“Tanpa, cintamu aku resah… Tanpa, kasihmu aku hampa… Tanpa, dirimu aku mati… ohhh… Tanpa, cintamu aku resah… Tanpa, kasihmu aku hampa… Tanpa, dirimu aku mati…” kedengaran lagu dari 6ixth Sense yang menerjah telinga Eijat melalui iPodnya sambil dia sedang berjogging di taman sekitar rumahnya. Udara pagi yang segar membuatkan anak muda ini berasa sangat tenang. Dia berhenti seketika untuk merehatkan dirinya sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Sudah lama dia tidak berjogging kerana masanya hanya dihabiskan di pejabat. Muhd Eijat Shah Benjamin bin Abdullah Benjamin lahir dari keluarga yang serba mewah namun kemewahan itu tidak dianggap miliknya tetapi dia sentiasa bekerja keras untuk menjadi seorang yang berjaya seperti ayahnya. Atas hasil usahanya, dia berjaya menjadi seorang Arkitek muda yang berjaya. Namun, kejayaan itu terpaksa dikongsi bersama rakan-rakannya kerana sebelum dia berjaya menamatkan pengajiaan, kedua ibubapanya telah menghadap Ilahi kerana terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.
“Aduh…!” jeritan seorang wanita menyedarkan Eijat dari lamunan.
Dia mencari-cari dari mana datangnya suara tersebut dan pandangannya terhenti tatkala melihat seorang wanita terjatuh dan seperti mencari-cari sesuatu. Lantas, dia bergegas ke tempat tersebut.
“Cik tak apa-apa?” soal Eijat kepada wanita tersebut.
Wanita itu menoleh. Eijat terpaku dengan kecantikan wanita tersebut. Kehalusan wajahnya, kecantikan matanya dan rambut lurusnya kemas tersisir menutupi sebahagian mukanya.
“Err, maaf. Boleh tak awak tolong saya?” soal wanita tersebut sekaligus menyedarkan Eijat.
“Bo.. Boleh. Cik nak saya minta tolong apa?”.
bersambung....
nice..bile nk smbung tu..
ReplyDeletetengs DUDE . dari semasa ke semasa saya akan post sambungannya :)
ReplyDelete