nangis. Or sebab aku je yang tengah lapar?


After dah makan tu kitaorang singgah Seoul Mosque untuk solat. Tengok daripada luar pun dah lawa. Tapi kena cari juga ya masjid ni toleh kiri kanan juga. Tapi senang nak jumpa sebab masjid ni atas bukit. Dah boleh nampak menara dia ke, kubah dia ke, no problem. 


Paling suka tengok Allahuakbar tu.


Lepas dah solat masa tu pun nak dekat pukul 6 macam tu and ada tempat lagi nak pergi, so we guys decide nak keluar daripada Itaewon and nak pergi tempat misteri. Lagipun Itaewon ni tak ada apa apa pun kalau nak berjalan ke apa ke. Makanan banyaklah, tapi kalau macam shopping area ke apa ke I'm not so sure sebab sekejap je ada dekat sana. Kalau barang barang macam MCM tu ada lah, tu pun belum tentu murah kan?

Location misteri? 

SMTown Coex Artium. Sampai sini pun dah malam tapi masih buka lagi. Cuma nak ambil gambar dekat luar tu punya gelap sampai kau adjust to night mode pun masih gelap. Aku rasa SM kena upah orang pasang spotlight pancarkan depan bangunan. Ni lampu liplap liplap dekat Malaysia pun banyak masa raya. 


Nervous pula rasa nak masuk. 


Inilah salah satu faktor kenapa aku suruh pasang spotlight. 


Apa yang ada dekat dalam ni? Siapa yang stan SMEnt artists, korang wajib letak dalam list pergi sini sebab all merchandise, cafe and portrait SM artists memang melambak dekat sini. Pergi sana muka dia pergi sini muka dia. Naik escalator muka dia. Cuma aku tak masuk tandas dekat situ. Agak agak ada juga tak dalam tandas?


Girls bring the boys out! Lalu EXO and Taemin pun keluar. Sebelah tu Changmin kot?


Aku tak tahulah yang SM ni memang sayang sangat sangat dengan EXO ke apa sebab dalam ni memang 3/4 banyak barang barang EXO and balance tu barang barang idol lain. Dahlah barang idol lain, dah sold out tak reti nak restock pula. Kalau jumpa mana mana official merchandise group lain kan, belilah dulu sebab kalau berangan nak beli dekat sini, banyak yang sold out, buat hampa kau je nanti. 


Paling famous dekat sini, paper toys. Sehun ke Kai yang real takda jual sini eh, maaf mengecewakan korang.


Kan dah cakap dia member ke 10, dah tunjuk mukalah! HAAH SEBIJIK GILA MACAM DO MIN JOON!


Dini macam masuk art museum, sorang sorang dia perhatikan dengan teliti. Sebelah kanan D.O tu 
macam muka aku kan?


Nilah paper toys. Lupa nak beli banyak banyak buat giveaway. 


Harga topi ni je korang dah boleh beli 3 album. Apa kata beli album je nak tak?


Tadi harga topi, apa pula harga baju yang siap ada sign kan? Takpelah, kau beli shirt putih, meh aku signkan.


Ala macam mana nak tengok muka Do Min Joon dia! (charger aku boleh bawa maut seh)


Asyik muka kau je bosanlah. Ok yang belakang tu korang boleh beli, aku tahu korang suka berangan 
nak kahwin dengan idol, so beli, main kahwin kahwin.


Eh eh abang Suho. Pandang kita pula.


Lama jugalah kitaorang melepak beli barang dekat sini. Botol air happiness delight, merchandise, EXO sweets and album. Aku pun tak ingat total barang yang aku beli dekat sana berapa. So kalau memang nak beli, beli je jangan ragu ragu sebab balik nanti menyesal tak beli. Banyak benda yang aku nak beli, tapi aku tak beli. Bila balik, check online sangatlah mahal. After dah beli barang, semua dah keletihan and decide nak balik. Masa balik nilah we guys jumpa kedai kimbap yang sedap tu!


Ni poster B1A4 yang aku cakap tu hahahahahaha next comback dah tukar poster orang lain lantaklah
tak jumpa kedai hahaha (evil laugh)


Waktu ,malam dekat sini kau boleh berangan macam drama selalu actress ke actor dia berlakon 
tengah tengah malam tengah merajuk jalan sorang sorang.


Dekat sini malam malam buta korang senang nak jumpa trainee. Agak agak yang macam pelik and pakai mask tu, kadang kadang trainee. Tapi kau buat tak tahu jelah sebab nanti dia rasa bangga and batak. Rasa macam benci je kan? So kalau nampak trainee, kau buat dia macam orang biasa je takyah layan. Dah debut nak suka dia, tak apa.

So cukuplah harini je update untuk Day 5 sebab ni je tempat yang kitaorang pergi harini. Day 6 ada apa? Macam pergi idol company je? Macam je?

See you guys dekat next update Trip to South Korea : Seoul Day 6! (entah bila tahun entah)

Drop your comment dekat bawah kalau korang ada apa benda nak tanya pasal trip ni.


Dini je focus kedepan, lain semua tengok camera masing masing.


NOTE : make sure korang plan betul betul mana nak pergi sebab kalau main pergi je, takut banyak membazir masa sebab sesat.


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd


20 comments:

  1. "kau beli shirt putih, meh aku signkan."
    kelaka la bangjat 😂😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
  2. entry paling cun ahhh . sebab abg jat banyak perasan HAHAHAHAAH .DAN ADA SUHO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah Aizat memang 24/7 suka perasan hahaha

      Delete
  3. kalau beli simcard kat korea mahal ke? and duit kena tukar siap siap ke kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better tukar siap siap dekat sini. Kalau beli murah sikit cuma proses dia complicated sikit.

      Delete
  4. Bang jat hari tu kan korang beli simcard kat airport tu, if guna simcard tu kita boleh access internet evrytme, kan? Kalau tak beli simcard tu still boleh access kalau ade wifi kat mana2? kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, betul hehehe. Nak jimat guna wifi je sebab dekat cafe banyak wifi.

      Delete
  5. Thanks update bangjat. Best pulak entry kali ni, gelak tak hengat dunia���� takde laa stress sangat sbb esok dah nak balik campus �� btw, mcm nak je tangkap feel jalan tengah2 malam kat road tu ����

    ReplyDelete
  6. Abgjat, tngkp gmbr guna apa? Guna dslr ke? Compact camera ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. he's using his iphone only. they didnt bring any camera or dslr

      Delete
  7. aizat pergi guesthouse yang husband dia korea kan? okey tak guesthouse diorng and harga murah x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not bad. Less than RM150 I think for 1 room hehe (boleh muat 3 - 4 orang)

      Delete
  8. assalammuailaikum aizat..time aizat pergi ini pakai pakej apa?agak2 budget brp?mkn?tmpt tinggal?jalan2?kat sana senang tak dpt makanan halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh click dekat update ni : http://eijatabdullah.blogspot.my/2015/08/trip-to-south-korea-seoul-tips.html

      Delete
  9. Nak tanya, total price untuk guest house yang 500 tu untuk guest house kat myeongdong and apgujeong ke untuk kat myeongdong sahaja? I hope soalan ni rasioanal untuk di tanya ok lol 😂

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...wr...wb...Tuan/Puan Perkenalkan kami Bogalakon Tour sebuah Company yang memberikan perkhidmatan tour groud handing di beberapa tempat favorit lawatan.
    Insyallah,driver & tour guide kami santun,jujur dan mesra yang selalu akan bawa anda ke tempat kawasan favorit Bandung,Jakarta,Bogor.
    Bagi Tuan/puan yang hendak bercuti ke Bandung,Jakarta,Bogor city Tour dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung,Jakarta dan Bogor,boleh hub kami:
    Pin BB : 265577D0
    Call : +6285722 692 692
    WhatsApp : +6281220 375 375
    Facebook: Dicky Bogalakon{dicky.bogalakon@facebook.com
    Email: bogalakontour@gmail.com
    Insyaallah dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  11. Abg jat hee, okay just nak tanya mcm mana ea booking guest house ? I mean under ape ? Agoda or other online travel agents ? Emm .

    ReplyDelete