APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, May 12, 2011

INILAH CINTA

PART V (cont'd)





".....jarum jam di tangan Danni telah menunjukkan angka 1. Apabila menyedari keadaan tersebut, tergesa-gesa Danni mencapai kunci keretanya dan berkejar turun untuk ke kereta tanpa sempat menutup komputer riba miliknya. 


“Matilah aku macam ni”, bisik hati Danni sambil tergesa-gesa mengeluarkan kunci dari poketnya. 


Danni menghidupkan enjin kereta BMW miliknya dan memecut ke destinasi yang telah dia janjikan pada Dania. Setelah meletak kereta di lot parking, Danni mengunci kereta dan mempercepatkan langkahnya menuju ke pintu masuk pusat beli belah tersebut. Sudah Danni boleh agak reaksi muka Dania nanti sebab dia lambat sampai pada waktu yang ditetapkan. 


Dari jauh Danni dapat melihat kelibat Dania yang bercekak pinggang dan memandang ke arahnya. Danni hanya mampu tersengih. 


“Jam tangan kau rosak ke? Aku yang hanya naik teksi pun boleh sampai tepat pada masanya”, kata Dania menyindir Danni sambil memandang pelik kearah seluruh tubuhnya dari atas sampai ke bawah. 
“Nak pergi Prom Night ke?”, katanya menyindir lagi. 


“Kerjalah. Tak macam kau duduk rumah and tahu shopping je. Kira dah baik aku datang walaupun pakai coat. Kereta kau masih kat bengkel rupanya. Kenapa tak cakap kat aku. Boleh aku datang ambil kau”, kata Danni tersenyum. 


“Kalau nak tunggu kau datang ambil aku? Huh, tak payahlah. Hitam kepanasan aku nanti”, kata Dania menyindir lagi. 
“Disebabkan kau lambat, kau yang kena belanja aku today”, kata Dania mencebikkan bibir ke Danni. 


“Kalau aku tak lambat pun aku tetap kena belanja kan. Aku dah masak dah dengan perangai kau”, kata Danni sambil mengangkat kening kepada Dania. 


“Dah, jom lunch dulu. Perut aku dah hantar mesej kat tekak aku kata lapar”, kata Danni dituruti ketawa pendek. 


"Walaupun sedang marah, wajah Dania tetap kelihatan cantik", bisik hati Danni. 


Setelah memesan makanan, mereka hanya berbual-bual seperti biasa. Tiba-tiba Dania terdiam dan merenung tepat ke muka Danni. 


“Kenapa muka dengan bibir kau pucat? Kau tak sihat ke?”, soalnya hairan sambil tangannya menyentuh dahi Danni. 


Danni tergamam seketika dengan soalan yang diajukan oleh Dania. 


“Eh, taklah. Aku ok je. Mungkin kurang tidur kot. Banyak kerja nak kena buat lah. So, aku takda banyak masa nak tidur”, balas Danni dengan pantas. 


“Kau jangan nak bohong aku, aku tahu tu bukan disebabkan sebab kau kurang tidur. Kalau kurang tidur mata kau yang bengkak and kau akan selalu menguap. Ni tengok kau menguap pun aku tak nampak”, soal Dania keraguan. 


“Serious Nia aku tak apa-apa. Kan aku dah cakap aku ok. Aku sihat walafiat and boleh pergi kerja kan?”, kata Danni menyoalnya kembali. 


“Aku dah kawan dengan kau lebih 15 tahun, Danni. Setakat muka tak bermaya kau sekarang ni aku tahu mesti ada sesuatu yang kau sorokkan dari aku. Kalau kau sakit, jom kita pergi klinik sekarang. Kalau tak sihat macam mana kau nak uruskan kerja kau?”, soal Dania serius. 


Walaupun sifat Dania yang kebudak-budakan, tetapi dia akan mengambil serius terhadap sesuatu perkara lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan sahabat karibnya, Danni.


Kepala Danni bercelaru memikirkan alasan.


"A...A...Aku......"


bersambung...

No comments:

Post a Comment