APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, November 16, 2011

kbai semua

ASSALAMUALAIKUM

kesempatan di tengah malam yang hening ni aku ambil peluang nak ucapkan congrats untuk member yang pergi ke program penerapan ke penyerapan ke ape tah lantaklah ejaan yang mana satu tapi isi utama aku nak ucapkan tahniah and semoga berjaya bergelar pelajar Sarjana Muda nanti , tak kiralah apa course sekalipun , tahniah . walau macammanapun ramai juga yang tanya aku tak pergi ke fastrek , maaf guys , aku tak pergi . eventhough mohon and dapat , aku tak pergi . ilmu di dada tak cukup lagi untuk bergelar sarjana . biar aku habiskan tapak diploma ini dulu sebelum bergelar sarjana . part 3 atau semester 3 tak cukup ilmu bagi aku untuk melangkah ke ijazah part 2 kalau tak salah aku . kalau ada member kelas yang pergi , sem depan , kelas menjadi semakin lapang , muatlah aku nak tidur terbaring kat dalam kelas nanti , lagipun aku boleh dok bising bising dalam kelas bila tak ramai ini . melampau kan ?

tamat dah cerita tentang program penyerapan ke degree ni , so masuk cerita lain pulak . hang semua nak dengar apa cheq habaq , dengarlah , tak mahu , pi main jauh jauh . tahniah lagi aku nak ucapkan juga untuk cousin aku yang dapat intake untuk kemasukan pada pagi ini memandangkan dah masuk hari rabu kan pagi ini . so aku nak ucapkan selamat datang ke perak negeri indah berbilang kaum tu , indah kan ? haha . so jumpa nanti kat kampus . aku tak dapat ikut kau harini nak masuk and aku harap kau tabah , berusaha menamatkan minggu orientasi kau yang menjadi ia satu mimpi buruk kat sana sepanjang kau belajar , betul , mimpi buruk . baik kau jangan baca entry ni sekarang sebab nanti kau tak nak masuk kat sana .

and kepada yang rajin baca blog aku , mungkin blog aku tak sehebat blogger yang lain tapi sokongan korang yang sentiasa membaca walaupun tengah berak ke , tengah menikah ke , tengah bekerja , berlari , aku ucapkan thank you very much and aku akan terus tulis cerita yang boleh menjadikan korang senyum bila baca , kalau tak senyum , geletek tapak kaki sendiri , ok ?


NOTE : kbai , selamat pagi !


No comments:

Post a Comment