bersambung....
Friday, April 22, 2011
TANPA
PART IX (cont'd)
“Eijat, Isya dah menunaikan cita-cita Eijat untuk melihat Isya mencapai impian Isya”, bisik hati Isya sambil tersenyum di hadapan banglo mewah miliknya.
“Alangkah bahagianya Isya jika kejayaan Isya ini dapat dikongsi bersama Eijat. Namun Eijat, Isya sentiasa tidak menganggap Eijat sudah tiada. Bagi Isya, Eijat sentiasa memerhatikan Isya”, bisik hati Isya lagi.
Setelah dua tahun melakukan pembedahan pertukaran mata, Isya menyertai ujibakat mencari model iklan dan dia terpilih untuk ujibakat tersebut. Semenjak daripada itu, namanya terkenal di serata Negara. Namanya gagah mendaki tangga kejayaan sehingga dinobatkan sebagai model yang paling berjaya. Semua itu dilakukan demi cintanya kepada Eijat. Kejayaan demi kejayaan telah dikecapinya. Rasa rindunya kepada Eijat masih lagi tidak pudar. Tiada cinta lain baginya selain daripada cinta Eijat.
“Cik Isya, kita dah sampai ke tempat yang Cik Isya minta saya hantarkan”, kata pemandu Isya, Pak Cik Hamid.
“Baiklah pak cik.. Terima kasih.. Nanti bila Isya nak pulang, Isya telefon Pak Cik ya”, kata Isya lalu menyusun langkah menuju ke tempat yang mana mempunyai banyak memori dia bersama Eijat.
Sudah lama dia tidak ke tempat itu. Terasa segar di dalam ingatan kenangan dia bersama Eijat. Ingin sahaja dia putar kembali waktu dulu saat Eijat selalu memetik gitar menyanyikan lagu “Tanpa” buatnya. Angin segar menghembus menyapa rambut Isya yang tersusun kemas di telinganya.
Langkah Isya terhenti tatkala melihat kelibat seorang lelaki duduk di tempat yang selalu Eijat dan dia bertemu. Hatinya tiba-tiba berdebar. Dia seperti dapat merasakan sesuatu perasaan yang aneh. Perasaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Lalu, dia mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat tersebut.
“Maaf encik, encik ni siapa?”
No comments:
Post a Comment