APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, December 18, 2011

life

ASSALAMUALAIKUM

gigih aku bukak laptop sambil buat kerja aku yang melambak satu katil ni semata mata nak tuliskan idea aku yang dah nak terkeluar daripada kepalahotak aku ni . so baik aku tulis sebelum aku dah takda mood nak cerita . tapi tengah lepaking , aku dengar orang cakap kerja banyak sana sini . aku senyum , aku dengar awek gaduh sana sini , aku senyum , aku dengar mengumpat sana sini aku senyum . kenapa aku senyum ?




aku bukan nak cakap aku gila senyum sorang sorang tapi aku senyum sebab aku dah nampak macam mana kehidupan kat dunia ni . dulu , kita rasa macam kat dunia ni kita boleh dapat semua yang kita nak . nak kena pelempang ? kalau tak betul betul perepared , dunia tak selamat , apatah lagi akhirat . setiap hari mesti ada dugaan kan . kadang kadang rasa macam nak menjerit pun ada , macam jerit ala ala pontianak kampung batu yang buat aku tergelak tengok didie alias beraksi , akak memang hebat . haha . ok aku bukan nak cerita pasal pontianak kampung batu . so bila tengok orang ada masalah kita fikir kita tak ada masalah , bukan ! just tunggu masa je sebab hidup kat sini memang macam macam pancaroba kita akan tempuh .

bila kita happy , kita lupa waktu susah kita . sebab kalau kita ingat waktu susah kita , kita akan menjadikan ia pengajaran . aku bukan suruh record ape bagai time susah korang tu , aku just suruh beringat je faham ? macam orang dulu dulu cakap , bersusah susah dahulu , bersenang senang kemudian . oh kononnya dah rasa senanglah korang bila korang dah susah dulu , pandang dari sudut lain , jadikan susah tu pengajaran untuk kesenangan sentiasa . lagipun tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan melainkan korang duduk tidur tak settlekan , memang nak kena humban dari tingkat tujuh belas . nak nak bila dah ada pelbagai kemudahan and laman sesawang sekarang ni kan #siapa tak tahu laman sesawang sila search sendiri . bila dah ada , berak pun nak kena cakap kat satu dunia , kau ada ? WTF ! macam mat salleh katakan . aku tak cakap , dia yang ajar . so bila dah jadi macam tu semakin gembira leka , kadang kadang aku pun macam tu , ye ye aku tahu korang rasa macam nak belasah aku kan sebab aku pun sama . sebabtu aku tulis benda ni supaya bila aku baca aku yang terkena .

sebenarnya LIFE ni kalau kita pandai atur , pandai warnakan , serious indah kehidupan dunia akhirat korang , yang penting hati , dekat dengan Dia , insyaAllah bahagia dunia akhirat . sebab setiap yang berlaku ada hikmah . contohnya kalau kita ditinggalkan gelpren kita #mesti nak cakap kat FB , mesti kita sedih bagai nak mati , yeke ? jangan risau sebab kalau dia tinggalkan korang maknanya dia tak sesuai untuk korang , yang datang next mungkin untuk korang . sebabtu aku cakap life ni kena mesti hadapi dengan tenang . jangan sikit sikit bila putus cinta nak bunuh diri , meh aku terajang masuk gantikan orang kena hukuman gantung tu , sukahati je nak bunuh diri . nyawa tak boleh topup awak oi , bukan macam battery . kalau battery aku pun nak cabut jap supaya aku boleh tidur puas puas lepastu bangun makan . best best . jadi bila dah ada kehidupan sekarang ni bersyukur . jangan mengeluh , kang kena hantar kat somalia baru tahu . fikir kejap kalau waktu kita susah , ada orang yang lagi susah daripada kita . tu je kena ingat . so bila dapat apa apa , bersyukur je .

LIFE , kalau kita teruskan kehidupan dengan bahagia , mesti semua akan suka gembira tanpa ada sengketa , tapi ingat , kehidupan hanya sementara sebab kat dunia ni hanya persinggahan kita , bila bila masa akan berakhir tanpa kira cepat atau lambat walau sesaat . sebab kalau dah terlambat , tiada guna lagi , sekali lagi hargailah kehidupan anda !




NOTE : warnakanlah kehidupan anda kalau nak dia cantik macam pelangi


No comments:

Post a Comment