ASSALAMUALAIKUM
seperti keselaluannya , meng-hupdate blog memang kena sebab memang ada je benda yang kita nak taip kan dalam ni bagi semua orang baca . kenapa kena baca ? sebab dah terpapar and dah terbuka kan so kenalah baca even mata dah tak boleh nak bukak sekalipun , paksa guna pencungkil gigi . eh eh eh , kenapa dengan tajuk entry kali ini . ishhh , nak tahu jugak kenapa ? mai mai kita tekan ke bawah untuk tahu apa yang aku cuba maksudkan .
PESAN IBU ?
dari dulu hingga sekarang ibu selalu beri pesan kat kita . even kita dah banyak kali dengar pun kita tetap juga akan diingatkan . macam aku , setiap masa selalu ibu akan pesan kat aku . Ibu Norry tak pernah bosan bagi nasihat kat aku and adik adik and abang aku , pesan setiap kali bila ke mana mana nak pergi atau kat rumah sekalipun . and masih terngiang ngiang lagi kat telinga ni pesanan tu . and bila nak buat something , mesti akan teringat perkara ni dulu sebelum buat sesuatu .
PERTAMA , jangan leka bila belajar , kalau leka nanti tak dapat apa yang diajar , fokus bila ada kat kelas and banyakkan buat latihan .
KEDUA , jangan asyik fikir nak bercinta , umur tu baru belasan lagi , panjang lagi perjalanan , fikir dulu kerjaya , jadi orang berjaya dan jodoh akan tiba .
KETIGA , jangan nakal nakal , jaga nama baik keluarga , jangan malukan keluarga .
KEEMPAT , belajar rajin rajin , mirul sendiri yang tentukan masa depan , nanti bila jadi orang senang , mirul sendiri yang senang , ibu cuma nasihat .
KELIMA , hormat orang tua walau kat mana mana sebab kalau kita tak hormat orang tua , melambangkan sikap kita yang sebenar .
KEENAM , kemas bilik jaga kekemasan diri , kalau selekeh melambangkan identiti kita , kalau kemas , disiplinlah sikap kita .
KETUJUH , jangan tipu ibu ayah , hidup tak berkat , kalau betul kata betul , kalau salah kata salah .
KELAPAN , jangan salah pilih kawan , kalau salah pilih , pilih kawan yang baik jangan pilih yang nakal , jika nakal kawan kita , kita juga akan terjebak jika sikap nakal mereka .
KESEMBILAN , jangan lupa solat , baca yaasin , berdoa sebab tanpa tu , susah nak berjaya .
KESEPULUH , hormat ibu dan ayah , kelak syurga akan menunggu .
tapi , tak pernah ibu meminta kami menjaga mereka , mengirimkan duit kepada mereka jika sudah berjaya . ibu selalu cakap "kalau ada , adalah , kalau takda , takdalah , yang ibu nak tengok , korang berjaya" . memang setiap ibu dan bapa tak harapkan semua itu untuk mereka , yang penting , anak yang dikandungnya menjadi orang yang berjaya kelak untuk kesenangan hidup anak anak mereka . and Ibu Norry , jangan risaulah , hero kat rumah ni banyak boleh jaga ibu dan ayah . nak nak ada anak gadis ibu sorang kan yang ibu selalu dok pot pet kuchi kuchi dengan dia kan , even ibu tak nak pun susahkan kami bila dah tua . kami nak juga jugak , boleh ? kan kan . takkk , ini bukan setakat cakap je tapi betul . siryes . dah lama kan jaga kami dari besar tapak tangan and sekarang dah besar lebih tinggi dari ibu , tinggi kan ? jeles lettu . ehe . ni nak taip ni baca le
SAYA SAYANG IBU DAN AYAH SAYA !
boleh kan ? balas lah balas lah . so , nak mekdi ye lepas ni . hahaha
NOTE : walaupun kau masih muda , aku tetap akan melindungi ibu dan ayah .
No comments:
Post a Comment