"... Isya tak dapat memberi apa-apa pun kepada Eijat. Isya ibarat tunggul kayu yang menunggu masa untuk reput. Tiada gunanya lagi Eijat”, kata Isya memegang tangan Eijat.
“Isya, dengar apa yang Eijat cakap. Walau apa pun yang terjadi, Eijat akan sentiasa di hati Isya. Sentiasa menemani Isya. Sudah ya. Isya jangan fikir lagi tentang tu. Eijat akan membantu Isya mengubah hidup Isya. Hari sudah larut petang ni. Mari Eijat hantar Isya pulang”, kata Eijat mengakhiri perbualan mereka.
Mereka menyusun langkah menuju ke kereta sambil diiringi kicauan burung yang menghiasi suasana senja.
* * *
3 Bulan Kemudian…
“Apa yang Eijat beria-ia sangat nak jumpa Isya nie sampai tak boleh tunggu waktu petang? Ada hal penting ke yang Eijat nak cakap?”, kata Isya setelah berkali-kali Eijat memintanya berjumpa seawal pagi di tempat biasa mereka bertemu.
“Memang Eijat ada berita penting sangat. Eijat harap Isya jangan terkejut and tenangkan diri ok”.
“Ish, Eijat nie buat Isya gementar lah. Cakap sajalah apa yang Eijat nak cakap”.
“Sebenarnya Eijat… “.
“Sebenarnya apa Eijat. Cakap jelah”, kata Isya seakan resah dengan kata-kata Eijat.
“Sebenarnya Eijat dah……”
bersambung....
No comments:
Post a Comment