yo yo yo whats up whats up *sambil poyo poyo ala ala hip hop . ok buang tebiat . kembali di laman blog . eh nak buat apa ? rasa rasa nak aku letak hashtag dalam twitter yang orang dok buat sekarang ni ke ? #SoalanBangang . ok tak payah sebab mencacat celakan dengan mencarut tu . back tu tujuan asal . tengok tajuk entry macam sadis je kan dengan RM5 tu ? and before tu nak tanya ada siapa tak tahu ke RM5 tu apa ? where are you come from ? tapi tak apalah , mana tahu kan dia reader from italy ke , singapore ke , jakarta ke , ewah bukan main berangan reader sampai sana , so aku pergi google jap cari gambar duit RM5 . sat naaa ! tunggu lima minit .
5 Minit kemudian. . . .
ada orang lurus bendul ke tunggu sampai lima minit baru baca sambungan entry ni ? kalau ada memang minta kena lempang . okay lepas aku dah dapat ni aku tunjukkan . make sure siapa yang tak tahu tu , boleh simpan gambar ni and tatap elok elok . kenapa today aku cerita pasal duit RM5 pulak ni ? actually aku cerita sebab tadi duit RM5 aku hilang and aku dapat entry ni . kira kira macam bunyi dia apa yang aku nak buat kalau aku hanya ada RM5 je dalam tangan . and dah dah , aku tak suruh korang yang fikir sebab aku yang nak cakap apa yang aku nak buat kalau aku RM5 . ok best doh kalau ada duit RM5 , rasa macam boleh hidup setahun *mata pandang bawah , kaki di bahu
#01 Sedekah
first thing yang aku nak buat is sedekah , aku akan tukar duit tu kepada pecahan semua seringgit tak kiralah jauh manapun kan aku nak kena pergi semata mata nak cari duit pecah . then bila dah dapat aku akan pergi ke lima surau and aku akan masukkan setiap seringgit dalam tabung surau tu . eh ini bukan nak menunjuk ke apa , tapi sebab dah nama cerita pun kalau kan , so tak salah kalau ada impian macam ni . macam korang impikan nak jumpa maya karin ombak rindu kalau ada RM5 kan ? kau hado ?
#02 Pergi makan McD
siapa kata RM5 tak boleh nak pergi makan McD ? boleh apa . just ambil air dengan french fries je . habis cerita . ayat macam nak makan big mag je kan ? macam nak minta kena baling dengan pampers size dewasa kan . tak pelik apa kalau ada someone yang macam tu . kata air pun boleh refill kan . so pandai pandailah especially gadis gadis yang ada handbag tu kan , tujuan beg tu design besar besar sebab nak masukkan botol air besar dalam tu , pergi refill coke bawa sekali botol tu . next time datang bawa botol berisi air tu . dah jimat kat air . baki boleh beli choki choki kan ?
#03 Beli Ice Cream
eh kenapa tujuan utama aku and benda paling penting dalam hidup aku , aku letakkan number 3 *buat muka shin chan . yehh yehh ice cream yang paling utama . aku nak beli paddle pop 3 batang , ada baki aku masuk tabung lepastu aku kumpul dia jadi RM5 balik , then belanja , then baki masuk tabung and begitulah kitaran hidup aku sehingga aku mati . ya , arwah sangat rajin menabung ! oi , siapa yang sebut perkataan tadi ? nak kena tembak ? *sambil angkat angkat sebelah kening macam ziana zain .
#04 Pergi beli tiket Konsert Adele
siapa kata dengan hanya RM5 aku tak boleh nak pergi konsert Adele ? okay ceritanya macam ini *sambil tekun menghadap kaca lappy . aku akan gunakan RM5 tu sebagai tambang aku mencari kerja , bila dah dapat kerja tu barulah aku beli tiket guna duit gaji . apa ni apa ni apa ni ? *kena baling botol and kertas sampah sambil di-boo oleh reader . alaaaa sama juga , at least aku guna juga duit RM5 kan ? so mana ada aku main tipu . kau hado ? *sambil kutip sampah and baling semula kat reader .
#05 Beli Topup
okay sebelum nak cerita ni nak ketawa dulu lepastu aku nak cakap kat korang diam diam tau jangan bagitahu gadis aku apa yang aku nak cakap ni . okayy syttt rahsia kita sama sama . nanti aku bagi sorang satu gula pasir , sebutir je dapat . okay okay jom dengar *sambil perlahan menaip keyboard lappy . nanti ada RM5 aku nak beli topup then aku nak call Yuna . sebab nak cakap lama lama dengan dia . apa korang cakap ? berangan kau kata ?! aku nak call Yuna lama lama then bila dah habis on the phone , baki dia mesti tinggal RM0.26 kan , so masa tu baru aku call Fatin . eh alamak ! dia dah baca lahhhhh ! eh awak awak takk , Yuna tu kawan saya , nama betul dia , Muhammad Alyunahdi *cari alasan !
(cakap slow : inilah Yuna)
#06 Nak beli Komik Naruto
eh even aku dah tua bangka ni kan , eh typo pulak , even umur aku dah berusia ni kan , aku still minat lagi cartoon anime naruto yang menjadi kegilaan remaja zaman dahulu . tapi sekarang aku still minat lagi . again , kau hado ? aku tengok komik dia baru RM4.80 je so aku siap ada baki lagi 20 sen . then macam biasa baki aku masuk tabung lepastu aku kumpul dia jadi RM5 balik , then belanja , then baki masuk tabung and begitulah kitaran hidup aku sehingga aku mati . ya , arwah sangat rajin menabung ! oi , siapa yang sebut perkataan tadi ? *sambil berdiri cekak pinggang pegang sudip #tujuan sudip ?
okay dalam banyak banyak list dalam kepala aku , ini sahaja yang aku nak buat sebab macam kau tahu kan , RM5 ni bukan banyak tapi sangat bermakna . kenapa bermakna ? time time poket sempit haa barulah bermakna kan . kalau tak , RM5 ni nampak macam 50 sen je ye . nak nak kalau masa tu hari raya , kau buat beli mercun topup mercun topup then activekan BIS then update status facebook via BerryHitam . kau hado ? okay kenapa dengan aku entah dah jadi habit cakap kau hado ? and hargai lah duit tu even RM5 pun sebab one day nanti kita akan memerlukan dia . mana tahu nanti ada konsert besar Yuna ke kan , so macam biasa aku akan kumpul duit nak pergi tengok konsert Yuna ! kumpul mulai sekarang , then beli makanan baki aku masuk tabung lepastu aku kumpul dia jadi RM5 balik , then belanja , then baki masuk tabung and begitulah kitaran hidup aku sehingga aku mati . ya , arwah sangat rajin menabung ! haha have a nice saturday night guys , peace ! :)
NOTE : boleh makan kenny rogers tak dengan RM5 ?
No comments:
Post a Comment