“Maaflah kalau saya bertanya. Cik tidak boleh melihat ke?".
Wanita itu terdiam seketika. “Sa..Saya buta. Tapi tak apalah. Saya boleh cari sendiri. Terima kasih ya sebab susahkan awak je.” Jawab wanita tersebut lalu mencari-cari tongkatnya.
“Ma..Maafkan saya awak sebab soalan saya tadi. Saya tak bermaksud macam tu. Ta.. Tapi tak apalah, saya hantar awak balik ok”, kata Eijat seakan kesal dengan pertanyaannya tadi.
“Eh, tak apalah. Saya boleh balik sendiri. Lagipun saya dah biasa jalan kat sini. Rumah saya pun hampir je dengan kawasan ni. Di Taman Kota Laksamana. “ kata wanita tersebut.
“Taman Kota Laksamana? Saya selalu melalui jalan tu bila nak balik ke rumah saya. Satu jalan je kita ni. Mari saya hantar awak balik ok”, kata Eijat.
“Err, tak menyusahkan awak ke? Kata wanita itu seakan ragu-ragu.
“Saya ok je. Mari.” kata Eijat lalu memegang tangan wanita itu. Wanita itu terdiam seketika.
“Saya Eijat, Muhd Eijat Shah Benjamin. Awak?”.
“Saya I..Isya, Anyss Ellysya”, jawab Isya.
“Cantik nama tu, macam awak. Ok, sebagai tanda perkenalan kita, saya belanja awak makan ok”, kata Eijat memimpin tangan Isya.
Kelihatan muka Isya sedikit kemerahan. Angin bertiup sayup mengiringi langkah mereka seakan gembira dengan perkenalan antara mereka.
bersambung....
No comments:
Post a Comment