*turn off lagu raya dari Aishwarya Rai , lantaklah nama kau aku main hentam je eja* okay mat and minah rempit sekalian , so macam mana ? dah dengar dah lagu baru aku kat tiubawak.com ? apakemenda tajuk dia tu ? "AQOEH CHAIANK QMOEH CELAMANYAH" . kay mampus aku kejap lagi semua yang baca blog aku ni pergi upah pembunuh kasi bunuh aku tulis ayat kat atas tu pasal rerempit ni . Alhamdulillah single kedua akan muncul raya nanti yang bertajuk "MAKAN KETUPAT DI PAGI RAYA TERKENTUT KENTUT" dan lagu ini sudah dipasarkan dia Somalia . sebelum kau nak hempuk aku , so baik aku bagitahu korang apa yang aku nak cerita today . memandangkan esok puasa and malam ni lagi korang dah beramai ramai pergi solat sunat tarawih kan , malam ni jelah , kau tunggu 23 puasa nanti , so aku nak ceritakan pengalaman puasa aku dedulu lah . kira masa zaman kanak kanak . bohong kalau kita cakap kita takda moment time puasa kan , especially masa baru baru nak belajar puasa , kalau tak ponteng sekali dua tu maknanya kau dah membohong . aku yang En Haris Ombak Rindu ni pun pernah gak TERponteng puasa . tapi masa sebelum akil baligh lah . dah akil baligh ni nak buat hal memang kena hentak kau dengan orang ramai . so nak dengar cerita ? tak perlu kau nak dengar , pergi scroll bawah baca , kat sini bukan youtube yang boleh kau nak dengar apa yang aku cakap , okay ?
masa kecil dulu Ibu memang rajin gila buat kuih raya sebab kitaorang memang suka makan kuih raya yang Ibu buat . pagi pagilah jugak Ibu akan menghadap bahan bahan kuih tu sebab nak uli . so kitaorang adik beradik akan hadaplah Ibu uli uli benda tu padahal kalau sekarang kau hadap memang kau akan rasa benda tu satu kerja yang membosankan . so daripada lepas sahur sampailah ke matahari nak naik , kerja kerja membakar kuih pun dimulakan . amboi cara aku cakap macam nak pergi bakar mayat pastu campak dalam laut kan . tapi selalunya Ibu akan buat kuih raya masa cuti Sabtu Ahad je kan sebab weekdays selalu Ibu kerja and memang harapan nak hadap benda tu lama lama . so hari makin ke tengah hari , so bila kau dah bakar kuih tu , aroma dia punya naik mampu buat kau rasa macam kau berada di dunia kuih raya . buat perut kau lapar . even masa tu aku kecik tapi iman di dada masih mampu aku kuatkan daripada nafsu serakah ingin mencuba kuih raya itu . pehal ayat aku skema badak ni . so time Ibu nak sejukkan kuih tu sebelum susun dalam bekas , tanpa sengaja aku dah terambil 3 biji kuih tu and letak dalam poket aku . entah sukahati pokemon aku masukkan dalam poket padahal entah bersih ke tak poket aku . lepas aku rasa macam dah berjaya ambil tu terus aku keluar pergi belakang rumah . and kat belakang rumah tulah segala kerja jahat bapak setan keliling aku suruh mencuba kuih raya di bulan puasa yang sangat enak dimakan begitu sahaja tu . then tanpa pandang kiri kanan aku telan satu satu dengan gembira , leka makan satu satu satu and satu , sampailah tetibe aku rasa ada tangan yang hulur aku lagi dua biji kuih raya , bila aku toleh , MasyaAllah aku punya terkejut kalah Azwan Ali jatuh dalam lubang jamban , Ibu siap hulur aku kuih lagi dua biji . tu namanya bukan menggalakkan aku makan lagi , tapi tu namanya perli kau tahu . tapi Ibu just senyum je sebab masa tu umur pun 5 tahun lagi kan , so kau yang dah tua bangka tu ada je yang sesorok makan dalam jamban . so macam dia baru nak ajar aku berpuasa lah , dah bebesar ni kalau buat perangai macam ni mau Ibu kurung aku dalam garage tanpa boleh berak mahupun kencing . MATI !
kisah kedua curi curi ponteng puasa juga . dah kenapa aku kerja nak curi curi ponteng puasa je kan . so masa ni tadika . bila balik dari sekolah mesti kau akan rasa lapar yang amat mendalam tau . rasa macam Norlia Ghani buat konsert dengan Noh Hujan dalam perut kau . pastu aku mula mula macam tahan je lagi haus dengan lapar aku ni . nak kata lapar tu tak sangat sebab yang pastinya bila bulan puasa ni kau akan selalu haus macam kau duduk kat Somalia tersadai kat tepi longkang . selalunya kalau balik tadika , atuk aku yang akan ambil and then aku pun duduklah rumah dengan nenek . nak cakap bosan tu memang bosan , sayangnya masa tu takda Twitter , kalau ada aku rasa memang aku otai kat Twitter tu berkecimpung kat sana kan . tengah tengah boring tu aku sesaja usha freezer kejap . terbukak pulak freezer tu bila dah dekat kan . aku pandang belakang , tengok nenek aku punya cantik posing tengah tidur . dalam hati aku , biarlah dia pengsan pun takpe , aku nak minum air ni . then aku pun usha usha dalam freezer tu ada pulak bekas air . aku tengok macam air kopi . masa kecik kecik kau nak tahu air kopi tu macam dah jadi kawan aku . sebab atuk aku suka minum kopi , so dia hadapkan juga aku dengan kopi . dah jadi macam orang tua aku kekecik . nasib takda kopi jantan . kalau ada mungkin aku sekarang jadi ahli gusti . *kau ingat kelakar ke aizat cite kau ni* bila dah besar ni kopi tu jadi musuh aku sampaikan kalau tengok kopi , aku rasa macam nak terajang dia siap ada pakej percuma pijakan dari aku , sebab aku tak boleh minum coffee dah . so aku pun capai bekas tu , terus bukak and minum laju laju . satu , haus punya pasal kan . kedua pulak , pasal takut tetibe nenek aku tersedar dia kasi hempuk aku guna TV plasma kang tak ke mati aku tak sempat nak raya . then bila dah teguk tu , tetibe aku rasa macam lain , muka aku terus berubah kau jangan cakaplah . macam tercekik batang pinang kau tahu . rupanya tu bukan air kopi tapi air gula merah yang nenek aku gunakan selalu untuk buat kuih . tulah , niat tu kalau dah salah , tak akan dapat benda yang betul . sejak tu pengajaran buat aku supaya tak perlu nak ponteng puasa . and yang paling aku rasa macam diri tak berguna , lepas dah ponteng tu , masa berbuka tu bajet macam aku puasa penuh je kan then suka gila bila kena puji "eh eh puasa penuh dia harini" padahal.....
and inilah antara dua moment aku ponteng puasa . kalau nak cerita pasal injured main mercun tu semua kita cerita masa nak dekat raya nanti okay ? and aku pasti mesti ramai yang ada moment masing masing masa puasa kan . so sometimes benda ni yang akan buat kau tersenyum balik bila kau ingat . kalau dah tua bangka ni kau nak cerita pasal kau ponteng puasa memang bukan mak ayah kau yang hempuk kau , dengan aku aku hempuk kau guna gitar Najwa Latep tu . so aku rasa masih tak terlambat lagi kan aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA and SALAM RAMADHAN kat korang . sebab esok kan baru nak puasa . bukan aku wish korang minggu depan . so puasa puasa nilah masa korang nak kumpul pahala , buang mana yang keruh tu kan . bukan kau pergi dok kutip dosa dosa . lepasni mesti adalah yang akan cakap pasal laparlah , nak makan itulah inilah . kalau kau dapat makan timun sebatang masa berbuka pun kau dah kira bersyukur tau daripada kau terpaksa makan tisu cicah kuah kari . jangan membazir pada bulan puasa ni . tak bagus *padahal aku yang sehari nak dekar 20 hinggit belanja untuk berbuka* so kepada yang tak sempat and lupa niat nak puasa tu , cuba kau scroll je kat bawah ni :
SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARI MENUNAIKAN FARDHU RAMADHAN TAHUN INI KERANA ALLAH TA'ALA
so kalau kau rasa rasa terlupa tu , rasa rasa macam takut kena baling tembikai nam biji tu , kau bukak je blog aku setiap malam sampai last puasa semata mata nak tahu niat puasa . macam kau tak boleh pergi google pulak kan . nak pergi google tu nak kena makan masa , kau boleh sempat nak berak empat ke nam kali baru benda tu keluar . so sebelum aku bertambah merepek , selamat bersahur pagi ni . jangan lupa kejutkan aku okay ? apa nombor aku ? hey ! i just met you , and this is crazy , but here my number 999 , so call me maybe ?
NOTE : dengan membaca blog aku , kau dah berniat berpuasa untuk esok , so pergi terus tidur je , jangan lupa korek hidung and telinga dendalam dulu
No comments:
Post a Comment