APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, April 18, 2011

TANPA

PART IV (cont'd)



"....mata Isya disahkan buta. Doktor cakap penyakit ini disebabkan Isya dilahirkan tidak cukup bulan. Masa tu Isya rasa dunia Isya gelap. Isya terpaksa menamatkan persekolahan kerana masalah tersebut. Impian Isya untuk menjadi model yang berjaya untuk membantu ayah terpaksa Isya lupakan. Setahun kemudian ayah jatuh sakit dan meninggalkan Isya. Isya dihantar ke rumah anak yatim. Di situlah segalanya bermula. Isya dibimbing menjadi seorang insan yang berdikari. Isya berjumpa dengan rakan yang senasib dengan Isya. Setelah meningkat dewasa, Isya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah anak yatim untuk belajar berdikari. Isya membantu rakan Isya yang mana juga senasib dengan Isya di rumah anak yatim tersebut dengan menjual kuih. Dapatlah Isya menambah pendapatan dan menyewa sebuah rumah. Isya tak ada siapa-siapa lagi di dunia ini sehinggalah Isya berjumpa dengan Eijat. Bagi Isya, Eijat lah yang menambah keceriaan dalam hidup Isya. Tapi Eijat, Isya takut. Isya takut Isya menjadi beban kepada Eijat dan Eijat akan meninggalkan Isya keseorangan....”, 
 
Suara Isya terhenti tatkala Eijat memegang pipinya.

“Isya, jangan sekali Isya cakap macam tu lagi. Eijat tak pernah anggap Isya sebagai satu beban buat Eijat. Bagi Eijat, Isya adalah sinar dalam hidup Eijat. Isya yang selalu memberi kekuatan kepada Eijat. Eijat juga tak ada siapa-siapa dalam hidup Eijat, Isya”. 
 
Airmata Isya mengalir perlahan membasahi pipinya. 
 
“Terima kasih Eijat. Tapi Eijat...." 
 
bersambung.....

1 comment: