APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, February 1, 2017

Trip to Philippines : Manila

ASSALAMUALAIKUM

Allahu, dah setengah tahun aku ambil masa untuk update aku punya trip ke Manila ni. Kalau ada bayi lahir masa aku pergi Manila tu, sekarang ni dah boleh berlari agaknya. Takpun lompat galah. Puas jugalah aku fikir mana tempat tempat yang aku pergi dekat Manila tu. Mana yang aku lupa tu aku bantaikan je ok tempat tempat dia punya nama. Sebab kalau nak ingat balik satu satu tu memang aku tak kuasa. Ada banyak benda lain lagi nak kena fikir. Ye dak?


3rd DAY, April 19, 2016

Manila! Apa yang best? Bagi aku yang bestnya bila setiap hari kau kena hadap and redah jammed yang tak henti henti and tak beragak agak dia punya sesak. Kau bayangkan nak selit celah celah mana kereta kau tu pun tak boleh. Maka duduklah kau dekat tengah jalan tu sambil tengok bangunan kiri kanan. Ok dah cukup membebel takda siapa nak dengar. First place yang kitaorang pergi, mestilah check in hotel. Gila masing masing badan bau kain hapak kena hujan dah. If korang nak hotel yang dekat dengan airport and bandar, korang boleh pilih hotel yang aku stay, Manila Marriot Hotel. Tapi banyak je hotel lain yang korang boleh book kat sana sebab aku tengok kiri kanan banyak je tempat nak jalan jalan macam shopping mall ke tempat makan ke or tempat nak lepak lepak. Kedai mamak je takda. Kau jangan nak buat perangai cari mamak kat sini eh, pukul kang.


Kak long kawasan! (tour guide kami)


Check in hotel tapi bukan boleh masuk dulu sebab nak dinner dulu


Lepas dah check in tu mestilah nak makan. Even badan masing masing still bau hapak pun, selera makan tu tetap ada. Buaya pun kitaorang boleh telan 1 shot je. Mana boleh tolak bab bab makan ni, wajib. So we guys just dinner dekat hotel je malam ni sebab nak pergi tempat lain memang dah tak kuasa dah. Sanggup aku tak makan sampai esok. Yang bestnya, semua benda kau nak makan ada and semuanya sedap. Ada sorang chef ni punyalah peramah then tanya aku daripada mana. So bila aku cakap Malaysia dia kata dia pernah pergi sana and kenal Amy Search. Siap nyanyi lagu Amy Search, adohai aku tak suruh pun dia nyanyi depan aku ok. Tak boleh buat aku kenyang pun. 


Nak makan apa apa make sure kena halal. Jangan nampak sedap je kau bantaikan makan


Tapi yang halalnya benda benda macam nilah. Putus selera terus.


Kalau kat Malaysia pinggan aku penuh memang tak fikir hari esok aku punya cara makan


Yang paling best dekat sini, dia punya dessert. Tak makan makanan berat pun tak apa sebab ulang ulang makan ni pun tak apa. Tapi aku masa ni bingai sikit sebab tak ambil gambar segala kaum keluarga dessert yang ada dekat sana sebab aku fikir semua benda aku patut ambil dan makan. Abaikan semua kerja kerja yang tak mengenyangkan. So aku sempat ambil benda yang aku teringat nak ambil je. Benda lain aku dah telan masuk perut.


Puding roti je pun tapi yang best dia sauce dia. Kalau ikut hati aku dah angkut balang sauce puding 
dia ni bawa balik Malaysia and kasi korang rasa sorang sikit


Tapi jujur cakap yang ni aku ambil bukan sebab nak makan sangat, sebab lawa. Maafkan daku


Kau tengok muka semua, semua dah muka petang and bukan ikhlas pun semua yang senyum tu sebab penat


Masa yang paling ditunggu tunggu adalah bila dah dapat check in masuk bilik. Perasaan tu masa tu rasa nak melompat tapi tengah seret luggage kan, mahu berkumbah luggage karang. So aku sebilik dengan adik aku and tak jauh pun daripada bilik bilik kawan yang lain. Senang kalau siapa lambat bangun, rempuh je bilik dia. Takpun tekan door bell dia banyak kali sampai bell rosak. Misi lepas check in, mestilah nak mandi and terus tidur. Memang tak fikir dah nak buat benda lain sebab rasa nanti waktu tidur kena curi and pagi bangun mesti menyesal tak tidur awal.


So ada dua katil king. If korang nak pergi vacation dengan family, bilik ni pun ok dah.


4th DAY, April 20, 2016

Wah pagi ni awal awal pagi aku dah turun even malam tadi aku dah berniat lepas subuh nak sambung tidur sampai petang. Tapi bila teringat harini nak pergi banyak tempat sebab esok dah balik, so aku batalkan niat nak tidur balik (tapi syaitan bukan main berbisik suruh tidur je). Tengah turun nak pergi breakfast, baru teringat yang ada kerja aku belum settlekan lagi. Then dengan punya kecoh aku paksa adik aku bawa laptop dia turun sekali. Muka dia dah monyok je sebab yelah bag laptop tu berat dia macam dukung budak kecik nak bawa kesana kesini. Tapi dia nak monyok kenapa sebab yang pikul kesana kesini tu aku!


Berangan macam dalam kdrama la sambil makan sambil busy buat kerja. Padahal drama lain ada je ceit!


Tadi tu macam pembuka selera je. Ni makan berat sikit even tak berat mana pun. Nama dia makan style 
Do Min Joon


Lepas dah berkumpul kat bawah, semua dah ready nak pergi jalan jalan. Ada muka macam terpaksa pun ada. Nampaklah letih semalam tak hilang lagi sebab bagi aku semalam paling letih sebab terkejar ke sana ke sini sebab nak pindah pergi Manila from Davao. First location harini, Mananzan Handicrafs


Do Min Joon shi! Sama sibuk aku nak ambil gambar kat depan pintu masuk. 


Ok Mananzan Handicraft ni terletak dekat junction of Gen Luna St. and Sta Clara St. Kalau kau tak tahu mana tempat tu korang boleh google awal awal macam mana nak pergi tempat tu or korang guna je waze. Jangan ingat waze tu boleh guna dekat dalam Malaysia je. Kau nak tengok berapa lama jarak nak pergi matahari dari bumi pun kau boleh guna waze tau. Ni adalah ni yang buka waze cari ni. Yang bestnya kat dalam ni, masuk masuk je pekerja dia akan kasi korang souvenir percuma. Rantai yang diperbuat daripada siput. Tak boleh gadai pun. Kalau ada yang nak gadai aku libas korang dengan rantai tu then ikat baling dalam sungai Pahang. 


Tengok dekat leher Syazwan tu rantai siput tu. Macam tasbih pun ye gak


Haaa dekat dalam ni siapa siapa nak cari souvenir memang best sebab ada banyak pilihan especially untuk perempuan. Kalau yang pergi dengan husband tu korang seret husband pergi tempat ni and kata dekat dia wajib masuk sebab kat sini ada variety of bracelets. Yang daripada pearl ada, permata ada. Korang tinggal nak bawa duit je. Yang suami nak kena bayar tu make sure bini bini korang tu ambil yang paling murah. Gelang tikam tikam pun ada juga kat sana. Haaa beli yang tu. 10 utas pun mampu milik. Aku dalam ni tak beli banyak barang sangat sebab banyak dah aku habiskan beli kraftangan dekat Davao. Yang aku nak pergi habiskan duit sekarang dekat shopping mall je.

Next place, Intramuros.

Actually gambar aku kat tempat ni sangatlah banyak tapi sebabkan apa entah button yang aku dah tekan dekat camera aku, aku terdelete beberapa gambar cantik cantik aku kat dalam ni. Rasa nak marah tak boleh sebab salah sendiri kan. Kalau salah orang lain, aku dah hentak kepala dia dekat sinki.


Korang boleh beli ticket dekat sini. Maaf aku betul betul lupa berapa harga dia. Korang boleh google


Gossip girls yang kat mana mana pun gosip tu menjadi salah satu benda paling wajib


Mula mula aku macam terkejut juga siapa takda muka kat belakang tu rupanya benda tu standee untuk
ambil gambar. Baru nak submit kat pakcik seekers


Kawasan dekat sini sangatlah besar and semua tak larat dah nak jalan even banyak lagi bangunan yang cantik cantik ada dekat depan. Ada yang dah berehat bawah pokok and ada yang start ajak balik sebab kawasan dia terbuka so nak berteduh pun bawah pokok je even tempat dia lawa. Bayangkan dia punya area 166 acres. Memang tak akan larat nak habiskan dalam satu masa. So bila dah tengah hari mestilah lapar. Next tempat makan dekat Dusit Thani Hotel, Manila sebelum pergi shopping petang tu. Masa perjalanan tu semua diam je sebab keletihan. Yang aku siap baring dekat seat belakang. Baju memang komot habis macam baru lepas keluar dari washing machine.


Nasi Briyani dia serious sedap sampai aku bertambah. Tak tahulah sebab lapar ke apa


Mestilah area yang jadi favourite aku! Kalau bawa luggage aku dah hangkot masuk dalam luggage


Sebenarnya ada banyak je makanan best best and untuk air korang boleh order juga apa yang korang nak minum. Kalau korang tiba tiba nak order air zam zam ke itu memang minta kena ketuk dengan waiter dekat sana. Bila dah habis makan, ada kawan aku sorang ni pula food poisoning. Maybe sebab banyak sangat benda dia sumbat sampai perut pun terperanjat mana satu dia nak hadam agaknya. Lepas dah okay sikit perut dia, we guys teruskan berjalan and singgah solat dekat Pasay Mosque. Sini area dia banyak juga muslim and semuanya sopan sopan je. Tapi kalau ada yang ganas tu memang ganas betul. 

Nak dijadikan cerita, lepas aku solat tu ada satu pondok tepi masjid tu ada ramai orang pegang senapang and kebetulan pintu masuk pula area situ. Aku punya tour guide pula entah mana entah dia merayap. Maybe sebelum ni tempat ni ada rusuhan ke apa ke. Tengah aku jalan jalan buat tak tahu, tiba tiba kena sapa dengan abang senapang.

Abang senapang: "From where?"
Aku: "Malaysia"
Abang senapang: "Come here, stay here"

Aku pun mula cuak dah dia nak buat apalah dengan tangan ada senapang tu. Ke tu senapang main main?

Then aku pun balas, "No no, I'm with someone and she's waiting for me outside".


Then adik aku terus tarik tangan aku keluar dari area situ. Cuak cuak kambing jugalah. Kalau dia tak pegang senapang aku tak kisah, tapi masalahnya tangan dia ada senapang. Takot aku even entah entah itu pengawal keselamatan situ sebab nak jaga keselamatan area situ. Thank you abang senapang ajak saya duduk tapi saya tak nak. Abang duduk la sorang sorang.


Jangan cakap sini tak ada masjid. Bersih and yang penting kau akan tengok macam mana culture Islam
dia dekat sini. Terpegun kejap


Masjid dia banyak tiang so pakcik ni semua ambil chance duduk then tidur. Cabut tiang tu kang 
terjongkang dia terjatuh agaknya.


Lepas solat plan kitaorang shopping dekat Greenbelt. Shopping terbesar dekat Manila ni kalau tak salah aku sebab dia ada Greenbelt 1, 2 3 and etc. Tinggal larat dengan tak larat je korang nak berjalan area situ. Kalau tak larat aku suggest awal awal beli kasut roda bawa sana. Kat sinilah aku kerja beli macam macam benda sampai aku tak teringat nak ambil gambar mall tu. Aku fikir kena beli cepat nanti dah balik hotel and esok dah balik Malaysia. Around pukul 6 macam tu kitaorang dah kena stop shopping sebab Syazwan nak kena balik dulu ke Singapore sebab esoknya dia kena kerja. Sedih la pula sebab daripada beramai ramai then tinggal sikit je geng.


Apahal entah aku tunjuk tangan macam tu padahal tak berniat pun nak suka dia balik


Lepas Syazwan dah ke airport. Semua dah keletihan and fikir nak makan and nak balik hotel rest. Mana taknya nak ke tempat makan pun kena redah jammed so semua ambil peluang nak tidur dalam kereta. Apa tour guide tu pot pet pot pet aku pun tak tahu yang aku tahu tahu je dah sampai tempat nak dinner, Makati Shangri La, Manila. 


Tengok tangga tu pun aku dah tak larat nak daki. Nasib baiklah tak kena daki padahal ada je lif.


Ok dah nak makan and macam biasa, kena make sure makanan halal. Jangan main bedal je mana kau nak makan.


Yang selalu jadi perhatian aku kat mana mana and aku tak pernah bosan.


Ada cerita juga dekat sini! Ok ceritanya kawan aku ni nak makan dimsum and dia tanyalah chef dekat situ yang benda tu halal ke tak sebab aku tengok benda tu pun dah tempting gila. Punyalah tekun and berdebar debar tunggu jawapan dia, sebab kat sini ada halal area ada non-halal cumanya kita kena tahu betul betul mana satu area dia. If kau rasa macam pelik lain macam tu cepat cepat angkat kaki. And chef tu balas, "HALAL!". Aku dengan kawan aku masa tu rasa nak joget pom pom. Dah ambil ambil makanan ni. Tiba tiba ada satu chef ni approached kitaorang. 

Abang Chef: "Where are you from?"
Me: "I'm from Malaysia and my friend from Singapore"
Abang Chef: "Ohh I'm also from Malaysia and I'm working here as a chef. Nice to meet you guys. I'm so sorry to inform you guys but this food is non-halal"

OH DAMN IT!


Nasib baik masa ambil tu tak terus sumbat dalam mulut. Then dia pun pos pes pos pes dengan chef tu then abang chef Malaysia tu bagitahu yang dalam tu ada pork. Ada aku pukul juga chef yang cakap benda ni halal ni kang. Ke ada prank camera kat area sini? And rasa terharu (tipu sikit) chef from Malaysia tu sendiri offer diri dia untuk bawakan and tunjuk kitaorang tempat makan halal. Even kat area situ pun pinggan halal tak campur dengan non-halal. Yang buat rasa best sangat bila dia offer untuk masakkan kitaorang makanan halal apa apa je we guys minta. Yang kitaorang ni pula bila orang dah offer semua muka tak tahu malu. Macam macam order. Rupanya Abang Chef ni baru je transfer dekat Manila ni from Shangri La Hotel KL. Thank you Abang Chef!


Order macam macam then tak larat nak habiskan. Manusia tamak selalu rugi


Bila dah habis makan semua tak fikir apa and tak nak jalan mana mana dah sebab semua nak balik rest and nak kena packing barang sebab esoknya pagi dah nak balik and nak check out hotel. Kalau esok nak packing memang tak sempat sebab takut tiba tiba terlajak tidur ke. So dalam letih letih tu gigihkan juga la mengemas even mata ni dah kejap kejap pandang katil.


LAST DAY, April 21, 2016

Harini semua muka segar je bangun and awal awal pagi semua dah terpacak dekat lobby sebab nak pergi makan sama sama. Selalu makan berlapan, tapi pagi ni berenam je. Rasalah macam tak complete tapi harini semua nak balik dah. Since harini nak balik, so semua pakat nak makan puas puas and dalam flight nanti tidur je and takdelah teringat makanan best best dekat sini. 


Raudha dengki pergi tutup kepala aku. Crop gambar dia kang baru tahu


Pagi pagi selera tak ada sangat. Padahal tadi beria cakap nak makan puas puas


After makan semua dah berangkat ke tempat masing masing sebab ada yang balik Singapore, Indonesia and aku Malaysia. Tapi waktu flight tak sama. Flight aku paling last tak guna betul. So tamatlah trip aku ke Manila! Nak dekat setahun aku habiskan untuk taip benda ni je sebab macam macam nak kena fikir. Kerja pun banyak juga. For those yang belum baca update aku yang sebelum ni, korang boleh click link dekat bawah.

Trip to Philippines: Davao (Click!)


Thank you guys! See you again.


NOTE: Lepasni kalau aku travel mana mana, entah entah 2018 baru kau dapat baca update aku la kot?


TWITTER: @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK: Aizat Abd


3 comments: