APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, March 25, 2012

will always LOVE both of you !

ASSALAMUALAIKUM

today is my special entry ! very very very special entry *sambil bercakap dengan megah berdiri . okay thank you for those yang baca last entry aku , support aku dengan kata kata semangat kan . so aku sangat sangat and sangatlah hargai . so today ada benda lain lagi yang aku perlu cerita . mesti akan ada orang cakap :

"APA LAGI KAU NI AIZAT TAK HABIS HABIS PASAL CINTA LAGI KE ?"

yes , pasal cintalah aku nak cakap ni . tapi bukan cinta biasa . aisehh dah macam lagu siti pulak kan . so today kisah cinta yang lain pula okay ? tajuk entry pun macam wahh fulamak gempak ke cerita dia . okay , today aizat akan cerita about will always LOVE both of you untuk :

AYAH ABDULLAH and IBU NORRY

kenapa pula ni aizat nak cerita pasal kisah cinta parents aizat ke ? no no no , blushing nanti mereka kat rumah tu . so esok means 26 March 2012 is their anniversary yang ke 24 , yes ! namapun abang atas aizat dah umur 23 kan so macam tulah juga usia perkahwinan , lebih setahun dari usia abang atas aizat . so apa yang kita nak tahu pasal mereka , ehem ehem jom korek rahsia mereka .




#AYAH ABDULLAH
yes this is my lovely Ayah . you know what , muka dia je nampak serious tapi dia suka buat lawak *sambil angkat sebelah kening . yes seorang ayah yang sangat memahami anaknya . pentingkan kebersihan . pergh kalau aku ada buat buat sepah sikit dalam bilik dia punya cakap aku boleh record and jadikan satu cerita  bebelan si ayah , okay maaf maaf maaf *minta minta ayah tak baca . even dia always busy with work but sentiasa ada masa untuk together dengan family . eh dia suka bawa kami jalan jalan but dia tak suka pergi tempat yang sesak , macam aku juga . bila tempat yang ramai orang nak mati sampai takda space dah nak jalan , jangan harap ayah akan pergi ikut kami . dengan aku aku sekali malas nak pergi duduk lepak main sep sep dengan ayah . ok ini tipu . dia tidak memilih sangat but kalau makanan tu sama macam aku , macam ibu juga memilih sikit . sebab apa aku pun tak tahu . macam aku , kalau aku nak makan something tu aku mesti akan tanya :

"AYAH AND IBU MAKAN TAK BENDA NI ?"

kalau diorang cakap tak makan , dengan aku aku sekali tak makan . entah maybe sebab aku terlalu ikut kot . kalau abang aku belasah je apa dia nak makan kecuali sardin . ayah and abang memang tak makan sardin . maybe nanti bau ikan kot mulut *aku cuba membau mulut sendiri . yes ayah akan always memenuhi apa yang kami minta . pandai pandailah kami buat muka kesian kan , then nanti dia on je . so dari dulu kami adik beradik gigih berlatih setiap hari buat muka kesian haha *okay mohon sekali lagi ayah tak payah baca . seorang ayah yang sangat rajin and bertanggungjawab . sebab kalau kami sakit , fulamak , ayah sangat sangat menjaga kami , sampaikan kalau aku demam , dia akan suruh aku tidur dengan ibu and dia -.-manja tak aku ? wahaaa . but then aku tak pergi pun , duduk bilik sendiri je . lalalala . tegas in education tu memanglah sebab semua orang nak anak dia berjaya kan . but ayah tak pernah pressure and paksa kami untuk terlalu push diri . ayah cakap belajar mesti cool , result mesti gempak . okay sep sikit ayah . 

satu pantang and habit ayah ialah orang yang suka tangguh kerja and buat bising kalau dia tengah buat kerja . memang ayah tak suka , kalau nak dengar bebelan dia kali kedua berani beranilah tangguhkan kerja . sebab bagi dia masa itu emas and penting . kan ayah ? aku pun sama juga *nak juga nama . then ayah tak suka kalau dia tengah make a buiding plan , orang bising bising . maybe dia perlu fokus kot bila nak buat benda tu . tekun je dia buat . kadang kadang makan pun lambat , anyonyo lepastu ibu datang suap ayah makan . ohh so sweet *mohon kedua dua mereka tak baca . and satu lagi , ayah tak suka ambil gambar atau gambarnya di ambil . esklusif lah tu kan . eceh ecehhhh , sebabtu aku nak cari gambar ayah susah nau nak jumpa . kena ikut mood dia . time raya , time picnic tu boleh . kalau saja saja nak suruh dia pose jangan harap dia nak ambil gambar , kan kan kan ?


#IBU NORRY


inilah Ibu Norry saya , and jap jap jap , okay mengaku muka aku lagi gelap sikit daripada dia *lempang diri sendiri . tak apa layankan aje . so inilah the only one one and one ibu yang aku ada and sayang . dialah ibu dialah kawan aku . memang sangat masuk kepala . macam kepala kami semua . sangat memahami anak anak dia . actually kalau ibu masak kat dapur , aku mesti akan pergi dapur tengok dia masak and ibu akan start gosip gosip , aku ? layankan aje . lepastu mulalah bercerita pasal itu ini sana sini . memang best . and yes , since daripada kecil lagi ibu memang akan minta aku teman dia kalau dia ada work yang belum dia siapkan . sebab ibu ni dia penakut sikit . dia suka dengar , dia suka tengok cerita hantu tapi lepastu dia punya penakut dia mengalahkan hantu tu muncul depan mata Ibu kan ibu ? *mohon ibu tak baca . 

kalau kelengkapan nak pergi mana mana tu , example macam picnic tu kau janganlah risau , semua complete ibu akan bawak sebab memang ibu jenis yang cekap . aku paling suka masakan dia , memang semua akan cakap dia suka masakan ibu dia kan , tapi aku lagi suka suka and suka masakan ibu aku ni setakat aku hidup dalam dunia ni . ibu seorang yang sensitif . dah kata wanita kan so mestilah ada perasaan sensitif tu . and yes sangat tegas dalam education and macam ayah juga . pernah sekali tu aku kantoi dengan dia sebab aku baca buku komik sambil belakang tu aku cover dengan buku matematik . and aku macam pelik lah macam mana boleh kantoi . ibu cakap :

"MANA ADA ORANG BACA BUKU MATEMATIK , ORANG BUAT LATIHAN"

aduh lurusnya aku nak cover baca komik , tapi cover guna buku matematik . thumbs up . rasa macam diri tak berguna je masa tu . yes aku paling rapat dengan ibu than ayah sebab adik gegirl aku yang paling rapat dengan ayah . means kalau adik gegirl aku sorang tu nak apa apa senang je dia , kecek kecek sikit then dah dapat . macam touch and go kan kan . aku macam ibu juga . memilih makanan sikit sebab kami tak makan ikan air tawar macam ayah juga . abang cakap best tapi aku macam takut nak cuba sebab aku mana biasa makan kan . and yes , aku kalau nak beli baju or something mesti aku akan ajak ibu . even aku sendiri yang pilih baju tu tapi aku mesti nak dia yang temankan . and yes , ayat kegemaran ibu :

"KORANG YANG TENTUKAN JALAN HIDUP KORANG , IBU JUST BAGI NASIHAT"

okay aku always ingat and akan expect ayat ni keluar daripada mulut dia bila kami malas nak ulangkaji ke kan . bila dia cakap on the spot dapat semangat and terus buka buku . kali ni takda cover cover sebab nak baca komik haha .


#SI ANAK YANG HANDSOME
okay perasan kejap , eh kenapa tiba tiba ada tajuk besar si anak yang handsome ni ? dush dush dush *tumbuk diri sendiri . actually , aku nak wish HAPPY ANNIVERSARY kat my lovely AYAH ABDULLAH and IBU NORRY sebab selama aku hidup kat dunia ni bersama mereka , aku akan always cintakan mereka . even sometimes ayat aku berbunga bunga cakap pasal cinta kan , tapi mereka akan always ada dalam hati aku . i will always love both of them . sebab kalau tiada cinta antara mereka , tiadalah aku dapat membuka mata aku kat dunia ini . melihat keindahan kasih sayang seorang ayah and ibu . yang sangat sangat mengambil berat . menjaga aku daripada kecil sehingga aku dah boleh membezakan mana yang baik and mana yang buruk . pengorbanan mereka bersama memang tak boleh aku nak ungkapkan dengan kata kata sebab pengorbanan mereka terlalu banyak untuk kami .

THE GREATEST THINGS A FATHER CAN DO TO HIS CHILDREN IS TO LOVE THEIR MOTHER PERFECTLY

and yes I'm proud with both of you . sangat sangat berbangga . setiap jari jari ini diciptakan ruang supaya sebelah tangan kita dapat memegang tangan ayah kita and sebelah lagi tangan kita dapat memegang tangan ibu kita . maybe sometimes ada kesilapan yang aku buat kat mereka . but kesilapan tu tak pernah mereka ingat . hilang macam tu saja and terus membuat aku tersenyum dengan kasih sayang mereka . even sometimes aku degil , mereka tak pernah jemu menegur aku . sometimes bila aku rasa sunyi , tak pernah mereka tinggalkan aku . sometimes aku rasa sedih , tak pernah mereka biarkan aku . even busy macam manapun mereka dengan kerja . pasti akan ada masa mereka bersama untuk membuat kami sentiasa mengukir senyuman . dan itulah yang banyak mengajar aku mengenali erti kasih sayang seorang ayah dan ibu . tidak pernah mereka mengharapkan balasan , tak pernah mereka membuat ungkitan , yang hanya ada di depan mata mereka , hanya ingin kami sentiasa tersenyum . even penat lelah mereka mencari rezeki siang malam daripada kita kecil , hanya untuk melihat kita tersenyum bersama dengan kanak kanak lain .

and yes , aku pun mahukan senyuman mereka untuk kami akan sentiasa terukir di bibir mereka . sama sama tersenyum melihat kami berjaya , sama sama tersenyum dengan kebahagiaan kami . even one day nanti kalau aku pergi dahulu sebelum mereka , aku akan menunggu mereka di atas sana , always akan menunggu mereka . sebab merekalah yang always menemani , always berada dalam hati aku . hargailah mereka sementara mereka masih ada di depan mata kita . sebab mereka adalah anugerah yang Allah beri untuk menjaga kita , melindungi kita , memberikan kasih sayang kepada kita sejak kita lahir . tidak akan lengkap hidup kita di dunia tanpa mereka . sebab merelah sahabat , merekalah ibu dan ayah ! :)

YOUR ARMS WERE ALWAYS OPEN WHEN I NEEDED A HUG , YOUR HEART UNDERSTOOD WHEN I NEEDED A FRIEND , YOUR GENTLE EYES WERE STERN WHEN I NEEDED A LESSON , YOUR STRENGTH AND LOVE HAS GUIDED ME AND GAVE ME WINGS TO FLY WITH FREE


ayah and ibu , I WILL ALWAYS LOVE YOU , happy anniversary !


5 comments:

  1. Bestnya ada ayah dan ibu sebegini ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua mesti bangga dengan parents masing masing okay ? :)

      Delete
  2. eh..i'm the first person comment laa..haha.. i want to wish happy anniversary to your mom and dad *haha..wish awal sehari*...

    ReplyDelete