APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, February 22, 2012

life aku di FTB

ASSALAMUALAIKUM

bukan main excited hari ini aku nak buat entry baru . bukan sebab aku sibuk nak bercerita tentang tajuk entry aku ni , tapi adelah juga aku nak cakap pasal tajuk entry kan . kalau tak kenapa aku pergi buat tajuk macam ni , ye tak ? okay sebenarnya aku excited sebab semester 4 aku kat sini makin dah sampai penghujung . tapi tapi tapi and tapi , final exam kena tempuh dulu brotha and sistaa before kita pergi habiskan semester ini and mulakan semster baru , actually cuti tu yang aku fikirkan sebab macam biasalah bila dah belajar jauh jauh ni asyik asyik fikir rumah macam dah tak reti nak fikir benda lain . okay , bila cakap pasal rumah pula , ni yang nak cerita pasal tajuk entry aku kali ni , bila dah duduk rumah , macam biasa , akan berada di FTB . and mesti ada yang rasa macam nak lempang terajang tembak and gusti aku kan sebab sukahati aku pergi ringkaskan ape maksud FTB tu kan . okay actually benda ni senang je nak tahu and korang pun kalau aku sebut semua dah terbeliak biji mata and tahu apekemenda ni .

F for FACEBOOK
T for TWITTER
B for BLOG

so dengan ringkaskan benda benda kat atas tu jadilah laman sesawang . engkau ada ? so that bila dah balik rumah kerja aku melayan benda benda kat atasni . and aku tak pelik sebab kalau time cuti je mesti rating blog reader aku akan menaik , sebab apa ? sebab setiap hari aku akan post entry . okay , kalau nak cerita semua kat sini memang tak best , so mari sini tekan bawah kita baca pula benda benda yang aku dah separate ikut laman sesawang yang ada ! setiap laman sesawang ataupun laman soSIAL tu ada aku separate and ada story masing masing , peace !

FACEBOOK = MUKA BUKU


ye semua akan tahu apakah benda kat atasni kan . aku percaya rata rata manusia yang ada kat dunia ni semua ada laman soSIAL ni yang mana seriously memang famous sampai orang dah muak muntah nak berak cair dah layan benda ni . and yes kalau time cuti aku pun sama . setiap hari bila buka mata akan layan benda ni . padahal macam tak ada apakemenda je nak buat kan . just just update status , like sana sini and comment sana sini . kadang kadang tu dapat juga kenal kenal kan . ala macam apa tu najwa latip kata , cinta muka buku ? tudiaaa bukan main ye najwa , ingat SPM tahun ni , so pergi sana deactivate facebook tu . so bila aku dah melayan benda ni , gerenti aku tak akan keluar bilik sampai Ibu Norry akan bising sebab aku asyik duduk terperap dalam bilik . fulamak bila fikir balik pun betul aku rasa . aku macam dah tak reti nak keluar kan ? sampaikan makan pun depan muka buku , minum , mandi je tak depan ni . and yes aku ada ramai kawan kat sana tapi takdalah sampai nak mengalahkan selebriti kan sebab aku ni manusia lemah ecehhh ayat macam nak kena terajang kan . 

TAPI ... #soundtrack sedih

aku dah jarang buka laman soSIAL ni sekarang , kalau bukak pun just update status and like sana sini , publish blog dalam sana , so aku dah jarang bukak . aku rasa mesti dia sedih dengan aku . tapi takpa , balik nanti siap dia aku akan kemaskini facebook aku supaya jadi awesome ataupun macam trend sekaranag kan orang cakap apa ? ohsemmmm . bukan main lagi kan . but then then and then , yes facebook tulah first connection aku dengan twitter and blog sebab melalui situ orang jumpa twitter aku , orang jumpa blog aku so aku tak akan sia siakan dia . and siapa yang tak tahu apa nama facebook aku , korang boleh search ataupun klik je kat bawah ni , tak susah manapun , aku juga ada letak link facebook untuk like page blog aku , so yang nak pergi ke sana , klik di bawah ni and akan jumpa gambar kat bawah ni , so itulah facebook aku and facebook page aku .






TWITTER / BURUNG BIRU


and aku pasti yakin and apa apa jelah siapa yang ada facebook , mesti akan ada twitter kan ? aku rasa jelah , kalau salah sila lempang aku sebanyak lima kali . okay , twitter pun sekarang menjadi bualan hangat , tweet sana sini lepastu dapat retweet , bukan main lagi kan teknologi . eh saya mana ada twitter , okay lempang lagi sekali . sebenarnya aku lebih more to twitter after aku dah mula bergiat aktif kan . then facebook aku biarkan macam tu . takdalah hebat mana tweet tweet aku tu tapi kalau nak kata orang suka tu , ramailah , cehhh bukan main membangga diri . and sama juga , twitter ni boleh guna phone , boleh guna lappy . kalau facebook ni complicated sikit . twitter ni apa yang kita nampak kita just tweet je . ada juga orang yang dok kutuk orang kat sini . bukan main gembira kan then tiba tiba dapat retweet daripada orang yang dia kutuk tu . hambik kau baru tahu erti macam mana sukanya main twitter tu . benda ni Ibu Norry belum marah lagi sebab aku kalau tweet pun kalau waktu malam and siang aku malas sebab dengan nak fikir macam macam lagi kan . and yes aku akan habiskan masa aku dengan benda tweet tweet ni cuti nanti , and sama macam kat atas , siapa yang nak follow tweet aku , just klik link kat bawah ni and akan nampak gambar ni :

TWITTER : @AIZATABD



BLOG / #aku tak tahu apa dalam malay


orang kata blog ini diary mereka and ramai yang abaikan blog dia , but then , inilah dunia aku hoi . bercerita sana sini kat blog ni memang best ! nak nak bila ada cerita kan , memang hambik ahhh aku cerita sampai orang tak larat nak baca . dulu kan aku suka cerita kisah cinta tau kat sini tapi bila dah lama lama aku rasa macam fulamak jiwang karat bagai aku bukan main lagi kan . tapi yang peliknya orang suka baca jiwang jiwang ni sebab top post aku semua kisah kisah cinta . bukan main lagi kan . eh kejap kejap , yang aku dari tadi guna bukan main dah kenapa ? okay , cakap pasal blog , aku bukanlah blogger hebat manapun . cukuplah and happy kalau ada yang kata blog aku best semua sebab aku cerita pun berdasarkan hati aku , berdasarkan pengalaman aku . orang kata kalau kita tulis sesuatu tu melalui hati , dia akan jadi best . so aku cubalah . bukan main payah lagi nak buat sampai paksa paksa . and inilah life aku nak nak bila kat rumah . cerita aku pergi pasar pun aku nak tulis dalam blog juga kan ? but then tahun ni nak masuk dua tahun dah aku make a blog and aku pun tak tahu bila aku akan stop blogging ni sebab tak kan sampai aku punya gigi dah tak ada pun aku still nak tulis blog kan , and entry paling last : SISA SISA HIDUP SEBAGAI SEORANG BLOGGER . fulamak kalau lepas tulis te terus pergi , mesti akan jadi entry yang hangat tapi aku kena padamkan semua gambar dulu , nanti susah . and kat sini juga aku nak cakap , thank you for your support to my blog :)


okay berdasarkan cerita aku kat atasni for sure korang dah dapat tahu kenapa aku buat tajuk macam tu kan , so siapa siapa yang ada hobby macam aku , so mari sini kita high five sikit . so that bolehlah kita pergi update status cakap ada hobi yang sama . lepastu kita lumba siapa yang paling banyak entry kan ? lepastu siapa paling sikit kena lempang . and aku rasa guys , aku dah start merepek . okay i will stop it and akan get the new entry . nantikan . so that , with love , GOODNIGHT :)


NOTE : berkawan memang best !

No comments:

Post a Comment