APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, January 8, 2012

this is my trip , peace !

assalamualaikum

hello guys , lama kan tak dengar cerita dari aku , takpe bukan korang baca pun blog aku sebabtu aku tak banyak tulis dah sekarang . ada rasa macam nak lempang aku tak ? ok jom lempang sebab aku pun nak cerita pasal trip aku ke penang yang agak bosan lah tapi aku selit selit sikit elemen ketawa boleh ? and ada elemen seram juga , tapi takdalah sampai seram korang rasa macam nak terkentut kentut banyak kali sebab benda ini happen kat diri kitaorang sendiri and that was a true story , ok jom kita cerita ok ?

#1st DAY

first day aku sampai , memang awal gila bertolak sebab diorang semua cakap pukul 8 dah bertolak tapi macam hampeh sebab pukul 10 sebenarnya bertolak . takpe aku kan cool so bolehlah aku take some breakfast before aku pergi ke sana . then tengah borak borak tak sedar dah pukul 10 , kan aku dah kata sekejap je kan . then naik bus sebab semua mestilah nak naik bus pergi sana kan . tak tahulah pulak aku kalau kalau ada sediakan perkhidmatan kereta . so aku pun naik dah start online pergi tweet sana sini macam tak reti nak buat kerja lain . then sampai kat penang around pukul 1 lebih and check in hotel . ok , not bad sebab ada dua bilik per room and ada 6 orang per room . then kemas kemas barang sebelum pergi kat koridor untuk take some beautiful picture and beautiful view yang boleh aku tengok daripada hotel aku tingkat 11 . ok tinggi and rasa ngeri bila pandang bawah . kalau jatuh , sure terperosok kat hospital untuk sekian lama . ok , for sure aku sediakan gambar untuk korang tengok sebab macam korang tahu kan , setiap gambar ada lagu #tibatiba !

this view , seriously suka !

pandangan depan , suka ?

sunset , memang best !

then after dah rest and around pukul 230 tu keluar sebab need to view our site , kami ke sini bukan melancong tapi melancong sambil belajar . agak kelam kabut tak ayat aku ? then dalam petang yang panas tu pergilah site yang serious panas and takda pokok nak aku duduk , kau pernah rasa kan macam mana , ok kalau tak pernah rasa pergi cuba . then siap pergi beli makanan ape bagai sebab nak duduk situ bukan sekejap , lama , then lepas kerja dah siap , aku pun duduk rehat sementara lecturer entah mana pergi pun aku tak tahu , tapi muka penat memang tak bolehlah nak kata macam mana kann .

boleh pulak buat iklan kan , kau ada ?


lepastu after balik tu tengok jam macam dah lewat nak swimming kat bawah sebab dah nak pukul 7 , macam biasalah kalau swimming pool selalu close around 7pm . then naik atas jelah mandi dalam bathroom lagi senang kan . sebab malam ni pun nak keluar dinner and nak pergi nightmarket sebab orang kata nightmarket kat sini memang terbaik , ok aku nak pergi tengok macam mana terbaik tu . then boleh gak aku beli apa apa yang aku nak beli kan . sunset petang memang mengujakan sebab aku rasa macam nak pergi kejar dia ke sana , eceh mengalahkan aku boleh terbang kan ke sana . but then sempatlah aku tengok kolam kat bawah tu yang aku tak sempat nak jejak kaki badan dan segala anggota badan ke dalam air tersebut .


lepas isyak semua dah get ready untuk keluar and disebabkan ramai nak pergi ke sana , aku and group aku decide nak pergi makan dulu sebab lunch dah pukul berapa tadi then nak sampai ke dinner memang lama . kira macam perut ni dah kosong habis lepas membuang segala kumuhan di badan . tak payah fikir apa aku cakap tadi sebab kotor . after dah take some dinner kat McD sebab situ je yang ada makanan , kedai melayu memang susah nak jumpa , kami pun starting pergi ke nightmarket . ok aku admit betullah apa orang cakap , nightmarket dia memang best and aku tahu kenapa kat sini ramai orang . then berjalan jalan agak lama tapi memang tak snap satu gambar pun kat sini sebab terlupa lagipun sesak kan memang tak lah nak posing posing bagai . then balik hotel nak dekat pukul 12 , sorang membe aku ni dia boleh pulak main main cakap siapa duduk paling belakang hantu ikut dia . then semua larilah siap ajak orang lain lagitu , semua masuk lif lepastu ketawa ketawa , cehh bukan main seronok lagi . then membe aku ajak berjalan jalan pergi tingkat 33 saja je tekan lif then aku layankan aje , kitaorang kira berempat dalam tu . aku dah starting rasa macam agak seram sebab makin naik tingkat bila lif terbuka sunyi , then bukan ada orang pun nak naik , then sampailah kitaorang kat aras kitaorang , then bila sampai depan pintu , aku tengok membe aku tengah ketuk pintu laju laju sambil tekan loceng hotel laju laju , aku tanya dia , bob #membeaku , takda ke ? then dia pandang kitaorg dengan muka marah and terus masuk bilik , kitaorang pun tak expect apa apa and terus masuk tak tutup pintu . bila dah salin aku keluar balik , aku tanya , kenapa tak tutup pintu , dia kata dia tak perasan . then tengah aku duduk hadap lappy , tiba tiba membe aku masuk kata membe aku , syuk dah lain , syuk tu membe aku masa aku jumpa kat pintu tu . then aku and mel pergi jengah dia , at first aku pandang dia , dia pandang aku balik dengan muka marah and pucat , ok serious aku meremang , aku masuk bilik balik and aku duduk atas katil . nasib baik bob tahu sikit sikit ilmu nak halau benda ni , at first dia mandi dulu sebab nak bersihkan diri dia . then dia ajak semua keluar . aku pun keluar sekali , serious semua dah meremang , syuk cerita yang dia didamping oleh something sebab membe perempuan aku yang juga didamping ajak naik tingkat 30 padahal takda siapa duduk tingkat 30 , then syuk tengking budak perempuan tu , and bila keluar lif budak perempuan tu pengsan and ada seseorang pegang kaki syuk , then rasa ada benda yang duduk kat bahu dia . ok serious aku dah cuak , bob suruh semua baca apa apa surah , aku mel khidir kirr and syukk semua baca surah sementara bob nak keluarkan benda tu sebab benda tu dah ikut masuk dalam hotel sebab kitaorang masuk tak bagi salam . ok fine aku dah rasa lain . tengah tengah aku baca surah tu tiba tiba ibu jari aku rasa sakit , then sendi aku kat kaki semua sakit , then naik ke tangan , bulu roma aku meremang , then jantung aku berdegup laju , telinga aku berdesing aku aku tak dengar sekeliling and mata aku mula kabur , muka aku macam dipaksa untuk ketawa , serious aku macam sedar sedar tak , then mel suruh aku baca dalam hati apa yang aku tahu , aku gigihkan diri aku baca ayat tu and akhirnya benda tu macam keluar sikit sikit . tapi selang lima minit dia cuba masuk , aku rasa macam ada something kat belakang badan aku tengah menyandar and bulu tengkuk aku meremang , aku kuatkan diri aku sebab aku tahu dia pun makhluk juga . then lama jugak nak keluarkan until terpaksa panggil lecturer . yang aku dah ok tapi membe aku still rasa ada benda tu lagi kat dia . then malam tu 4 orang membe aku tidur kat hall takut apa apa terjadi akan then aku and mel tidur dalam bilik , mulanya serious mengantuk sebab aku dah 2 hari tak tidur . then cuba lelapkan mata tak boleh , aku tengok kawan aku semua dah nyenyak tidur , mel sebelah aku pun dah tidur , tengah aku termenung tu tiba tiba aku dengar macam ada benda jatuh depan pintu , aku terkejut , aku beranikan diri keluar , aku tengok kat hall takda apa apa then aku terus masuk balik bilik , starting aku dengar benda tu , macam macam benda kau dengar kat luar , serious aku tak boleh tidur until aku terlelap dalam pukul 5 setengah pagi . then esoknya aku pergi balik kat site aku cakap dalam hati maaf kalau aku ada terkasar cakap atau aku ada buat apa apa sebab semua cakap maybe kat site kitaorang ada ambil something sebab kitaorang ada petik daun daun and bunga nak buat kajian . serious kitaorang pulangkan balik .


#2nd DAY

sebabkan dah tidur lewat so bangun pun macam biasalah mesti lewat , then pergi site nak dekat pukul 9 lebih dah padahal kena ada kat sana pukul 8 lebih , then lepastu aku pun pergilah take a breakfast lagitu , macamkan masa tu berhenti pulak kan , then sampai kat site semua dah starting do the work , aku keluarkan instrument and buat kerja aku . serious matahari semakin panas dah sebab site kitaorang kat tengah panas !

best kan ?


ok kau semua dah nampak kan betapa padang jaraknya site aku , tapi takpe , depan dia laut memang angin kuat tak mengira bangsa and membe membe aku semua dok usha minah salleh berpakaian seksi di pantai , amboi , mentang mentang dah dewasa . and view kat pantai memang semua suka sebab cantik , siapa kata tak cantik memang buta , so bila dah nampak benda lawa mestilah nak ambil gambar kan , ok serious kali ni entry aku memang aku banyak masukkan gambar , sebab aku ambik banyak gambar -,- at first aku akan tunjukkan view kat pantai dulu .

cantik kan ?

yang ini lagi best !

ok after aku shoot sana sini gambar yang best , masa aku pulak nak shoot sebab view dia best kalau dah take a picture . then aku dengan gigih pergi rembat hat membe aku untuk aku ambil gambar , orang nak join aku cakap aku sorang je nak ambil gambar , tapi ade jugak gambar yang aku ambil dengan diorang . just gambar aku je yang banyak , fulamak ! best kan .












macam mana gambar ? agak poyo kan tapi apa kesah sebab ni semua gambar aku , bukan aku superimpose gambar orang lain . then after dah kepanasan and dah tengah hari , macam biasa perut mula lapar kan , then kemas barang nak pergi cari makanan sebab manusia hidup untuk makan ye tak ? ok kalau macam tu kenalah makan supaya nak hidup . tak nak mati kan kan kan ? ok penat berjalan sebab jalan sesak plus matahari tengah mencanak atas kepala kan , so tahan jelah , macam tak biasa pulak kat perak , baik baik aku wear 2 lapis , aku tanggalkan baju aku , and aku memang suka tengok bangunan kat penang ni sebab semuanya cantik cantik , macam ni :

cantik kan ?

ok lepas dah rayau rayau cari makanan akhirnya jumpa juga kedai makan melayu and yang penting ada nasi , ini yang kitaorang cari sejak semalam , nasi nasi and nasi . sebab dah muak makan fastfood . then sekejap makan dah lapar balik , after dah order tu menyirap jugak sebab mintak lain , lain pulak dia bagi kan , sekali kang aku tembak baru tahu . after makan bayar and blah , memang rancang nak ambil bas atau cab sebab nak balik hostel memang lama kalau nak jalan , lastly choose rapid penang , ok jadilah daripada kena jalan kaki , then tunggulah kat bus , and sekali lagi gambar aku kena ambil , bukan dengan siapa siapa ngeng , dengan kawan aku je , eceh bajet je aku kan , terajang sekali kang mati . 




after dah sampai hotel semua mula kecoh kecoh cakap petang ni nak pergi GURNEY plaza , nak buat apa ? shopping ? memang kerja nak pokaikan duit sendiri , takpe , layankan aje . petang tu after rest pergilah gurney plaza sebab nak cari air je yang utamanya . then sampai sana nampak kiwiberry , dia macam lebih kurang tutti frutti , then apa lagi makanlahh kan , memang best sedap ohh . nak nak yogurt punya . then jalan jalan nak beli barang , macam macam benda ada sampai rambang mata aku , and the terget is nak beli kemeja jeans !

ok benda nilah yang aku nak !

then after window shopping semua kumpul balik nak pergi balik hotel , then bila balik hotel bukan terus balik , sambung lagi shopping kat nightmarket sebab esok nak balik dah kan , so teruskan berjalan , yang penting mulut kena jaga tak cabul macam malam tadi , kalau tak hambik kau dia damping kau baru kau tahu nak terberak kan ! then sampai sana lengang sikit sebab maybe dah lewat sikit kan , kedai pun ada yang nak tutup dah .





then after balik tu serious letih and after mandi aku terus baring and terlelap tak ingat ape dah !

#3rd DAY

bangun pagi aku tengok jam nak dekat pukul 9 , then bangun terus mandi . membe aku cerita malam tadi dia pulak kena kacau , kerusi bergerak lah apelah and lastly dia cakap dia on the phone dengan awek dia sampai tertidur . fuhh ingat dah takda benda dah , rupanya ada lagi . lepas dah siap tu kemas kemas barang sebab nak balik dah and check out pukul 11 , sebelum naik bas tu , ambil gambar kenangan sebab semua memang kakigambar , macam nak lempang je sorang sorang kan haha .







around pukul 1 berhenti makan kat area area komtar sebab kat sana senang nak makan tapi aku tengok belah belakang belakang tu non-halal , kejutan budaya aku eceh . then pergi belah depan depan tu then makan . beli cucur udang nasi apa semua tapi cucur udang dia punyalah nipis . and takda udang . menimbun dengan taugeh , itu bukan cucur udang tapi cucur taugeh , terbaik ! then nak tak nak makan jelah daripada lapar kan .




then after makan semua berangkat pulang ke perak , and habislah kisah trip aku ke penang , memang penat tapi best ! then maybe hujung bulan ni ada lagi trip aku ke melaka , and tunggu jelah bila aku buat entry ke sana pulak . entry kali ni memang aku cari pasal kan buat panjang berjela , kalau tak sempat nak habiskan , boleh je sambung baca nanti and loading berat sikit sebab banyak gambar , and all yang baca benda ni , nah ambil gula gula kapas sorang satu , peace !



NOTE : hidup bukan untuk bergembira tapi hidup untuk mencari kesenangan di sana


No comments:

Post a Comment