APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, March 29, 2012

sentuhan jejaka , aizat abd

ASSALAMUALAIKUM

today laman laman soSIAL semua tak semeriah masa cuti sekolah , sebab masa ni semua dah dapat kan . dengan homework lagi , dengan kokurikulum lagi dengan nak tidur , mandi , twitter , facebook and kalau yang kecil kecil dah pandai ber-blogging tu dengan nak fikir idea lagi nak blogging kan , memang semua nak buat satu masa , kalau terberak pun belum tentu dapat buat ye tak ? *angkat angkat kening macam brad pitt . okay tajuk kali ni macam apa yang si aizat ni sentuh ? siap nak buat blog (*konon salah) entry lagi pasal benda ni kan . so mestilah ade sebab , kalau tak memang aku tak akan sentuh blog ni biarkan dia berlapuk dengan ada sikit nyamuk lalat hinggap sekejap . 

sentuhan aizat ? ok aku malas nak tengok mulut korang nganga dengan muka macam minta lempang tu . actually sentuhan jejaka ni aku nak cakap about kegemaran aku yang memang suka ambil gambar . actually takda siapa pun tahu aku suka ambil gambar *padahal setiap kali cakap kat orang . tapi bukan ambil gambar orang , tapi aku yang suka gambar diambil . bukan untuk koleksi orang tapi untuk koleksi sendiri . kalau untuk koleksi orang tu dah macam cerita Klip 3GP yang aku sendiri tak tahu apa moral of story cerita tu . so gambar gambar aku yang di ambil semua bersih . takda unsur lucah ataupun melibatkan orang yang telah mati , arwah dulu baik orangya . kadang kadang bila orang tengok gambar gambar aku dalam external harddisk mesti akan cakap , aizat ni fotogenik lah , semua gambar gambar versatile . then aku dengan sengih sengih mesti akan jawab jawapan yang sama :

EH MANA ADA , GAMBAR BIASA JE NI , BURUK *padahal muka dah kembang kuncup

ok habit ambil gambar ni orang kata sejak kecil lagi . siapa tengok gambar gambar aku masa kecil mesti akan cakap . eh pandailah anak kau Norry posing . sebab Ibu Norry memang suka ambil gambar kitaorang masa kecil . tak kiralah masa tu dia tengah tukarkan pampers ke , kitaorang tengah tidur , mandi semua dia ambil . tapi sekarang ni memang taklahnak ambil kann . semua dah dewasa *alu alu alu , tutup sikit . and yes ! aku berkongsi habit dengan Ibu Norry , pantang tengok kamera . high five sikit ibu . so then marilah tengok gambar gambar aku semua yang sempat aku masukkan , kalau aku nak masukkan semua kan aku rasa memang entry aku ni tak ada penghujung , ye tak ? *sambil buat muka shin chan .




#01 LOCATION : TELUK INTAN
memang jauh gambar ni pergi shoot sampai boleh terberak lima enam kali sebab masa ni memang ada kerja sikit nak buat kat Teluk Intan so aku dengan membe membe pergilah sana kan . then nampak ada sawah padi *membe memang gilakan sawah padi , and singgah sekejap kat sana . membe suruh pose so apalagi si budak gila kamera ni pun pergilah sebab orang dah offer kan *padahal kalau tak offer sendiri pergi . then actually sampai pun dah kira macam petang juga . so bila dah pilih location mana nak pose so sesi fotografi pun mulalah . tak payah nak malu sangat sebab aku buat muka tak tahu ala ala comel macam tu kan . so gambar gambar pun comel , atotototoooo , peace .







#02 LOCATION : PENGKALAN BALAK MELAKA
okay ini masa pergi picnik dengan family . kebetulan ada tempat redup bawak pokok yang ada rumput ala ala macam rumput carpet . dengan tak segan silu aku pergi baring . Ibu Norry punyalah bising sebab dia mana suka kotor kotor ni kan . so aku macam buat pekak je then siap lelap mata lagitu . actually mula mula aku suruh adik gadis aku Shira , shoot gambar main main je sebab aku cakap konon konon macam tengah pengsan lah kan . bukan main caption gambar kan , pengsan . then bila balik aku tengok macam okay ini aku boleh jadikan dia gambar yang awesome sebab aku kalau dah duduk rumah time cuti kalau tak pergi laman sosial aku akan berak , tak berak aku akan pergi tidur ataupun buatlah kerja merepek . ambil gambar and edit . bila dah last edit menyesal . cakap rosak gambar terus jadi muka hitam berlapuk *muka ditundukkan sambil bibir dimuncungkan .







#03 LOCATION : BATU FERINGGHI , PULAU PINANG
 okay agak jauh jugalah tempat kali ni ye tak . macam nak pergi buat rombongan merisik ye tak , kau ade ? so masa ni pun actually ada trip ke sana dengan department kampus aku . so memang Batu Feringgi ni kan tempat yang best sebab tourism places . dengan laut bagai . pergi sana kena buat assignment tapi ambil gambar yang banyak . bila balik nganga macam badak air tak dapat air sebab ada data yang tak lengkap . bukan main happy lagi ramai ramai tangkap gambar kan . hew hew *trend gelak zaman sekarang . then tengah tengah panas matahari atas kepala ni boleh lagi pergi ambil gambar . apa orang kata , kalau dah minat semua masalah akan diatasi ye ? *sambil senyum tunjuk semua gigi .






okay ini sahaja yang aku larat nak masuk sebab nak tunggu untuk buat entry ni je dah take around 1 hour . dah lah esok aku ada final exam paper memang extreme aku kan siap boleh blogging lagitu . hew hew hew *again ketawa trend sekarang . if gambar ni buruk tak kisah pun sebab aku just nak cerita pasal inilah sentuhan sentuhan jejaka macam aku nak kaitkan nama aku kan . heheh . walau tak hebat mana or muka macam minta pelempang je , so tatap jelah gambar ni lama lama . and aku juga dah buat tak boleh right clik ataupun copy gambar ni . punyalah takut kena fake kan kan kan . sekarang kan macam dah jadi trend fake fake ni . bagi lempang lima enam tujuh kali baru tahu . but then ada cara macam mana nak ambil benda ni . siapa yang tahu je boleh ambil okay ? haha . so inilah kerja aku kalau aku dah tak ada kerja . kadang kadang pergi beli barang nak balik kampus pun aku sempat pergi snap gambar kejap . then tahu tahu dah upload dalam Facebook . sekarang budak budak mana main Facebook kan . nanti kejap kejap tweet :

HARI NI PERGI AMBIL GAMBAR KAT BUTIK PADINNI *dulu dulu kan suka dok tayang paper bag

haih jahat betul mulut aku . lepastu entah entah ramai yang unfollow aku kat blog then bakar blog aku ni . apa kisah kan buat blog baru . then kutuk kutuk lagi , haha bom bom bom buat lagi sampailah dah penat and campak je laptop . ok siapa yang ada minat suka ambil gambar geng aku , peace sikit ! :)



NOTE : setakat ni belum pernah ambil gambar dengan sailormoon



No comments:

Post a Comment